Tuesday 30 September 2014

KEGUGURAN - APAKAH FAKTOR/PUNCANYA, BAGAIMANA CARA PENJAGAAN DAN BILAKAH IBU BOLEH HAMIL SEMULA?

Keguguran dalam istilah perubatan merujuk kepada kehilangan janin yang terkandung dalam usia 22 minggu atau kurang. Keguguran lebih kerap berlaku di awal usia kehamilan iaitu pada peringkat trimister pertama ( 12 minggu pertama kehamilan). 

Terdapat beberapa faktor yang dikatakan menjadi punca keguguran iaitu:

a) Kelainan genetik pada janin yang dikandung
Kebanyakan (hampir 2/3 keguguran awal kehamilan) disebabkan janin yang dikandung mempunyai elemen kelainan genetik. Masalah kromosom adalah antara sebab utama sana ada jumlah kromosom tidak tepat atau berlaku perubahan kepada struktur kromosom janin. Kelainan genetik ini mengakibatkan janin tidak dapat hidup dan berlaku keguguran.




b) Jangkitan kuman
Jangkitan kuman pada trimister awal kehamilan boleh mengakibatkan keguguguran. Jangkitan yang kerap dikaitkan dengan keguguran 8adalah jangkitan Toxoplasmosis serta Parvovirus.

c) Kelainan pada rahim
Kelainan pada rahim ibu seperti kewujudan septum di dalam rahim atau bentuk rahim yang tidak normal, fibroid yang besar atau pelbagai dan kelonggaran pintu rahim adalah antara punca berlakunya keguguran.

d) Kelainan pada uri ( plasenta)
Uri atau plasenta yang tidak sihat cenderung menyebabkan keguguran. Keadaan uri sebegini lebih kerap ditemui dalam kalangan ibu yang mempunyai penyakit seperti Sistemik Lupus Erythematosus ( SLE), Anti Phospholopid Syndrome (APS) mahupun darah tinggi ketika mengandung. Para ibu dengan penyakit seperti ini mudah mengalami sumbatan di bahagian pembuluh darah di uri janin. Maka, ini akan mengakibatkan komplikasi keguguran janin.




e) Penyakit kronik yang tidak terkawal
Para ibu yang mengalami penyakit kronik seperti buah pinggang, kencing manis, darah tinggi serta jantung lebih berisiko tinggi mengalami keguguran berbanding ibu yang sihat. Penyakit kencing manis yang tidak terkawal paras gulanya merupakan penyumbang besar kepada keguguran janin di awal kehamilan.

f) Masalah berkaitan hormon
Kekurangan sokongan hormon di awal kehamilan mungkin juga menyebabkab keguguran. Istilah luteal insufficiency kerap merujuk kepada keadaan ini. Para ibu yang disyaki mengalami keadaan kekurangan sokongan hormon ini akan dibantu dengan preskripsi hormon untuk diambil di awal kehamilan.

g) Pendedahan terhadap radiasi
Pendedahan kepada radiasi memungkinkan berlakunya keguguran terutamanya sekiranya pendedahan tersebut di awal tempoh kehamilan.

h) Faktor gaya hidup
Ibu yang merokok, mengambil alkohol, dadah seperti kokain ataupun ubat-ubatan terlarang didapati lebih berisiko mengalami keguguran janin.

Meskipun pelbagai faktor seperti yang disebutkan di atas dikatakan penyebab keuguran, lazimnya sebilangan besar keguguran yang berlaku tidak berjaya menemukan puncanya walhal telah disiasat. Namun begitu tidak semestinya ibu yang mengalami keguguran kali pertama akan terus menerus mengalami keguguran untuk kandungan-kandungan berikutnya.

Bagaimanakah cara-cara penjagaan selepas mengalami keguguran?

Keguguran boleh berlaku secara lengkap dan keseluruhan janin keluar tanpa tersisa. Ada juga para ibu yang mengalami keguguran tidak lengkap atau keguguran yang memerlukan intervensi doktor sama ada secara pembedahan atau dengan pemberian ubat untuk mengeluarkan janin tersebut.Penelitian rapi perlu diberikan dalam setiap kes tersebut dengan mengambil kira pelbagai faktor seperti usia kandungan tersebut, permasalah kesihatan ibu, keadaan semasa ibu, keputusan pemeriksaan ibu dan pemeriksaan utrasound.

Penjagaan selepas keguguran tidak banyak bezanya seperti selepas kelahiran. Secara amnya ibu dinasihatkan mengamalkan pemakanan seimbang dan berkhasiat bagi memastikan tubuh badan dapat pulih sepenuhnya daripada proses keguguran. Kehilangan darah pasti berlaku sama ada keguguran tersebut secara spontan atau memerlukan intervensi doktor (sama ada secara pembedahan atau menggunakan ubat-ubatan). 

Oleh itu, para ibu perlu mengambil zat besi bagi mengantikan darah yang hilang.Ini dapat dicapai dengan pengambilan berkala makanan tambahan yang mengandungi zat besi dan ditambah juga dengan mengambil makanan yang kaya dengan zat besi seperti hati, daging merah dan bayam.

