Tuesday 30 September 2014

KEGUGURAN - APAKAH FAKTOR/PUNCANYA, BAGAIMANA CARA PENJAGAAN DAN BILAKAH IBU BOLEH HAMIL SEMULA?

Keguguran dalam istilah perubatan merujuk kepada kehilangan janin yang terkandung dalam usia 22 minggu atau kurang. Keguguran lebih kerap berlaku di awal usia kehamilan iaitu pada peringkat trimister pertama ( 12 minggu pertama kehamilan). 

Terdapat beberapa faktor yang dikatakan menjadi punca keguguran iaitu:

a) Kelainan genetik pada janin yang dikandung
Kebanyakan (hampir 2/3 keguguran awal kehamilan) disebabkan janin yang dikandung mempunyai elemen kelainan genetik. Masalah kromosom adalah antara sebab utama sana ada jumlah kromosom tidak tepat atau berlaku perubahan kepada struktur kromosom janin. Kelainan genetik ini mengakibatkan janin tidak dapat hidup dan berlaku keguguran.




b) Jangkitan kuman
Jangkitan kuman pada trimister awal kehamilan boleh mengakibatkan keguguguran. Jangkitan yang kerap dikaitkan dengan keguguran 8adalah jangkitan Toxoplasmosis serta Parvovirus.

c) Kelainan pada rahim
Kelainan pada rahim ibu seperti kewujudan septum di dalam rahim atau bentuk rahim yang tidak normal, fibroid yang besar atau pelbagai dan kelonggaran pintu rahim adalah antara punca berlakunya keguguran.

d) Kelainan pada uri ( plasenta)
Uri atau plasenta yang tidak sihat cenderung menyebabkan keguguran. Keadaan uri sebegini lebih kerap ditemui dalam kalangan ibu yang mempunyai penyakit seperti Sistemik Lupus Erythematosus ( SLE), Anti Phospholopid Syndrome (APS) mahupun darah tinggi ketika mengandung. Para ibu dengan penyakit seperti ini mudah mengalami sumbatan di bahagian pembuluh darah di uri janin. Maka, ini akan mengakibatkan komplikasi keguguran janin.




e) Penyakit kronik yang tidak terkawal
Para ibu yang mengalami penyakit kronik seperti buah pinggang, kencing manis, darah tinggi serta jantung lebih berisiko tinggi mengalami keguguran berbanding ibu yang sihat. Penyakit kencing manis yang tidak terkawal paras gulanya merupakan penyumbang besar kepada keguguran janin di awal kehamilan.

f) Masalah berkaitan hormon
Kekurangan sokongan hormon di awal kehamilan mungkin juga menyebabkab keguguran. Istilah luteal insufficiency kerap merujuk kepada keadaan ini. Para ibu yang disyaki mengalami keadaan kekurangan sokongan hormon ini akan dibantu dengan preskripsi hormon untuk diambil di awal kehamilan.

g) Pendedahan terhadap radiasi
Pendedahan kepada radiasi memungkinkan berlakunya keguguran terutamanya sekiranya pendedahan tersebut di awal tempoh kehamilan.

h) Faktor gaya hidup
Ibu yang merokok, mengambil alkohol, dadah seperti kokain ataupun ubat-ubatan terlarang didapati lebih berisiko mengalami keguguran janin.

Meskipun pelbagai faktor seperti yang disebutkan di atas dikatakan penyebab keuguran, lazimnya sebilangan besar keguguran yang berlaku tidak berjaya menemukan puncanya walhal telah disiasat. Namun begitu tidak semestinya ibu yang mengalami keguguran kali pertama akan terus menerus mengalami keguguran untuk kandungan-kandungan berikutnya.

Bagaimanakah cara-cara penjagaan selepas mengalami keguguran?

Keguguran boleh berlaku secara lengkap dan keseluruhan janin keluar tanpa tersisa. Ada juga para ibu yang mengalami keguguran tidak lengkap atau keguguran yang memerlukan intervensi doktor sama ada secara pembedahan atau dengan pemberian ubat untuk mengeluarkan janin tersebut.Penelitian rapi perlu diberikan dalam setiap kes tersebut dengan mengambil kira pelbagai faktor seperti usia kandungan tersebut, permasalah kesihatan ibu, keadaan semasa ibu, keputusan pemeriksaan ibu dan pemeriksaan utrasound.

