Showing posts with label VITAMIN C. Show all posts
Showing posts with label VITAMIN C. Show all posts

Monday, 17 March 2014

Rahsia hilangkan strech marks di perut ketika mengandung kini TERBONGKAR!!

Selamat malam semua...pelik kan?? Tengah2 malam ni duk update blog plak...hehehe...actually mood menulis dah maii...so cepat2 lah capai ipad karang ayat tuk korang semua...

Khas untuk para ibu yang pernah hamil or sedang hamil bagus take note menda ni...bukannya apa kadang-kadang time preggy ni kita ada bermacam-macam perangai...kadang tu nak belek muka pun malas...hehe...ni mcm pengalaman sendiri je kan?? Tapi saya time preggy bukan malas nk belek muka tapi perangai malas amat nk mandi...entah lah kenapa malas sungguh lah nak mandi...tapi pada awal kehamilan lah...bukan nya sampai ke sudah malasnya...ngeh ngeh...

Ehhhh malam ni bukan nk bercerita pasal "Malas Mandi" hehehhee..No!! No!! No!!tapi nak cerita pasal STRECH. MARKS terutamanya kat PERUT kita time hamil...ada tu sampai mengerikan keadaan perut tuh...Alahaiiii jgn korang biarkan kulit tu bergerutuu....nanti nyesal tak sudah tau....kenalah rajin sikit sapu lotion ke atau guna minyak vit e ke kan?? Kalau agak2 kulit perut tu kering...jgn dok garu garu....huduh nanti cik kak....adoiiiiiiiiyaiiii





Selain tu ada lagi petua lain yang boleh anda amalkan...jom baca lagiii....

So macam mana tak nak bagi ada stretch mark? Kalau korang nak tahu, strech mark berlaku disebabkan kulit mengalami peregangan dan keanjalan kulit tidak memadai menangani peregangan yang terjadi. Itu pentingnya VITAMIN C & PROTEIN ketika hamil.


Pengalaman kawan saya hamil yang memang mengamalkan SR VITA C & ESP. Alhamdulillah stretch mark di perut dia memang tak de ...Macam perut i jugak..mmg tak dak strech marks uollss..huhuhu...alhamdulillah...Kalau korang bersalin ceaser pun elok amik both set ni...:) Apa fungsi vitamin C? Salah satunya membina kolagen. Vitamin C ni penting untuk pembentukan KOLAGEN. Kolagen adalah sejenis PROTEIN, iaitu kumpulan utama kulit yang menghubungkan dan menyokong tisu badan yang lain seperti kulit, otot, tendon, tulang, urat, organ dalaman serta terdapat dalam gigi. Secara semulajadi, ia memerangkap kelembapan dan kekelatan badan. 

Kolagen bersama-sama keratin menjadikan kulit kuat dan anjal dan secara tak langsung membantu mengurangkan kedutan @ stretch mark. So itu pentingnya VITAMIN C & PROTEIN untuk mengelakkan kedutan @ stretch mark.

Jom amalkan SR VITA C dan ESP untuk kulit halus gebussss.





PSSTTTT: PROMO ESP bulan ni still lagi on macam biasa...JOM cepat2 booking ESP anda...


Be healthy with me,
UR SID 
PUAN SITI
0122257055
siti.hasmah26@yahoo.com






PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

Wednesday, 26 February 2014

Tingkatkan sistem imun badan anda dengan Shaklee supplement semulajadi


Salam semua...sementara Abid si baby manjaku tgh sedap diulit mimpi... Saya nk update blog untuk harini pasal sistem imun badan kita @lebih dikenali dengan sistem antibodi badan..maklumlah sekarang banyak juga penyakit misteri yang tetiba menyerang tanpa kita sedari...untuk itu pastikan kita sentiasa sediakan perisai yang kuat untuk menanganinya...Selebihnya kita berserah pada kekuasaan Allah...;) Kalau kita sendiri yang tak mahu jaga kesihatan agak2 nya sihat tak kita?? Jom renung2 kan ...

Apakah sistem imun?

Sistem imun atau sistem ketahanan badan adalah sekumpulan sel, molekul dan organ. Ia membentuk:
• Bahagian yang boleh dilihat – seperti kulit, air mata, air liur dan lendir daripada mulut, hidung dan paru-paru.
• Bahagian utama yang tidak boleh dilihat – seperti timus, limpa, sistem limfa, sumsum tulang, sel darah putih, antibodi, sistem pelengkap (seperti protein yang bekerja dengan antibodi) dan hormon.

Semua bahagian sistem imun ini bertindak sebagai penghalang penceroboh virus, bakteria, kulat, cacing dan parasit lain yang memasuki tubuh melalui kulit, hidung, mulut atau bahagian tubuh lain dan menyebabkan penyakit berjangkit.

Sistem imun kita sangat meluas dan bergerak lancar, bukan dibawah kawalan organ pusat seperti otak, tetapi melalui rangkaian maklumat kompleks yang beroperasi di kalangan setiap ahlinya.