Para ibu yang mengalami keguguran pasti melalui bebrapa proses perubahan emosi daripada rasa terkejut akibat kehilangan kehamilan kepada proses sedih,marah, kecewa, menyesal dan pelbagai lagi. Kesemua perubahan emosi ini adalah tindak balas normal. Jangan khuatir!. Para ibu tersebut perlu diberi ruang untuk mengahdapi "kehilangan" ini dengan caranya tersendiri. Ini tidak bermaksud para ibu digalakkan mengunci diri dan menjadi murung. Sebaliknya banyakkan bicara dengan orang yang anda percayai, dan senangi seperti pasangan, ibu bapa dan keluarga.




Meluahkan perasaan dan emosi yang berkecamuk di dada anda dapat membantu anda melalui saat mencabar ini di samping sokongan kuat daripada ahli keluarga dans emestinya pasangan anda. Elakkan memendam rasa sendirian kerana amalan ini tidak sihat serta mungkin emngundang kemurungan. Jauhkan juga daripada rasa menyalahkan diri sendiri atau pasangan anda atas kehilangan ini. Terimalah ketentuan Allah dengan hati yang terbuka  dan banyankkan mendekatkan diri kepada Allah melalui amalan berdoa serta berzikir.

Sekiranya anda melalui proses pembedahan unuk keguguran anda atau keguguran lengkap, anda masih berisiko mengalami komplikasi setelah keguguran. Oleh itu anda dinasihatkan agar mengawal tanda tanda berikut yang mungkin merupakan tanda komplikasi keguguran.
  • Pendarahan dari kemaluan yang banyak
  • Sakit di bahagian perut atau ari-ari
  • Demam
  • Discaj/ lendir dari kemaluan yang berbau busuk
  • Pengsan/tidak sedarkan diri

Andainya berlaku sebarang tanda seperti di atas, para ibu perlu segera di bawa ke hospital berdekatan bagi pemeriksaan lanjutan untuk memastikan tiada komplikasi yang tidak diingini.

Bilakah seseorang ibu boleh mempertimbangkan untuk hamil semula setelah mengalami keguguran?

Hal ini bergantung kepada keadaan ibu tersebut.Secara amnya, bagi para ibu yang tidak mempunyai sebarang penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis dan sebagainya, para ibu tersebut dinasihatkan supaya berehat sekurang-kurangnya tiga kali kitan haid ( 3 kali suci). Ini bagi memastikan badan sudah benar-benar sihat dan kitaran haid telah kembali normal bagi emmudahkan penentuan usia kehamilan berikutnya. Sementara menunggu tempoh ini, para ibu digalakkan meneruskan pengambilan zat asid folik selain zat besi bagi persediaan menghadapi kehamilan berikutnya.

Bagi para ibu yang mempunyai penyakit kronik, anda dinasihatkan mengamalkan perancangan keluarga sementara menanti janji temu dengan doktor perubatan anda. Ini bagi memastikan keadaan kesihatan anda terutamanya penyakit kronik anda adalah terkawal. Ia amat penting bagi memastikan kehamilan anda yang seterusnya sihat dan kurang berisiko mengalami keguguran.

Set cadangan Shaklee yang dicadangkan bagi penjagaan selepas keguguran.


1)VITALEA 
Vita-lea merupakan multivitamin dan mineral yang disaluti dengan spirulina memberi tenaga pada kadar segera dan sangat membantu ibu yang menghadapi masalah tidur semasa berpantang. Vita-lea mempunyai imbangan nutrisi lengkap membantu dalam menangani masalah kurang selera, tekanan darah rendah, depresi, kebas-kebas, letih dan lesu, masalah anemia dengan pembentukan sel darah merah dan juga gula rendah.


2)B COMPLEX
Vitamin B-complex mengandungi kesemua 8 vitamin penting iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin membantu menambah selera, mengurangkan stress, menghasilkan tenaga dan juga penting untuk replikasi sel darah merah sekiranya letih dan lesu.


3) GLA
GLA Complex - membantu menstabilkan hormon ibu-ibu selepas bersalin, membantu masalah-masalah seperti sindrom pra haid, masalah kesuburan, kitaran haid. menambahkan keserian wajah, kuku & rambut.


4)ESP
ESP terdiri daripada protein dan fungsi utama protein adalah membina sel-sel baru dan membaiki sel-sel yang lama di dalam tubuh. Rahim yang lemah adalah berpunca daripada sel-sel di dalam tubuh yang rosak & ianya perlu dipulihkan dengan segera. Pendarahan yang kerap & banyak yang disebabkan oleh rahim yang lemah boleh membawa kepada risiko keguguran.




Insyaallah vitamin vitamin in sgt membantu dalam mendapat tenaga kembali setelah keguguran. Jika anda berminat untuk mencuba boleh hubungi saya di talian 012.2257055




ᕙ(`´)ᕗ Be Healthy
Siti Hasmah Abd Rahman
Independent Distributor Shaklee(866977)
Fb Page: Jom Healthy Shop

email: siti.hasmah26@yahoo.com






PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

1 comment :

  1. Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Punca Keguguran

    ReplyDelete