Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Wednesday, 9 October 2013

Buah Kiwi Pahit bila dicampur susu??ehhhh ye ke??

Salam semua... Hari ni terpanggil untuk bercerita a.k.a nak share experience yang mungkin sesetengah daripada korang dah mengalaminya.. Tapi mcm saya ni first time.. Hahaha..ini semuanya pasal BUAH KIWI..KIWI OHHH KIWI!!



Tahukah anda?? 

Terdapat dua jenis kiwi iaitu kiwi hijau dan kuning keemasan. Kedua-duanya mampu memberi kepuasan kepada pembeli. Lebih menarik, ia juga boleh dinikmati sebagai snek ringan yang memberikan tenaga dan manfaat kesihatan.

Untuk rasa yang lebih asli,buah kiwi hijau adalah jawapannya.

Tetapi untuk anda yang menggemari rasa tropika dan lebih manis tetapi menyegarkan, pilihlah buah kiwi kuning keemasan yang juga sesuai dinikmati oleh kanak-kanak,

Antara kelebihan memakan buah kiwi  selama 14 hari berturut-turut ialah ia mampu meningkatkan sistem imun, memperbaiki kerosakan sel dan masalah jantung.


Buah kiwi Green mempunyai kombinasi rasa manis, masam dan mudah dikenali melalui isinya yang berwarna hijau cerah, bahagian tengahnya berwarna putih dan bijinya kecil berwarna hitam, manakala buah kiwi Gold mempunyai kulit yang licin dan berwarna kuning gangsa. Ia memiliki rasa manis tropika yang digemari oleh kebanyakan pelanggan di Asia.

Hurmm...nak dijadikan cerita pagi nih baru try nak makan oat,campur susu dan buah-buahan..baru lah ada feel skit kan nak telan oat tu..so pagi-pagi buka peti sejuk nampak ada buah kiwi dan strawberry so ingat nak campur lah...

So..cantik-cantik dah potong buah semua campur dalm oat bersusu tadi...suap je dalam mulut...erkkkkk PAHITNYA!...HAihhhhh potong potong...POTONG SELERAKU...hihhi...then google rupanya buah KIWI ni akan terasa pahit dan tak sesuai nak dicampur dalam susu atau pun seangkatan dengannya macam yogurt pun x sesuai..Ini kerana BUAH KIWI mengandungi pelbagai zat yang kompleks membuatkan buah ini kurang bersahabat dengan susu. 

Seelok-eloknya jika ingin membuat Jus KIWI tidak perlu dicampur susu..hanya tambah air untuk mengekalkan kemanisanya...huk huk..huk...begitu rupanya!!

Jika anda memang mengingkan kiwi dicampur dengan susu, tipsnya adalah :

1. Rendam kiwi selama 15 minit dalam air
2. Oven kiwi dengan api kecil selama 5 minit

Itu adalah tips sederhana untuk menghilangkan rasa pahit pada buah kiwi jika dicampurkan dengan susu atau olahan sejenisnya.Tapi saya tak cuba lagi petua nih...hihiihi..

So...itu je lah saya nak share untuk hari ni...nak pergi layan anak tengok PORORO sat..hahhaha...




PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

Wednesday, 18 September 2013

Carotomax: Rawat mata kering

Salam semua...adakah anda mengalami masalah kekeringan mata.. Sebenarnya saya sendiri juga pernah mengalaminya terutamanya kalau banyak duduk dalam air condition..kalau pergi ke shopping mall yang air cond dia kuat tu ..pergghhh mata ni mcm nak cabut keluar..pedih dan perit yang amat..tuhan sahaja lah yang tahu..Nak tahu lebih lanjut mengenai kekeringan mata ni..jom kita baca lagi...


Apakah Kekeringan Mata?



Ianya sejenis penyakit yang sering dirawati oleh pakar mata. Ini disebabkan oleh ketidakseimbangan kualiti lapisan air mata yang melembapkan/membasahi mata.