Terdapat 10 kali ganda bilangan sel-sel dalam sistem imun berbanding dengan sistem saraf anda, dan ia mengeluarkan kira-kira 40 agen imun yang berbeza untuk melindungi anda daripada penyakit.

Beberapa hal sederhana yang dapat dilakukan untuk meningkatkan daya tubuh anda, antara lainnya seperti berikut:

1. Hindari penggunaan antibiotik yang berlebihan dan tidak rasional kerana dapat mengakibatkan mudah diserang penyakit lebih lama, dan juga sulit diatasi kerana kuman telah kebal.
2. Tidur yang cukup. Kurang tidur dapat mengakibatkan keburukan kepada daya tahan tubuh.
3. Hindari alkohol, rokok dan narkoba.
4. Hindari berdekatan dengan perokok (menjadi perokok pasif)
5. Mengamalkan air mineral 2 liter setiap hari.
6. Amalkan makanan yang baik dan seimbang.
7. Mencuci tangan sehingga bersih menggunakan sabun dan air yang mengalir.
8. Mendapat secukupnya sinaran matahari dan udara segar yang bersih.
9. Senaman yang teratur.
10. Mengendalikan emosi dan stress secara positif.
11. Bekerja dan beristirehat secara seimbang. Biasakan untuk tidur malam 7 hingga 8 jam setiap hari.

Bagaimana sistem imun berfungsi?
Kita mendapat penyakit daripada bakteria seperti kuman dan virus. Sesetengah bakteria tidak berbahaya atau bermanafaat (jutaan bakteria dalam usus mambantu penghadaman makanan), tetapi banyak yang menjadi berbahaya apabila masuk ke dalam tubuh atau aliran darah.

Apabila virus atau bakteria memasuki tubuh anda dan membiak, ia menghasilkan kesan sampingan yang menjadikan anda sakit. Contohnya, bakteria Streptokus menyebabkan radang tekak. Virus Polio pula membebaskan toksin yang memusnahkan sel-sel saraf dan menyebabkan kelumpuhan.

Jangkitan virus dan bakteria merupakan punca biasa penyakit. Contohnya selsema, campak, beguk, malaria dan AIDS.

Tugas utama imun ialah melindungi anda daripada jangkitan virus, bakteria dan jangkitan lain seumpamanya. Ia melindungi anda melalui tiga cara utama:
• Ia membentuk rintangan yang mencegah bakteria dan virus daripada memasuki tubuh.
• Jika bakteria atau virus memasuki tubuh, sistem imun cuba mengesan dan menyinkirkannya sebelum ia boleh menyesuaikan diri dan membiak.
• Jika virus dan bakteria membiak dan mula menimbulkan masalah, sistem imun juga boleh menggesan kanser pada peringkat awal dan menyingkirkannya.


Agak2 nya dalam setahun atau paling kurang dalam sebulan berapa kali kah anda semua pergi klinik amik ubat demam ke,selsema ke, btuk ke?Orang kata mcm hospital dan klinik tu dah jadi second home bagi anda???Kalau rasanya dah banyak sangat kali, tambah dan bahagi semua lengkap mmg wajib lah anda mula mengamalkan supplement semulajadi seperti NUTRIFERON atau VITAMIN C ke sebagai langkah berjaga2 untuk meningkatkan antibodi anda...


Kenapa saya mengesyorkan suplemen-suplemen semulajadi tersebut?

Nutriferon berfungsi untuk menguatkan sistem imun dengan menggalakkan interferon semulajadi dalam badan kita. Ia mengukuhkan sistem imun dalam 3 hari. Bahkan melalui kajian eksklusif yang dilaksanakan oleh Shaklee, Nutriferon mampu merangsang  dan mempertingkatkan secara menyeluruh sistem imun dan berfungsi untuk membunuh virus dan bakteria. Malah bagi mereka yang alergic, adalah amat digalakkan mengambil Nutriferon untuk bina antibodi dalam badan – elak rasa gatal-gatal badan.

Manakala Vitamin C pula sebagi agen antioksidan yang dapat membantu tubuh menyahtoksin segala toksin dan bahan kimia yang boleh mengancam sistem imun tubuh yang kita sayangi ini.

Vitamin C memang kaya dengan antioksidan dan ialah berfungsi untuk membantu mengekalkan pertahanan antioksidan semulajadi, integriti sel dan kesihatan mata, gusi, gigi, tulang, otot dan saluran darah kita. Amalkan Vitamin C sebiji setiap hari, Insya Allah kadar kita kena virus demam selsema akan berkurangan.

Jadi beringat2 lah sebelum sakit...bila kita sihat semua yang kita buat akan jadi best...happy dan akan rasa muda sentiasa...;)


Jom dapatkan dari saya 2 produk yang super hebat ini...hanya perlu hubungi saya di nombor yang tertera di bawah ini...

Be healthy with me
Puan Siti
0122257055
siti.hasmah26@yahoo.com


PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

Wednesday, 22 January 2014

PERHATIAN PENTING:BAGI MEREKA YG ADA MASALAH JERAGAT!!