Penjagaan selepas keguguran tidak banyak bezanya seperti selepas kelahiran. Secara amnya ibu dinasihatkan mengamalkan pemakanan seimbang dan berkhasiat bagi memastikan tubuh badan dapat pulih sepenuhnya daripada proses keguguran. Kehilangan darah pasti berlaku sama ada keguguran tersebut secara spontan atau memerlukan intervensi doktor (sama ada secara pembedahan atau menggunakan ubat-ubatan). 

Oleh itu, para ibu perlu mengambil zat besi bagi mengantikan darah yang hilang.Ini dapat dicapai dengan pengambilan berkala makanan tambahan yang mengandungi zat besi dan ditambah juga dengan mengambil makanan yang kaya dengan zat besi seperti hati, daging merah dan bayam.

Para ibu yang mengalami keguguran pasti melalui bebrapa proses perubahan emosi daripada rasa terkejut akibat kehilangan kehamilan kepada proses sedih,marah, kecewa, menyesal dan pelbagai lagi. Kesemua perubahan emosi ini adalah tindak balas normal. Jangan khuatir!. Para ibu tersebut perlu diberi ruang untuk mengahdapi "kehilangan" ini dengan caranya tersendiri. Ini tidak bermaksud para ibu digalakkan mengunci diri dan menjadi murung. Sebaliknya banyakkan bicara dengan orang yang anda percayai, dan senangi seperti pasangan, ibu bapa dan keluarga.




Meluahkan perasaan dan emosi yang berkecamuk di dada anda dapat membantu anda melalui saat mencabar ini di samping sokongan kuat daripada ahli keluarga dans emestinya pasangan anda. Elakkan memendam rasa sendirian kerana amalan ini tidak sihat serta mungkin emngundang kemurungan. Jauhkan juga daripada rasa menyalahkan diri sendiri atau pasangan anda atas kehilangan ini. Terimalah ketentuan Allah dengan hati yang terbuka  dan banyankkan mendekatkan diri kepada Allah melalui amalan berdoa serta berzikir.

Sekiranya anda melalui proses pembedahan unuk keguguran anda atau keguguran lengkap, anda masih berisiko mengalami komplikasi setelah keguguran. Oleh itu anda dinasihatkan agar mengawal tanda tanda berikut yang mungkin merupakan tanda komplikasi keguguran.
  • Pendarahan dari kemaluan yang banyak
  • Sakit di bahagian perut atau ari-ari
  • Demam
  • Discaj/ lendir dari kemaluan yang berbau busuk
  • Pengsan/tidak sedarkan diri

Andainya berlaku sebarang tanda seperti di atas, para ibu perlu segera di bawa ke hospital berdekatan bagi pemeriksaan lanjutan untuk memastikan tiada komplikasi yang tidak diingini.

Bilakah seseorang ibu boleh mempertimbangkan untuk hamil semula setelah mengalami keguguran?

Hal ini bergantung kepada keadaan ibu tersebut.Secara amnya, bagi para ibu yang tidak mempunyai sebarang penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis dan sebagainya, para ibu tersebut dinasihatkan supaya berehat sekurang-kurangnya tiga kali kitan haid ( 3 kali suci). Ini bagi memastikan badan sudah benar-benar sihat dan kitaran haid telah kembali normal bagi emmudahkan penentuan usia kehamilan berikutnya. Sementara menunggu tempoh ini, para ibu digalakkan meneruskan pengambilan zat asid folik selain zat besi bagi persediaan menghadapi kehamilan berikutnya.

Bagi para ibu yang mempunyai penyakit kronik, anda dinasihatkan mengamalkan perancangan keluarga sementara menanti janji temu dengan doktor perubatan anda. Ini bagi memastikan keadaan kesihatan anda terutamanya penyakit kronik anda adalah terkawal. Ia amat penting bagi memastikan kehamilan anda yang seterusnya sihat dan kurang berisiko mengalami keguguran.

Set cadangan Shaklee yang dicadangkan bagi penjagaan selepas keguguran.


1)VITALEA 
Vita-lea merupakan multivitamin dan mineral yang disaluti dengan spirulina memberi tenaga pada kadar segera dan sangat membantu ibu yang menghadapi masalah tidur semasa berpantang. Vita-lea mempunyai imbangan nutrisi lengkap membantu dalam menangani masalah kurang selera, tekanan darah rendah, depresi, kebas-kebas, letih dan lesu, masalah anemia dengan pembentukan sel darah merah dan juga gula rendah.