Air mata kita mengandungi tiga lapisan. Lapisan terdalam, ialah “mucus” atau lendir yang meliputi kornea kita supaya air mata boleh melekat kepada mata. Lapisan tengah ialah “aqueous” yang mengandungi air yang boleh melembapkan dan membenarkan oksigen serta bahan nutrient dibekalkan kepada kornea. Lapisan ini terdiri daripada 98 % air dan mengandungi kuantiti kecil garam, protein dan bahan lain. Lapisan terluar ialah “lipid” atau lapisan berminyak yang mencegahkan penyejatan air mata yang terlalu cepat.

Air mata kita dihasilkan dari beberapa kelenjar dikeliling mata kita. Lapisan mucus dihasil dari kelenjar lacrimal yang berada di bahagian bawah kelopak mata atas. Beberapa kelenjar yang lebih kecil di kelopak mata kita menghasilkan lapisan lipid dan mucus. Setiap kali mata dikelipkan, kelopak mata kita menyebarkan air mata di atas permukaan mata. Air mata yang berlebihan mengalir melalui dua lubang yang kecil di penjuru mata ke dalam saluran air. Saluran air bersambung berikutnya kepada bahagian hidung. Sebab itu, kalau seseorang menangis, hidung juga akan berair juga.

Selain daripada melembapkan mata, air mata juga dihasilkan sebagai tindakbalas mata kita kepada rangsangan luar seperti kecederaan atau emosi. Namun begitu, air mata seperti ini tidak melegakan kekeringan mata, Sebab itu, seseorang yang sering mengalami mata yang berair masih akan mengadu matanya tidak selesa.

Apakah yang menyebabkan kekeringan mata?

Kekeringan mata disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor penuaan menyebabkan kekeringan mata. Bila usia kita meningkat, badan kita kurang menghasil minyak, 60% kurang pada umur 65 tahun berbanding dengan umur 18 tahun. Orang wanita akan mengalami masalah ini lebih kerap dan kulit mereka akan mengalami kekeringan. Kekurangan minyak juga menyebabkan air mata disejatkan dengan lebih cepat and tompokan kering akan muncul di permukaan mata.

Faktor lain seperti cuaca yang panas, kering, berangin, tempat berparas tinggi daripada dasar laut, hawa dingin, asap rokok juga menyebabkan kekeringan mata. Ramai orang juga mendapati mata mereka akan rasa perit setelah membaca atau menggunakan komputer untuk jangkamasa yang panjang. Berhenti rehat seketika dan mengelipkan mata akan melegakan perasaan ini.

Pemakai kanta sentuh juga akan mengalami kekeringan mata kerana kanta sentuh akan menyerap air mata, menyebabkan protein melekat kepada permukaan kanta. Beberapa jenis ubat-ubatan, penyakit thyroid, kekurangan vitamin A and penyakit seperti Parkinson’s and Sjogren’s juga menyebabkan kekeringan. Kaum wanita juga mengalami masalah kekeringan setelah putus haid disebabkan oleh kekurangan hormon.

Apakah gejala-gejalanya?

-Pedih
-Ketidakselesaan
-Kemerahan mata
-Kekaburan mata yang berubah bila mata dikelipkan
-Mata berair
-Rasa letih atau perit setelah membaca, menonton televisyen and bekerja dengan komputer untuk jangkamasa yang panjang

Bagaimana keadaan ini boleh dikesankan?

Ada beberapa cara untuk mengesan kekeringan mata. Doktor akan mengukur kadar pengeluaran, pengewapan and kualiti air mata. Ubat titis mata yang khas juga boleh mengesan masalah dan tahap kekeringan mata.

Apakah rawatannya?

Dalam perawatan kekeringan mata, setiap individu agak berlainan sedikit. Ramai orang rasa lega dengan mengunakan airmata tiruan setiap hari. Ada beberapa jenis airmata tiruan. Airmata tiruan yang lebih cair melegakan mata sementara waktu sahaja. Airmata tiruan yang lebih pekat akan berada di dalam mata untuk jangkamasa yang lebih panjang. Ada juga airmata tiruan yang tidak mengandungi bahan awet and ini lebih selesa untuk mata kita. Jangan menggunakan ubat titis mata yang mengandungi bahan yang mengecutkan saluran darah dalam mata, Ini memutihkan mata untuk sementara waktu tetapi ianya tidak menolong melembapkan mata dan bolen menyebabkan masalah yang lain.