Masalah jeragat di kalangan wanita ni sangat sukar untuk diatasi kan??..mmg sukar nak cari jalan untuk merawat masalah jeragat ni kerana ianya berlaku dari lapisan bawah kulit kita bukan nye di luaran kulit...So mmg payah amat lah nk hilangkan nya...even rawatan laser pun belum tentu dapat hilang kan jeragat ni sepenuhnya...

Actually saja nak share entry ni dengan korang semua..takut korang pun ada masalah yang sama dengan saya...Mcam saya dulu pun tak tahu sangat pasal jeragat ni semua...pakai hentam je beli produk yang ada di pasaran sebab terlalu ghairah nak hilang kan jeragat ni...rupanya tak semua produk tu sesuai dengan kulit kita...Sebelum cerita lebih panjang meh kita kenal dulu punca punca jeragat ni...dan sebab berlakunya tompok tompok hitam nih...

Punca2 jeragat yang dikenalpasti-

>Masalah jeragat dan parut hitam sering dialami oleh kebanyakan orang Asia. Jika tidak dirawat, tompok-tompok hitam ini akan semakin bertambah.Punca jeragat ialah daripada sel melanosit yang terlebih aktif dan mengeluarkan melanin yang berlebihan menyebabkan kulit bertompok-tompok hitam.




Antara sebab berlakunya tompok-tompok hitam ini adalah:
>Radang kulit sewaktu mengalami masalah jerawat, apabila jerawat kering, ia akan meninggalkan kesan hitam yang dikenali sebagai "post-inflammatory hyperpigmentation" (PIH)
>Perubahan hormon sewaktu mengandung dan menyusukan anak juga akan menyebabkan tompok-tompok hitam yang dikenali sebagai "melasma".
>Addison's disease yang disebabkan kalenjar adrenal yang tidak berfungsi untuk mengeluarkan hormon steroid dalam badan juga akan mengakibatkan jeragat.
>Penggunaan pil perancang dan tabiat merokok juga boleh menyebabkan jeragat.
>Pendedahan kulit kepada cahaya matahari setelah beberapa tahun akan memberi kesan tompok-tompok hitam yang akan bertambah yang dikenali sebagai "age spots", "freckles" dan"lentigenes". Perbezaan antara age-spots, freckles dan lentigenes ialah saiznya.

Selain sebab sebab di atas...wanita yang mengalami masalah jeragat ni sangat tidak digalakkan mengambil sebarang produk yang boleh menipiskan kulit muka..yang mana produk yang boleh mengelupaskan kulit ni mengandungi hidrokinon yang tinggi...mmg lah bila pakai tu kulit nmpk merah2 n pinkish gituuu...kononnya oklah kan?? Tp sngat bahaya ye utk kita...Bila kulit mengelupas, jadi kulit akan semakin nipis, sensitif dan berbahaya jika terdedah kepada pancaran cahaya matahari (sinar UV).sebab itu mereka yang ada jeragat ni jeragat itu akan bertambah bila terdedah dgn cahaya matahari..ohhhhh noooo!!!

Satu lagi penggunaan pil hormon atau pil perangcang pun boleh bg effect dan menyebabkan jeragat...hurmmmm ye ke?? So becareful ye...

Moral of the story:
Jangan pakai produk kecantikan sebarangan mungkin sekarang nampak halus mulus, meletop kau memang "da bomb" tapi akan datang???lebih2 lagi elakkan produk yang mengelupas nanti kulit semakin nipis dan bahaya kalau terdedah dengan pancaran matahari (sinar UV). Kalau ambil ubat hormon pun tanya pada Doktor ada kesan sampingan atau tak. Kalau boleh kalau dah berkahwin, pil perancang pun elakkan sebab rupa-rupanya pengambilan pil ini yang menyebabkan muka ini ada jeragat.

Apa yang paling penting untuk kita yang ada masalah jeragat ni MAKE SURE sentiasa memakai sunblock/sunscreen SEBELUM keluar rumah....pakailah SPF 50 ke atas,terutamanya yang ada jeragat sebab jeragat akan lebih banyak kalau tak lindung kulit dari pancaran matahari..

TIPS saya BAGI mereka yang ada masalah JERAGAT
* sentiasa memakai sunblock/sunscreen sebelum keluar rumah seeloknya yg mengandungi SPF 30 ke atas
* elakkan terdedah terlalu lama di bawah sinar cahaya matahari
* jgn sesekali menggunakan produk yang boleh menipis kan kulit muka
* rawat kulit dari dalam ...amalkan GLA Shaklee, Collagen powder Shaklee n ESP Shaklee...


Be Healthy á•™(`▽´)á•—
Puan Siti -ID 866977
0122257055 
Email :siti.hasmah26@yahoo.com
http://jomhealthywithme.blogspot.com/










PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

Friday, 13 December 2013

testimoni rawat resdung dengan Shaklee

Salaam pagi semua...semalam saya ada post mengenai rawatan untuk pengidap resdung menggunakan kaedah pengambilan vitamin Shaklee kan?.. so pagi pagi ni saya nak share antara koleksi testimoni yang berjaya kurangkan masalah resdung mereka..

Jom layan testimoni pengguna pengguna ni...;)











Jika gambar tak jelas..sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas okey....




PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

Tuesday, 3 December 2013

Vitamin C Shaklee untuk kulit yang cantik berseri

Jika anda serius mahu memiliki kulit yang cantik berseri walaupun tanpa ‘make-up’ maka anda perlu teruskan bacaan anda... 

APAKAH BONUS YANG ANDA BAKAL DAPAT JIKA MENGAMBIL VITAMIN C SHAKLEE INI.??
♥Kulit dan Kulit Muka - Fungsi Vitamin C yang terkenal adalah rumusan kolagen iaitu bahan protein yang mengikat sel-sel. Ia penting bagi pembaikan semula dan pertumbuhan tisu, sel, gusi, pembuluh darah, tulang dan gigi. Vitamin C mempercepatkan pemulihan luka, melecur dan gusi berdarah. Penyembuhan selepasa pembedahan adalah lebih cepat dengan pengambilan Vitamin C yang tinggi.

♥Antioksidan - Vitamin C merupakan antioksidan yang menolong mengeluarkan toksin dalam darah dan mempunyai kesan anti penuaan. Ia amat berguna bagi menentang jangkitan, menghalang serangan virus dan bakteria, mengurangkan kesan alergi. Bagi perokok Vitamin C menghapuskan keracunan nikotin.

♥Tindakan Kardiovaskular - Vitamin C mengurangkan pembekuan darah dan menolong menurunkan kolesterol dalam darah. Ia juga menolong menyerap zat besi dan meningkatkan hemoglobin dalam darah




KEBAIKAN KEBAIKAN LAIN VITAMIN C SHAKLEE
♥Berkesan mencerahkan kulit wajah dan badan secara sekata, licin, gebu, berseri.
♥Mengekalkan kelembapan kulit, menghilangkan bintik2 hitam, memudarkan jeragat dan lingkaran gelap di bawah mata.
♥Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
♥Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran.
♥Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
♥Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
♥Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
♥Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
♥Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
♥Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
♥Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
♥Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
♥Merawat jangkitan saluran kencing.
♥Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain

Macam mana nak order??

----------------------

Pm saya
Be Healthy á•™(`▽´)á•—
Puan Siti -ID 866977
0122257055 
Email :siti.hasmah26@yahoo.com

PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

Sunday, 24 November 2013

Testimoni Vitamin E dan Vitamin C

KOMBINASI [ VITAMIN C + E ] HASILKAN KULIT YANG SUPERB



Nak share testimoni diri sendiri. Saya telah mengamalkan Shaklee consume selama 3 bulan dan hasilnya sangat ketara. Gambar testimoni tidak edit dan kesemua gambar di atas original. Masalah jerawat dapat di atasi dengan baik. Sekarang tgh focus masalah parut2 yang tinggal kesan daripada pimples before this. Vita C dan Vita E juga mencerahkan kulit muka saya. Sejak mengamalkan shaklee pimples tidak naik keterlaluan dan akan naik pimples masa datang bulan sahaja. alhamdulillah dah dapat kulit yang licin dan tidak berkerutu lagi. Thanx shaklee 





Untuk order sila hubungi:

Be Healthy á•™(`▽´)á•—
Puan Siti -ID 866977
0122257055 
Email :siti.hasmah26@yahoo.com
http://jomhealthywithme.blogspot.com





PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

Thursday, 21 November 2013

KEBAIKAN SET BERPANTANG SHAKLEE

Salam semua...hari ni nak cerita set berpantang Shaklee yang semakin hati semakin menjadi set pilihan wanita hari ini...Saya bukan tipu tau...tapi INI KENYATAAN...tak percaya?? Haaa... anda WAJIB cuba...bagi saya sendiri saya tak dapat nak compare antara ambil set berpantang Shaklee dengan set bepantang yang lain...sbb anak baru ada sorang..hehehe...tp set berpantang ini sangat membantu saya dari segi penyusuan...Tapi rata rata customer saya yang dahulunya mengambil set jamu untuk berpantang memang mengatakan yang set berpantang Shaklee lebih jauh bagus kerana bayi jika kuning pun still leh makan set berpantang ni..Selain itu badan cepat pulih dan bertenaga.Luka bersalin czer cepat kering dan cantik je.. Susu badan pun alhamdulillah meriah...Mak ayah pulak yang hairan sama ada tengah berpantang ke tak ni?? Hehehe....Jom saya ceritakan apa yang ada dalam set ni sampai jadi SUPER DUPER HOT SANGAT NIHH...