2)B COMPLEX
Vitamin B-complex mengandungi kesemua 8 vitamin penting iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin membantu menambah selera, mengurangkan stress, menghasilkan tenaga dan juga penting untuk replikasi sel darah merah sekiranya letih dan lesu.


3) GLA
GLA Complex - membantu menstabilkan hormon ibu-ibu selepas bersalin, membantu masalah-masalah seperti sindrom pra haid, masalah kesuburan, kitaran haid. menambahkan keserian wajah, kuku & rambut.


4)ESP
ESP terdiri daripada protein dan fungsi utama protein adalah membina sel-sel baru dan membaiki sel-sel yang lama di dalam tubuh. Rahim yang lemah adalah berpunca daripada sel-sel di dalam tubuh yang rosak & ianya perlu dipulihkan dengan segera. Pendarahan yang kerap & banyak yang disebabkan oleh rahim yang lemah boleh membawa kepada risiko keguguran.




Insyaallah vitamin vitamin in sgt membantu dalam mendapat tenaga kembali setelah keguguran. Jika anda berminat untuk mencuba boleh hubungi saya di talian 012.2257055




ᕙ(`´)ᕗ Be Healthy
Siti Hasmah Abd Rahman
Independent Distributor Shaklee(866977)
Fb Page: Jom Healthy Shop

email: siti.hasmah26@yahoo.com






PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

Monday 22 September 2014

Beli Shaklee secara Online!

Kini mudah je nak beli Shaklee...Kalau ada debit kad atau debit kad dah boleh beli on9...Bagi yang tiada kad ni semua jangan susah hati pulak ...korang still boleh beli dengan saya macam biasa..okey...

Macam mana nak beli on9??? KLIK JE pada gambar tu...isi segala details ...Zassss siap!!!1 barang yang anda pesan akan di hantar ke alamat korang dalam masa 2-3 hari waktu bekerja...:)





Klik pada button Esell untuk TUTORIAL jika xphm...












PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

Monday 15 September 2014

Awas kekurangan nutrisi & vitamin mengakibatkan tumbesaran terbantut!

Salam semua pembaca blog Jom Healthy With Me...dah makan malam ke semua?? Menu apa ye malam ni??Mesti sedap kan dan semestinya makanan yang kita buat tu cukup seimbang utk seisi keluarga.

Malam ni terpanggil saya untuk update blog yang agak lama dah tak berupdate ni..hiihihi...Baru-baru ni saya ada dapat satu sms dari hamba Allah ni yang begitu risaukan anaknya yang tidak mahu minum susu..ketiga2 anak beliau berusia 4 tahun, 8 tahun dan 9 tahun..namun semuanya mmg amat payah untuk minum susu..Ini mengakibatkan anak beliau terbantut pembesarannya berbanding rakan2 sekolahnya yang lain. So di sini saya nak berkongsi kepada semua tentang pentingnya vitamin & nutrisi dalam makanan anak anak kita.

Nutrisi pemakanan penting untuk tumbesaran kanak-kanak yang sihat dan cergas. Apabila makan pasti mengenyangkan. Namun sejauh mana kandungan nutrisi diperlukan tubuh menyumbang proses pembesaran mereka dan kesihatan yang sihat.

Sesetengah kanak-kanak kelihatan sihat dan montel, namun belum tentu mempunyai nutrisi dan vitamin yang diperlukan untuk membesar.





Kepentingan nutrien

Ibu bapa sepatutnya prihatin keperluan nutrisi kanak-kanak daripada hanya mahu memenuhi selera dan kegemaran makanan anak semata-mata.

Ibu bapa patut tahu kepentingan nutrien dan apa diperlukan kanak-kanak ketika proses tumbesaran mereka. Kena tahu apakah menu yang  patut ada dalam hidangan mereka.

Penyelidikan juga mendedahkan satu daripada lima kanak-kanak berhadapan masalah terlebih makan atau obesiti sekali gus menjelaskan permasalahan mengenai nutrien dan kesihatan perlu ditangani dengan berkesan.

Masalah kekurangan nutrien dan kelaparan tersembunyi ini wajar diberi perhatian oleh ibu bapa untuk mengelak mutu kesihatan tidak terjejas dan berhadapan dengan pelbagai penyakit.