Beberapa langkah senang dalam kehidupan kita seperti minum 8 hingga 10 gelas air setiap hari, boleh juga menolong mengurangkan kekeringan mata. Kalau kita mengingatkan diri sendiri untuk mengelipkan mata semasa menonton televisyen atau membaca, ini juga akan mengurangkan kekeringan mata. Jangan selalu menggosok mata, kerana ini akan menjadikan mata lebih perit.

Pengalaman saya sendiri, setelah mengamalkan CAROTOMAX ni lebih kurang 2 bulan secara konsisten,alhamdulillah kering mata ni dapat diatasi..so tak payah lah nak titis air dalam mata lagi untuk elakkan kekeringan..Kalau dulu memang tak larat nak duduk lama lama dalam air condition,tapi sekarang tak kisah dah...memang bersyukur sangat...Botol carotomax ni kecik dan comel je...boleh di bawa ke mana-mana..Tahan untuk sebulan penggunaan..harga pun sangat berbaloi bagi saya dari menahan sakit perit tu kan??




Apakah komplikasi kekeringan mata yang tidak dirawati?

Merawatkan keadaan ini bukan sahaja untuk menjadikan mata lebih selesa tetapi untuk kesihatan kornea. Komplikasi yang serius termasuk ulcer kornea, infeksi, parut and kekaburan mata.



Dapatkan harga SPECIAL untuk CAROTOMAX ini...hanya dari SAYA...;)




 ᕙ(`▽´)ᕗ Be Healthy
Siti Hasmah Abd Rahman
Independent Distributor Shaklee(866977)
Fb Page: Jom Healthy Shop
email: siti.hasmah26@yahoo.com




PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

Monday, 2 September 2013

Multivitamin penting untuk tubuh badan.. Vitalea Shaklee pilihan saya...

Siapa kata makanan yang diambil sudah mencukupi  untuk menampung keperluan tubuh? Bagi mendapatkan jawapan, ikuti penerangan terperinci mengenai hal ini. Peningkatan taraf hidup dan ekonomi menyebabkan berlakunya lambakan makanan. Jadi, mendapatkan keperluan nutrien sepatutnya tidak menjadi masalah besar. Namun, menjalani kehidupan sehari-hari yang sibuk menyebabkan hal berkaitan penjagaan kesihatan dan kesempurnaan pemakanan terabai.

Mungkin ada di kalangan kita cuba mendapatkan makanan yang berkualiti dan terbaik di celah kesibukan menguruskan kehidupan harian tetapi percayalah anda sebenarnya masih gagal menjaga pemakanan dengan sempurna.

Kebanyakan orang tahu pemakanan yang kaya dengan vitamin dan mineral seimbang sangat bermanfaat untuk kesihatan. Pun begitu, hal ini sering diabaikan. Oleh sebab itu, anda perlulah berubah sikap! Tabiat pengambilan suplemen vitamin dan mineral boleh membantu mengatasi masalah ini. Tambahan pula suplemen multivitamin yang diambil setiap hari boleh menyediakan seribu satu kebaikan dalam jangka masa panjang dalam menampung keperluan zat pemakanan yang tentunya kurang dalam pemakanan anda.

Multivitamin penting untuk tubuh

Perlu diketahui bahawa seiring dengan peningkatan usia, keperluan nutrien juga turut berubah. Kajian menunjukkan bahawa walau pun individu tersebut mengamalkan pemakanan sihat penuh dengan vitamin dan mineral, keperluan tersebut tidak mampu menampung keperluan tubuh terutama sekali di dalam kesibukan dan keadaan individu itu sendiri. Maka multivitamin harian memainkan fungsinya dengan memberikan pelbagai manfaat kepada tubuh.