Set Berpantang Shaklee mengandungi semua nutrient yang diperlukan oleh seorang ibu yang berpantang samada ibu bersalin normal atau yang bersalin secara pembedahan cesarean (czer)

Set Berpantang Shaklee membantu ibu-ibu berpantang untuk :
-Sembuh dari luka berpantang dengan cepat
-membentuk dan membina semula darah merah yang banyak tumpah semasa kelahiran
-pemulihan luka dalaman rahim
-mengelakkan stress untuk ibu atau meroyan
-memberi tenaga untuk ibu yang menyusu dan perlu bangun malam menjaga bayi.
-mengelakkan sembelit dan lawas membuang
- menguatkan imunasi badan utk si ibu dan bayi
- kurang sakit sakit belakang dan kebas kebas kaki

-susu lebih meriah dan banyak
- tiada masalah untuk diambil walaupun bayi kuning
-kulit ibu dan bayi lebih mulus,gebu dan berseri-seri

Set berpantang ini terdiri daripada;
♥BCOMPLEX
♥VITALEA
♥VITAMIN C
♥ZINC COMPLEX
♥ESP
♥OSTEMATRIX





Keunikan dan kehebatan Set Berpantang Shaklee ini sebenarnya terletak pada kombinasi produk supplement Shaklee yang benar-benar menepati keperluan dalaman dan luaran seorang ibu yang berpantang.

Malah para Doktor dan Pakar perubatan turut mengesyorkan ibu-ibu berpantang untuk mengambil vitamin sepanjang proses pemulihan berpantang dan juga selepas pembedahan selain amalan bertungku dan bertangas.

Terdapat banyak feed back, review dan testimoni dari ibu-ibu berpantang yang mengatakan tubuh menjadi segar dan bertenaga walau selepas 5 hari bersalin.

Ada juga yang memberi feed back susu mereka menjadi banyak berbanding dengan sebelum mereka menggunakan Shaklee.


Setakat ini lebih dari 10000 ibu berpantang di MALAYSIA yang menggunakan Set Bersalin Shaklee. Mari kita lihat apa antara komen / testimoni / feedback / review ibu-ibu yang pernah menggunakan Set Berpantang Shaklee ini....




















So mcmana?.. bykkn respond ibu ibu ni...semuanya gembira setelah mengambil set berpantang Shaklee ni...


Bagaimana nak cuba??


Pm saya utk order 

Be Healthy á•™(`▽´)á•—
Puan Siti -ID 866977
0122257055 
Email :siti.hasmah26@yahoo.com








PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

Thursday, 24 October 2013

Vitamin C Sustained Released 500mg kini kembali...kini dikenali dengan VIT C PLUS..

Salam semua...minggu ni fenomena VITA C kembali semula...ramai betul yang sanggup tunggu di Shaklee berjam jam lamanya hanya untuk mendapatkan vitamin pujaan ramai nih...ye lah setahun tunggu sebab Shaklee nak keluarkan VITA C yang kini dah diupgradekan ingredientnya..so mmg bertambah bestlah VITA C ni..:) seronok..seronok...

Pagi ni i dah start telan...best sesangat dapat telan VITA C ni balik..feel lain semacam...hahhaha...



Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian. Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh. Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.*

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.


1. Vitamin C Shaklee didatangkan dalam bentuk sustained release iaitu dilepaskan dalam badan secara perlahan-lahan untuk membolehkan vitamin c sentiasa berada dalam badan kita. Memandangkan vitamin c adalah mudah musnah dan tidak dapat disimpan lama dalam badan, maka teknologi sustained release adalah sangat diperlukan.

2. Satu tablet vitamin C Shaklee adalah bersamaan dengan 7 setengah biji oren. Di mana ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam badan sebanyak 100mg setiap jam untuk satu tablet.

3. Vitamin C Shaklee didatangkan bersama-sama dengan bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan vitamin c dengan lebih baik.


MANFAAT VITAMIN C

Imuniti
- dengan pengambilan vitamin c secara teratur dapat melindungi badan dari infeksi dan juga akan menguatkan tulang dan gigi kita termasuk mempercepatkan penyembuhan luka. Sebab itu jugalah wanita dalam pantang digalakkan untuk mengambil oren sebagai bahan untuk mempercepatkan penyembuhan luka.

Antioksidan
- ia berfungsi sebagai antioksidan yang menghalang serangan radikal bebas di sekeliling kita. Apabila badan terhindar dari risiko serangan radikal, maka sudah tentu peluang untuk kita dijauhkan dari penyakit yang disebabkan oleh sistem imun badan dapat dielakkan.

Hypertension
- ia juga dapat menurunkan kadar tekanan darah, dengan itu dapat mengurangkan risiko darah tinggi.

Kecantikan kulit
- banyak kebaikan vitamin c dalam mengekalkan kulit yang cantik. Ia merangsang pengeluaran kolagen. Kolagen adalah sangat perlu kerana ia umpama gam yang mengikat sel-sel kulit kita untuk sentiasa tegang. jika kehilangan kolagen, kulit akan nampak berkedut dan tidak tegang.
- mengurangkan garis-garis halus yang tidak diingini.
- memutihkan dan memulihkan keadaan kulit yang kusam.


klik gambar utk paparan lebih jelas

Sebiji Vitamin C Shaklee mengandungi 525.35mg vitamin C dan ianya dirembeskan secara perlahan-lahan dalam badan mengikut keperluan badan kita tadi. Ini sangat bagus kerana vitamin C bersifat larut air dan ianya mudah dihapuskan dalam keadaan tertentu contohnya jika kita stress, berhadapan dengan cuaca panas dan banyak lagi. Namun apabila kita demam dan selsema, dinasihatkan anda mengambil dua biji vitamin C iaitu sebiji waktu pagi dan sebiji lagi waktu malam. Selain itu vitamin C itu digalakkan agar dipatah dua sebelum ditelan. Untuk apa ya? Ianya untuk memastikan vitamin C itu merembeskan kesemuanya vitamin C ini . Ini kerana semasa kita sakit badan kita memerlukan vitamin C pada kadar yang lebih tinggi dari biasa.