Antara kesan kekurangan nutrien dalam badan ialah perkembangan otak dan kapasiti intelektual terhalang menyebabkan kanak-kanak boleh mengalami bantut atau perkembangan fizikal tidak sempurna.

Jangan pandang remeh

Di Malaysia, berdasarkan carta pemakanan Cadangan Pengambilan Nutrien (RNI) seorang daripada dua kanak-kanak mengalami kekurangan vitamin D seperti disarankan pengambilannya oleh Kementerian Kesihatan.

Ramai kanak-kanak Malaysia juga tidak cukup kalsium dalam diet harian sedang ia elemen penting untuk perkembangan fizikal dan pertumbuhan tulang yang sihat.So kita sebagai ibu bapa jangan pandang remeh perkara ini. 


Berdasarkan Kajian Seanuts nutrien kanak-kanak mendapati:

* Kajian Royal FrieslandCampina dan UKM
* Negara terbabit Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam.
* 16,744 kanak-kanak berusia 12 tahun diperiksa
* Hasil kajian - kanak-kanak kurang vitamin D, kalsium dan vitamin lain.
* Seorang daripada 10 kanak-kanak terbantut pembesarannya
* Seorang daripada lima obes

Panduan pemakanan sihat

* Ibu bapa boleh bertanya kepada doktor atau pakar pemakanan mengenai nutrien yang baik dan berkesan untuk anak.
* Tegah anak daripada mengambil makanan ringan mahupun yang berlemak.
* Pastikan anak mendapatkan makanan seimbang atau mengandungi vitamin penting untuk kelangsungan proses pembesaran.
* Galakkan anak minum susu dalam diet harian.
* Atur jadual pemakanan anak seperti menu yang baik.
* Ibu bapa tentukan jenis menu bukan ikut selera anak.
* Sediakan snek sihat seperti buah-buahan atau salad sayuran jika keluar dalam tempoh yang lama.
* Didik anak gaya hidup sihat.

Saya menyarankan para ibu bapa mencuba Mealshakes Shaklee ini sebagai alternative bagi mereka yang mengalami masalah anak2 sukar untuk makan atau kurang zat n nutrisi dalam diet seharian mereka. Diberi jolokan sebagai "easy on the go meal" merupakan supplement multivitamin Shaklee yang senang dan pantas untuk disediakan.

Antara kebaikan Mealshakes adalah memperbaiki selera makan anak, memperbaiki tahap kesihatan anak yang kerap demam, batuk,asma ataupun pembesaran terbantut sememangnya diakui oleh para ibu yang telah mencuba Mealshakes Shaklee.





Manfaat Utama Mealshakes

  • Nutrisi Lengkap – Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak
  • Membekal Nutrisi kepada Sel Tubuh – Kaya dengan protin (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain
  • Membantu Tumbesaran – Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar
  • Anti-Oksida – Mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan
  • Mengembalikan Seri Wajah – Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik
  • Detoksifikasi – Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.
  • Kelazatan Rasanya – Minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi; penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Lazat untuk dinikmati oleh semua golongan.

 JOM LIHAT TESTIMONI MEALSHAKES KLIK SINI


Sama-sama kita berikan yang terbaik buat anak-anak kita kerana mereka anugerah yang berharga buat kita dari Allah.

Bagaimana ingin mendapatkan produk ini??

Hubungi saya di 0122257055 Puan Siti
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

ᕙ(`´)ᕗ Be Healthy
Siti Hasmah Abd Rahman
Independent Distributor Shaklee(866977)
Fb Page: Jom Healthy Shop
email: siti.hasmah26@yahoo.com









PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

Testimoni Mealshakes Shaklee

TESTIMONI 1



TESTIMONI 2


TESTIMONI 3



TESTIMONI 4

 TESTIMONI 5



TESTIMONI 6



TESTIMONI 7


TESTIMONI 8


 TESTIMONI 9



TESTIMONI 10




ᕙ(`´)ᕗ Be Healthy
Siti Hasmah Abd Rahman
Independent Distributor Shaklee(866977)
Fb Page: Jom Healthy Shop
email: siti.hasmah26@yahoo.com






PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

Tuesday 5 August 2014

BAGAIMANA TINGKATKAN KUALITI SPERMA ?? CUBA RAWAT DENGAN SET KESUBURAN SHAKLEE

Masalah kesuburan mmg menjadi masalah bagi mereka yang teringin untuk menimang cahaya mata.Masalah ini bukan saja dari pihak si isteri serperti masalah tidak teratur, cyst or pcos bahkan si suami pun mempunyai masalah kesuburan dari segi sperma. 





