Saturday 27 July 2013

Mengapa seorang ibu harus menyusui bayinya?- Landasan menyusu dalam Islam

Surah Al- Baqarah ayat 233
 
وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلاَدَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ وَعلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ لاَ تُكَلَّفُ نَفْسٌ إِلاَّ وُسْعَهَا لاَ تُضَآرَّ وَالِدَةٌ بِوَلَدِهَا وَلاَ مَوْلُودٌ لَّهُ بِوَلَدِهِ وَعَلَى الْوَارِثِ مِثْلُ ذَلِكَ فَإِنْ أَرَادَا فِصَالاً عَن تَرَاضٍ مِّنْهُمَا وَتَشَاوُرٍ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِمَا وَإِنْ أَرَدتُّمْ أَن تَسْتَرْضِعُواْ أَوْلاَدَكُمْ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِذَا سَلَّمْتُم مَّا آتَيْتُم بِالْمَعْرُوفِ وَاتَّقُواْ اللّهَ وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
 
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.
 


 
 
Menyusu boleh dikatakan sebagai sebuah kewajipan bagi seseorg ibu berkaitan dengan pelbagai kepentingan,kemuliaan,dan keutamaan bagi ibu mahupun si bayi. Dan Allah sudah mengetahui apa yang terbaik bagi hamba-hambaNya,pasti ada akibat bagi mereka yang tidak mematuhinya (mengabaikan perintah ini tidak menyusu bayinya disebabkan oleh mereka yang sengaja dengan pertimbangan dan alasan yang sifatnya bukan hal yang prinsip dan sejati, misalnya takut jika payudaranya tidak pejal lagi, takut bentuk tubuh berubah ataupun pelbagai alasan lain) Semua alasan itu merupakan perkara yang sungguh naif kerana mengabaikan perkara dan keutamaan yang besar.
 
Rasulullah s.a.w bersabda:
 
" Dan tidak ada seorang pun perempuan yang hamil dari suaminya, kecuali dia berada dalam naungan Allah Azza wa Jalla hingga dia merasakan sakit kerana melahirkan dan setiap rasa yang dia rasakan pahalanya seperti memerdekakan seorg hamba yang mukmin. Jika dia telah melahirkan anaknya dan menyusukan anknya, maka tidak ada setitis pun air susu yang dihisap oleh anaknya kecuali dia akan menjadi cahaya yang memancar dihadapannya kelak di hari kiamat, yang menakjubkan setiap orang yang melihatnya dari umat terdahulu hingga yang kemudian. Selain itu, dia dicatat sebagai seorang yang berpusa, dan sekiranya puasa itu tanpa berbuka nescaya dicatat seperti pahala puasa dan qiyamullail sepanjang masa. Ketika dia menyapih anaknya, "Allah Yang Maha Agung berfirman; " Wahai perempuan, Aku telah mengampuni dosa-dosamu yang lalu, maka perbaharuilah amalanmu" (Mustadrak al-Wasail2 bab 47,hlm.623)
 
Dalam riwayat lain, diceritakan sebab-sebab terperinci adanya seksa kubur adalah salah satunya wanita yang tidak mahu menyusukan anaknya. Dalam hadis terdahulu disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Lalu dia mengajakku pergi dan saya mendapati kaum wanita yang dipikul payudaranya." Saya bertanya " Ada apa dengan mereka?" Ia menjawab " Mereka adalah wanita-wanita yang tidak mahu menyusu anaknya'.
 
Sedemikian penting dan dasyatnya menyusu,ini adalah merupakan sebuah kewujudan dari pertanggungjawapan kita terhadap anak yang telah kita lahirkan. Wallahualam.
 
 

PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

No comments :

Post a Comment