VIT C kali ni ada tulis PLUS..yg PLUS tu sbb ada penambahan bioflavonoids complex..yg sblm ni tkde..nape nak kena ada bioflavonoids ni??? Sbbnya bila vita c digabungkan dgn bioflavonoids akan memberi kesan yg lebih efektif dr segi kesan antioksidan,lebih powerful la vita c ni banding dgn yang dulu...seperti yg kita sedia maklum, vita c ni mudah teroksida kan..tp bila ditambah bioflavonoids ni...bioflavonoids ni boleh melindungi vita c dr teroksida...so bdn boleh menyerap semaksimum yang mungkin kandungan vita c tu...takde la rugi kan...

Bagi mereka yang nak cerahkan kulit pergi cucuk cucuk bagai tu..xpayah lagi nk sakitkan diri untuk kelihatan cantik..meh cuba VIT C PLUS  ni..cnfirm puas hati...

Nak order pm saya laju laju.. Stok makin hari makin menyusut nih..


Be Healthy á•™(`▽´)á•—
Puan Siti -ID 866977
0122257055
Email :siti.hasmah26@yahoo.com

http://jomhealthywithme.blogspot.com


PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

Sunday, 8 September 2013

Bahaya kolestrol dan atasi dengan Shaklee

Ramai di kalangan kita yang tidak mengetahui apa sebenarnya kolesterol. Kolesterol sering disalahertikan dalam sebahagian diet harian kita. Kebanyakannya tahu bahawa mereka sepatutnya mengawal pengambilan makanan yang mengandungi kolesterol yang tinggi tetapi ramai diantaranya yang tidak mengetahui apa sebenarnya kolesterol itu. Berikut dihuraikan secara ringkas tentang kesan kolesterol di dalam badan.



Kolesterol adalah sejenis lemak yang dihasilkan di hati atau di usus. Kolesterol ini berfungsi untuk menghasilkan hormon dan membentuk membran sel seterusnya dibawa ke seluruh badan manusia melalui plasma darah. Selain itu, kolesterol juga penting dalam pembentukan asid hempedu dan Vitamin D di dalam badan.

Kebanyakan makanan yang mengandungi lemak haiwan juga mengandungi kolesterol. Selain itu, punca kolesterol adalah dari makanan seperti keju, kuning telur, daging, ayam, dan udang. Kandungan kolesterol di dalam makanan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan adalah lebih rendah berbanding makanan yang berasaskan haiwan. Pengambilan makanan berlemak seperti lemak tepu dan lemak trans merupakan punca utama peningkatan jumlah kolesterol di dalam badan berbanding pengambilan makanan sumber kolesterol ini.

Jumlah kolesterol yang tinggi dan berlebihan di dalam badan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius terhadap sistem kardiovaskular badan. Darah di dalam badan akan membawa kolesterol yang terdapat di dalam badan ke pelbagai organ dan kelenjar yang memerlukannya. Ia dibawa oleh sejenis pembawa yang dikenali sebagai lipoprotein. Apabila terlalu banyak kolesterol yang melalui saluran darah, kolesterol ini akan mula terbentuk di dinding arteri iaitu pada dinding saluran darah. Pembentukan kolesterol ini dipanggil plak seterusnya memberi kesan kepada sistem kardiovaskular badan.

Bagaimana Pembentukan Plak Ini Menyebabkan Bahaya?

Apabila plak terbentuk pada arteri, ia akan menghalang pengaliran darah kerana saluran darah yang sempit. Apabila situasi ini berlaku hampir dengan organ penting di dalam badan terutamanya jantung, ia akan menyebabkan masalah serius berlaku malah boleh menyebabkan kematian. Apabila saluran darah berhampiran organ jantung menjadi semakin sempit, ia boleh menyebabkan serangan jantung berlaku.

Apabila arteri yang menyalurkan darah ke otak pula yang tersumbat, ia akan menyebabkan sesorang itu mengalami strok.

Apabila arteri yang menyalurkan darah ke otak pula yang tersumbat, ia akan menyebabkan sesorang itu mengalami strok. Kedua-dua penyakit jantung dan strok ini boleh mengancam nyawa. Oleh itu, anda perlulah menjaga tahap kolesterol di dalam badan serta kandungan darah di dalam badan.

Kolesterol yang tinggi juga boleh menyebabkan artherosclerosis atau arteri menjadi keras. Apabila plak memenuhi arteri, dinding arteri menjadi keras dan rapuh. Ini bukan sahaja menghalang pengaliran darah, malah ia juga akan menyebabkan arteri pecah kerana terlalu rapuh dan ini akan menyebabkan darah menjadi beku di dalam badan.