Secara umum, suplemen multivitamin dapat membantu dari segi:

-Menjaga kesihatan jantung.
-Meningkatkan tahap tenaga
-Meningkatkan sistem imun tubuh
-Menguatkan tulang
-Kesihatan mata dan penglihatan
-Menjaga kualiti kulit sihat
-Zat pemakanan memainkan peranan penting dalam meningkatkan mutu kesihatan. Selain menampung kekurangan vitamin pada tubuh, bahan tambahan ini juga bertindak sebagai merawat penyakit yang berkaitan dengan kekurangan vitamin dan mineral.

Antara indivitu yang digalakkan mengambil multivitamin ialah

-Wanita hamil dan menyusu anak
-Pengamal diet yoyo
-Perokok
-Pengamal vegetarian
-Pemnium alkohol yang kerap
-Pesakit yang perlu mengikuti jadual pemakanan yang khusus.
-Warga tua yang tidak boleh menyerap vitamin B12.
-Golongan yang kerap memakan makanan yang dimasak panas. Hal ini kerana vitamin hilang dalam proses memasak.

Sebutir suplemen multivitamin setiap hari mampu memenuhi kekurangan zat pada tubuh. Malah, ini juga merupakan kaedah yang paling berkesan dalam menggalakkan pengambilan mikronutrien. Perlu diketahui ketika meninjau untuk membeli multivitamin, anda disarankan untuk memberi tumpuan kepada gabungan vitamin dan mineral yang ada, bukan amaun bagi setiap kandungan mineral dan vitamin. Rujuklah kepada ahli farmasi yang bertauliah untuk mendapatkan informasi tentang multivitamin yang perlu diambil oleh anda.

Ketahuilah suplemen multivitamin yang baik seharusnya mempunyai gabungan zat pemakanan yang seimbang dan memenuhi keperluan vitamin dan mineral teras. Hanya dengan cara itu, barulah tubuh memperoleh semua kebaikannya.

Kenapa saya hanya memilih multivitamin Shaklee iaitu Vitalea??


Apa yang uniknya Vitalea shaklee???

•Tablet disaluti spirulina, sangat larut dalam air dan mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan maximum di usus kecil
•The best multivitamin dlm public interest thn 2000.
•Ujian klinikal menunjukkan pengambilan vitalea selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sbnyk 65%
•Disokong oleh 7 kajian klinikal
•Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel sel baru
•Menjalani lebih daripada 340 ujian kawalan mutu untuk memastikan ketulenan dan potensi produk..

Vitalea dihasilkan dengan kaedah terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks disebut "Explo-Tab". Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia.

Explo-Tab...apa tu?
Explo-Tab ialah teknologi yang membolehkan vitamin itu stay dalam digestive for a while, then cepat2 ia akan pecah untuk membebaskan nutrisi di dalamnya.

Jika vitalea dibelah dan dilihat di bawah mikroskop, anda akan lihat bebola putih kecil. Bebola putih itu ialah starch grains...bijian kanji....apabila bijian kanji ini pecah, ia akan pecah dan membebaskan nutrisi yang terikat di dalamnya.


Vitalea Shaklee



Brand S





Penggunaan harian, Vita Lea boleh:

-Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*
-Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata*
-Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi*
-Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*

Disebabkan tindakan Explo-Tab inilah pengamal Vitalea Shaklee akan merasa kesannya begitu cepat...badan lebih bertenaga selepas mengambil Vitalea



Hubungi:
Siti Hasmah Abd Rahman
Independent Distributor Shaklee(866977)
Sms/Viber/WhatsApp 0122257055



PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

Monday, 19 August 2013

Kebaikan Susu Ibu : Mampu Meningkatkan Kepintaran Bayi

Mengapakah para ibu digalakkan untuk menyusu bayi dengan susu badan dan bukannya susu tepung ataupun susu lembu? Membuat persediaan untuk menyambut kelahiran bayi anda adalah sesuatu yang menggembirakan dan ia adalah masa yang sangat mencabar. Ibu harus memberi pertimbangan kepada penyusuan susu ibu kerana ia memberi kebaikan kepada ibu dan anak. Kita semua digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Dalam masa pemberian susu ibu sepenuhnya bermaksudlah bayi itu tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu.




Susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebaik selepas melahirkan bayi, susu pertama kental berwarna kekuningan dan ia dikenalikan sebagai kolostrum. Khasiatnya amat tinggi kerana kandungan proteinnya adalah tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia juga mengandungi antibodi (immunoglobulins) yang tinggi serta lebih sel darah putih (leucocytes) yang mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.

Tambahan pula, susu ibu juga mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak dan ia membantu dalam meningkatkan kepintararan bayi. Dua kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders Australia telah membuktikan bayi yang disusui badan, kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa. Ia juga memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak kerana sewaktu menyusu bayi, bau ibu, sentuhan dan wajah akan terakam pada ingatan bayi yang masih kecil itu. Bayi akan lebih mengenali ibu dan paling penting mereka dapat merasakan kehangatan kasih ibu dan bayi akan lebih mesra dan kasih sayang mereka lebih mendalam pada ibunya dalam proses penyusuan ini.

Selain itu, terdapat juga kebaikan terhadap ibu yang menyusui bayi sejak kelahiran anak mereka. Antaranya ialah membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin. Tambahan pula, ia membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat dan mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari. Malahan, kelebihan yang seterusnya ialah ia merupakan satu cara merancang kehamilan yang ideal secara tidak langsung kerana penyusuan ibu dengan sepenuhnya selama 6 bulan pertama mampu menunda kedatangan haid. Oleh itu, 99 peratus kehamilan dapat dielakkan.

Menyusukan anak adalah tugas yang murni, penting dan istimewa bagi seorang ibu. Pada masa ini, kesihatan bayi dan ibu dalam negara-negara yang membangun mendapat perhatian yang penting. Yang dirisaukan ialah banyak ibu di bandar dan juga sebahagian di luar bandar tidaklah mementingkan lagi susu bagi anak mereka. Di negara-negara barat yang maju, keadaan menunjukkan ibu-ibu sudah memberi semula susu bagi anak-anak mereka tetapi di negara-negara membangun seperti Malaysia, ibu-ibu lebih suka memberi anak-anak susu botol daripada susu mereka sendiri.

Mengapakah perkara sedemikian terjadi? Maka, faktor yang menghalang penyusuan adalah disebabkan kesakitan puting susu. Pada hari permulaan, ibu mungkin berasa sakit tetapi setelah susu mengalir, kesakitan ini akan berkurangan. Terdapat sesetengah ibu yang puting susunya tersorok atau tidak dapat menegak untuk bayi menghisap, oleh itu bayi akan menghisap kulit hitam sekeliling puting dan mengakibatkan perlukaan kecil. Maka, ibu harus menarik putingnya semasa hamil 8 bulan sebagai persediaan. Faktor seterusnya ialah bengkak susu yang disebabkan jangkitan kuman ataupun takungan air susu. Jangkitan kuman dalam buah dada mengakibatkan buah dada bengkak, hangat dan sakit. Ia bolehlah dirawat secara memakan ubat yang diberikan oleh doktor dan ibu boleh membasuhnya dengan menggunakan air suam. Selain itu, sebab-sebab yang lain mungkin disebabkan sikap ibu tersebut. Misalnya, malu menyusukan anak, tiada susu dalam badan, anak tidak mahu menyusu, ketakutan merosakkan bentuk badan, malas menyusukan anak kerana kena bangun pada waktu malam dan lain-lain lagi. Maka, cara untuk memperbanyakkan susu badan ialah ibu bolehlah ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana dan cuci bersih. Kemudian potong kecil-kecil dan kisar sehingga halus. Selepas itu campurkan dengan segelas air suam dan diminta minum sebanyak 2 kali sehari. Anda boleh juga mengambil supplement tambah susu bagi memperbanyakkan susu.