Ubah corak pemakanan untuk menurunkan tahap kolesterol.

Kolesterol yang tinggi adalah sangat bahaya kepada badan manusia. Walaubagaimanapun, ia boleh dirawat. Pelbagai perubatan yang boleh membantu menurunkan kolesterol, tetapi salah satu langkah terbaik adalah dengan mengubah cara pemakanan harian kita. Dengan mengelak pengambilan makanan berasaskan haiwan, ia boleh mengurangkan tahap kolesterol di dalam badan bukan sahaja dengan mengurangkan kuantiti kolesterol tersebut malah mengurangkan kadar sintesis atau penghasilan kolesterol di dalam badan.

Mengurangkan pengambilan kalori atau tenaga harian sebanyak 7% dari makanan berasaskan lemak haiwan dan mengurangkan kadar pengambilan kolesterol sebanyak 200mg setiap hari.

Dicadangkan kepada mereka yang mengalami masalah kolesterol tinggi di dalam badan supaya mengurangkan pengambilan kalori atau tenaga harian sebanyak 7% dari makanan berasaskan lemak haiwan dan mengurangkan kadar pengambilan kolesterol sebanyak 200mg setiap hari. Nasihat lanjut perlu anda dapatkan dari doktor dan pakar untuk tindakan seterusnya.

Ingin saya berkongsi cerita kisah kak Norita yang boleh jadikan sebagai ikhtibar dan pengajaran buat kita semua tentang bahayanya kolestrol ini pada kita semua:

________________________________________________________________________

Masih ingat lagi 14 tahun dahulu, arwah abah saya di serang strok pada malam raya yang kedua. Beliau mempunyai masalah darah tinggi secara kebetulan sehari sebelum raya arwah sangat suka makan satay. Rupa-rupanya dalam diam kadar kolestrolnya meningkat dan menyebabkan tekanan darah meningkat seterusnya merosakkan saraf dalam otaknya maka arwah paralyse selama 2 minggu sebelum terus meninggalkan kami 8 beranak buat selama-lamanya.

Kisah ini menjadikan iktibar buat saya dan suami. Bila nak makan rendang, lemang atau pulut, kami tak berani nak makan banyak sebab tahu kesannya ke atas kolestrol dan jantung. Makan berpada-pada. Sejak awal perkahwinan, keluarga mertua akan pastikan vitamin utama untuk mengurangkan kolestrol wajib ada untuk menampung seluruh keluarga. Kami akan makan vitamin tersebut dan fokus pada kolestrol terutama musim perayaan yang banyak dengan jemputan rumah terbuka.

________________________________________________________________________

Anda boleh juga mengawal kolestrol dengan bantuan supplement..Antara Vitamin yang dicadangkan ialah:


Lecithin penting untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids). Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol. Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL). Membantu kawal paras triglycerides. Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah. Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.


 Vitamin C sangat perlu dan penting untuk pembuluh darah. Salur darah yang kurang vitamin C ibarat getah paip yang reput dijemur matahari dan bila2 masa sahaja boleh pecah.



GLA ianya mengandungi vitamin E disamping ianya berfungsi untuk menstabilkan keadaan hormone di dalam tubuh badan kita. Ianya juga membantu membakar lemak di dalam salur darah. Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung. Mengawal kencing manis dan darah tinggi. Mengawal kolesterol dan bagus untuk fungsi saraf.



Vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.Menguatkan imuniti tubuh.



Insyaallah kita mampu mengawalnya..tapi arus diingat pengambilan vitamin sahaja tidak dapat menjamin kolestrolakan hilang sepenuhnya.Anda juga haruslah mengawal diet pemakanan anda jijka ingin bebas kolestrol :)


á•™(`´)á•— Be Healthy
Siti Hasmah Abd Rahman
Independent Distributor Shaklee(866977)

Sms/Viber/WhatsApp 0122257055


PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

Tuesday, 16 July 2013

SET KECANTIKAN SHAKLEE KHUSUS BAGI MEREKA YANG NAK KELIHATAN CANTIK SENTIASA...

Selamat semua...
Malam ni cam ada idea nak update blog...so mata pun still xmengantuk lagi kes penangan PD + Esp waktu berbuka tadi...badan still lagi rase bertenaga...Alhamdulillah dengan izin NYA..Malam ni nk tulis pasal set kecantikan Shaklee..Saya pasti ramai yang menginginkan kulit yang bebas jerawat, bebas jeragat, berseri ,gebu dan halus je kan?? Saya punnn...huhu...Kadang tu sanggup berhabisan duit untuk cari produk yang sesuai ...tapi hasilnya sama je...semacam tiada perubahan...Masa time remaja dulu tak kisah pun nak jaga kulit.. walaupun mmg kulit bukan jenis yang berjerawat..tapi saya mempunyai kulit yang agak kering dan berjeragat..tp xlah ketara sangat tapi kalau xdijaga mau merebak tuh...
Actually penjagaan kulit dari dalam lagi cepat berkesan dari penjagaan luaran..bila dalam sihat automatik luar pun sihat kan?? Namun begitu penjagaan luaran pun saya tidak nafikan juga memberi sumbangan kepada kecantikan kulit...so better balance...hehhee...Shaklee ada terdapat set kecantikan bagi meraka yang mempunyai masalah kulit muka yang BERJERAWAT,BERJERAGAT, TONA TIDAK SEKATA,KUSAM dan TIDAK BERSERI..
SET ASAS KECANTIKAN mengandungi:
Vitamin C~membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. membantu memulihkan jerawat dan parut jerawat serta mencerahkan kulit

Vitamin E~nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan. Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat.