Sehingga setakat ini, kesedaran untuk penyusuan badan adalah masih rendah berbanding dengan negara lain. Kempen menyusu badan telah diadakan di hospital seluruh negara untuk memupuk ibu-ibu menyusukan bayi-bayi lebih sihat pada masa akan datang. Misalnya, Salah satu strategi untuk menggalakkan penyusuan susu ibu di Malaysia adalah melalui pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi. Ia merupakan salah satu program antarabangsa yang dilancarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan UNICEF. Program ini bertujuan untuk mengalakkan semua hospital dan pusat bersalin melaksanakan “10 Langkah Ke Arah Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya”. Di samping itu, WABA (World Alliance for Breastfeeding Action) ditubuhkan iaitu satu rangkaian global untuk pertubuhan bukan kerajaan dan individu yang mempunyai matlamat yang sama. Ia bertujuan untuk menggalak, melindungi dan menyokong penyusuan susu ibu. WABA percaya penyusuan susu ibu adalah hak setiap ibu dan anaknya. Pada masa ini, NGO adalah kuasa penggerak di belakang kumpulan sokongan penyusuan susu ibu, berusaha melaksanakan kod antarabangsa, pertukaran maklumat dan latihan untuk pekerja dalam sektor kesihatan. Bagi mencapai matlamatnya, WABA menubuhkan 9 pasukan khas untuk menyelaras gerakan sosial, pertukaran maklumat, penyelidikan, amalan penjagaan kesihatan, wanita dan kerja, mematuhi kod, pendidikan dan latihan serta kumpulan sokongan ibu.

Penyusuan susu ibu tiada bandingan dengan susu tepung mahupun susu lembu. Tiada gambaran yang sehabis murni dan suci daripada seorang ibu yang sedang menyusukan anak kecil dengan memeluk anak itu rapat di badannya. Dengan memeluk anak kecil, dan mengalirnya air susu dari ibu kepada anak, maka kasih sayang itu turut mengalir. Kesimpulannya, dengan penyusuan itu, semua kemahuan asas anak-anak dapat disempurnakan dan anak akan berpeluang hidup dengan baik dan teratur semasa dewasa kelak.

So, nasihat saya pada semua jangan mudah berputus asa jika anda mengalami masalah kekurangan susu badan. Perbanyakkan ilmu penyusuan insyaallah niat anda untuk menyusukan anak anda pasti tercapai.. yang penting adalah usaha dan banyakkan berdoa. Tengoklah betapa besarnya manfaat jika kita menyusu badan ni untuk anak-anak kita. Rugi kalau kita terlepas untuk memberi mereka yang terbaik.





PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

Saturday, 27 July 2013

Mengapa seorang ibu harus menyusui bayinya?- Landasan menyusu dalam Islam

Surah Al- Baqarah ayat 233
 
وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلاَدَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ وَعلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ لاَ تُكَلَّفُ نَفْسٌ إِلاَّ وُسْعَهَا لاَ تُضَآرَّ وَالِدَةٌ بِوَلَدِهَا وَلاَ مَوْلُودٌ لَّهُ بِوَلَدِهِ وَعَلَى الْوَارِثِ مِثْلُ ذَلِكَ فَإِنْ أَرَادَا فِصَالاً عَن تَرَاضٍ مِّنْهُمَا وَتَشَاوُرٍ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِمَا وَإِنْ أَرَدتُّمْ أَن تَسْتَرْضِعُواْ أَوْلاَدَكُمْ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِذَا سَلَّمْتُم مَّا آتَيْتُم بِالْمَعْرُوفِ وَاتَّقُواْ اللّهَ وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
 
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.
 


 
 
Menyusu boleh dikatakan sebagai sebuah kewajipan bagi seseorg ibu berkaitan dengan pelbagai kepentingan,kemuliaan,dan keutamaan bagi ibu mahupun si bayi. Dan Allah sudah mengetahui apa yang terbaik bagi hamba-hambaNya,pasti ada akibat bagi mereka yang tidak mematuhinya (mengabaikan perintah ini tidak menyusu bayinya disebabkan oleh mereka yang sengaja dengan pertimbangan dan alasan yang sifatnya bukan hal yang prinsip dan sejati, misalnya takut jika payudaranya tidak pejal lagi, takut bentuk tubuh berubah ataupun pelbagai alasan lain) Semua alasan itu merupakan perkara yang sungguh naif kerana mengabaikan perkara dan keutamaan yang besar.
 