B Complex~ B is for Beauty akan membuatkan muka kelihatan glowing2 je dan membantu meninggikan sistem pertahanan badan,mengurangkan stress dan bertindak sebagai penenang.Bila hati tenang, memanglah nampak muda :)

Namun begitu,jika anda mempunyai bajet yang lebih boleh juga menambah GLA ataupun ESP mengikut keperluan dan permasalahan kulit..Kalau tak sure boleh tanya saya ok..;). Apa pula fungsi GLA dan ESP ni??
ESP ~ Pengambilan ESP bersama-sama dengan Set Kecantikan Kulit Shaklee amat disarankan untuk memberikan kesan yang optimum. ESP adalah sumber protein yang terbaik, dan untuk dapatkan kulit yang cantik kita perlulah mendapatkan makanan yang bersumberkan protien yang baik. Ini kerana:
  • protein adalah makanan asas kepada sel-sel badan, jadi apabila sel-sel ini sihat, penyerapan zat dan nutrien akan menjadi lebih mudah
  • protien sangat penting dalam penghasilan sel baru. Ianya membantu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jerawat). Kulit akan menjadi kusam dan tompokan hitam pada kulit akibat jerawat akan menjadi sangat sukar dihilangkan jika kita tidak mendapat cukup protien yang membantu dalam penghasilan sel baru untuk menggantikan sel kulit mati.
GLA ~ GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.GLA Complex ini AMAT BAGUS untuk SKIN TEXTURE, SKIN REPAIR dan buat SKIN GLOWING tau! (^_^)
Jom kita tengok hasil pengguna yang dah try set Shaklee ni...
Testimoni pengguna - Puan Norashikin Badaldin
----------------------------------------------------------------
 
Ini lah saya semasa sakit teruk dulu...mcm2 sya berubat..buah pinggang ok cuma mulut bh pinggng kecil jd bertakung air toksid..d tebuk 2x walau ada baby 8bln dlm perut..di lazer byk kali utk kuarkn batu kecil d spjg salur kencing dn bh pinggang(stiap 2 bln yea)...mnjdkn wajah kusam sbb byk ubat sintetik dn darah putih byk..demam dn lemah badan...Syukur sejak balik haji...sya mulakn dgn Bismillah dgn Shaklee dbwh awasan Aysha Zachary..dunia mama berubah...tq Allah n Shaklee..hidup tk sunyi lg...




Testimoni Puan Nurul
-----------------------------
Ha! no photoshopping. below is the real me after consuming shaklee set kecantikan kulit.lepas kurang 3 bulan.. kawan2 dan my mama jugak tegur dah elok kulit. i x flawless sepenuhnya lagi. masih ade siket kesan scar tu. tp akan hilang if consume VITAMIN E untuk hilangkan parut. ESP untuk licin gebu kan kulit, selain GASTRIK (i ade masalah tu) B COM untuk ratakan balik warna kulit i ni yg merah sana sini lah. pheeewww~~!! now... tinggal pakai bedak je xyah pki concealer bile outing

Now, ble nampak je kawan2 ade masalah ni, i terus promote..Kesian tau bile dorang jgk DEPRESS sbb ade masalah mcm ni. BECAUSE I'VE BEEN THROUGH THAT! So the thing is... Sharing the good things will make u guys happy. SERIOUSLY.. sekarang baru yakin nk jadi distributor plak.

Sebagai tambahan, now sedang makan NUTRIFERON, sbb i takot masalah jerawat n berpunca dari RESDUNG. will follow up the effect. nak convince kan people, kite kene testimoni dulu kan.

dengan izin Allah, alhamdulillah..
Xcuba, x tau.
Thanx to my sister sbb banyak dorongan dan galakan. hahaha!!!!
-------------------------------------



Testimoni Puan Mama
-------------------------------

No edit.no make up, no bedak2 no foundation, no camera 360 or anything.
Syukur alhamdulillah sejak mama amalkan shaklee.kulit wajah dh jarang sgt naik jerawat, melainkan kalo bendera merah la tue pun satu dua.je. x mcm sebelum nie.. nk kuar umah pun malu jerawt penuh dkt dahi.siap jd hitam2 lg tue... memg rasa down sgt la.. dh la keja mama hari2 jumpa org. receptionist kn.hehehhe... tp skrg tidak lg.. hari2 mama ceria.. sb mama ada vita e, esp dan gla complex. Shaklee.









Anda tak perlu beli semuanya...Boleh pm saya untuk menentukan jenis set mana yang bersesuaian dengan masalah anda...Bulan ni promosi gila-gila GLA..rugi tak cuba!!!




PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.