Rasulullah s.a.w bersabda:
 
" Dan tidak ada seorang pun perempuan yang hamil dari suaminya, kecuali dia berada dalam naungan Allah Azza wa Jalla hingga dia merasakan sakit kerana melahirkan dan setiap rasa yang dia rasakan pahalanya seperti memerdekakan seorg hamba yang mukmin. Jika dia telah melahirkan anaknya dan menyusukan anknya, maka tidak ada setitis pun air susu yang dihisap oleh anaknya kecuali dia akan menjadi cahaya yang memancar dihadapannya kelak di hari kiamat, yang menakjubkan setiap orang yang melihatnya dari umat terdahulu hingga yang kemudian. Selain itu, dia dicatat sebagai seorang yang berpusa, dan sekiranya puasa itu tanpa berbuka nescaya dicatat seperti pahala puasa dan qiyamullail sepanjang masa. Ketika dia menyapih anaknya, "Allah Yang Maha Agung berfirman; " Wahai perempuan, Aku telah mengampuni dosa-dosamu yang lalu, maka perbaharuilah amalanmu" (Mustadrak al-Wasail2 bab 47,hlm.623)
 
Dalam riwayat lain, diceritakan sebab-sebab terperinci adanya seksa kubur adalah salah satunya wanita yang tidak mahu menyusukan anaknya. Dalam hadis terdahulu disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Lalu dia mengajakku pergi dan saya mendapati kaum wanita yang dipikul payudaranya." Saya bertanya " Ada apa dengan mereka?" Ia menjawab " Mereka adalah wanita-wanita yang tidak mahu menyusu anaknya'.
 
Sedemikian penting dan dasyatnya menyusu,ini adalah merupakan sebuah kewujudan dari pertanggungjawapan kita terhadap anak yang telah kita lahirkan. Wallahualam.
 
 

PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

Wednesday, 10 July 2013

Puasa -6 golongan mendapat rukhsah puasa

Sekadar catatan tambahan untuk pengetahuan kita semua, ada 6 golongan yang mendapat rukhsah puasa:
 
1. Orang yang musafir yang tiada tenaga dalam musafirnya oleh berbuka dan wajib ia ganti puasa tersebut. (Kalau balik kampung driving, lepas tu letih sangat rasa nak pengsan, diberi kelonggaran berbuka. Jarak mestilah melebihi 1 marhalah atau 84km)
 
2. Orang yang uzur seperti orang tua yang tidak mempunyai kekuatan untuk berpuasa.
 
3. Ibu yang menyusu anaknya, kalau di dapati ibu tersebut lemah disebabkan anaknya menyusu dan lemah disebabkan puasa, maka ibu tersebut boleh berbuka puasanya.

 
(Bukan sebab takut susu anak tak cukup, tapi sebab diri ibu sendiri dah memang macam nak pitam. Kalau takut susu anak tak cukup, sila guna stok EBM dan simpan stok awal-awal dari sekarang bersama Set Breastfeeding Shaklee ^_^)
 
4. Orang Islam yang pergi berperang dan berhadapan dengan musuh Islam, maka dibolehkan mereka berbuka untuk memberikan kekuatan kepada mereka melawan musuh Islam.
 
5. Orang yang sakit dan dinasihatkan oleh doktor perubatan bahawa beliau tidak perlu puasa dan jika ia puasa sakitnya lebih teruk lagi.
 
6. Wanita yang hamil dan dinasihatkan oleh doktor supaya tidak berpuasa, kerana dikuatiri dirinya menjadi lemah dan akan membahayakan kandungannya, maka wanita itu tidak wajib berpuasa.

 

 

PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.