Sepanjang saya berbizness Shaklee ni saya pernah dipertemukan dengan customer yang mengalami masalah kesuburan. Beliau sudah bertahun tahun berkahwin namun masih tidak lagi dikurniakan rezeki anak. Pelbagai cara telahpun di cuba beliau. Beliau mengalami masalah period yang tidak teratur, dan pcos. Suami beliau pula mengalami masalah sperma yang lemah. Beliau pernah hamil tetapi mengalami keguguran disebabkan sperma suami yang lemah. 



Walaupun beliau keguguran tetapi doktor mengatakan kebarangkalian untuk beliau hamil itu tinggi disebabkan beliau telah berjaya juga hamil. Yang penting pasangan ini tidak berputus asa.Permanian beradas secara intrauterine insemination (IUI) sering digunakan untuk merawat ketidaksuburan akibat sperma lelaki yang berkualiti rendah. Proses ini dilakukan dengan meletakkan air mani yang mengandungi kepekatan sperma yang tinggi (setelah diproses) terus ke dalam Rahim. Ini memastikan peluang sperma untuk measuk ke dalam Rahim lebih tinggi dan memudahkan untuk disenyawakan dengan telur wanita, ovum. 


Saya mencadangkan beliau mengambil set kesuburan Shaklee agar kebarangkalian prosedur ini menjadi tinggi. Alhamdulillah kualiti sperma suami beliau menunjukkan peningkatan. Dan alhamdulillah beliau sangat bersyukur dan meneruskan pengambilan produk Shaklee.

Untuk beliau saya cadangkan;
- GLA dan set kurus (alfafa dan lecithin)

Untuk suami beliau saya cadangkan;
- Vitamin E berfungsi meningkatkan kesuburan
- Zinc memperbaiki bilangan, bentuk dan pergerakan sperma
- CoQHealth menguatkan otot jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan

Dengan izin Allah beliau dan pasangan dah pun dikurniakan zuriat yang comel. Maaf sebab tak dapat nak dedahkan beliau pada umum kerana menjaga sensitivity beliau dan keluarga... 

Tetapi harap dengan cerita beliau ini dapat kita sama sama jadikan manfaat. Mana tahu anda di luar sana juga mempunyai masalah si suami yang sperma nye lemah.Tak salah untuk mencuba dan berusaha...

JIKA ANDA SANG SUAMI MENGALAMI MASALAH KUALITI SPERMA, BAIK DARI SEGI PERGERAKAN ATAUPUN BILANGAN JOM DAPATKAN KE TIGA2 SUPPLEMENT INI. INSYALLAH IANYA DAPAT MEMBANTU MENINGKATKAN TAHAP KESIHATAN SUAMI.

1) ZINC COMPLEX
2) VITAMIN E
3) COQHEALTH




BAGAIMANA NAK ORDER?? KLIK BUTTON DIBAWAH









ATAU..

HUBUNGI SAYA TERUS DI 0122257055 UTK PERTANYAAN ATAUPUN PEMBELIAN.

.
.
.
.
.
.
.
.
.

BERMINAT UNTUK DAFTAR SEBAGAI AHLI??





Daftar sebagai ahli Shaklee hari ini dengan hanya RM 65.00 (excluding postage RM 10) untuk lebih penjimatan pembelian dengan harga ahli seumur hidup.

Kelebihan menjadi Pengedar Sah/Ahli Shaklee:
^^ Keahlian adalah SEUMUR HIDUP, TIADA RENEWAL.
^^ Nikmati potongan harga 15-33% bagi setiap product Shaklee yang ditawarkan.
^^ Tidak perlu bekejar atau keluar mencari pelanggan. Tidak perlu "head-hunting" untuk mencari downline.
^^ Tidak perlu menyimpan stok di rumah.
^^ Kelas bimbingan diberikan secara online/offline, kami sediakan group tertutup di FB untuk berkongsi tips/sharing on marketing, bisnes, consultation, produt knowledge, motivation dan lain-lain.

^^ SISTEM yang digunakan telah terbukti membawa kejayaan kepada ramai ahli-ahli Shaklee. Menjana INCOME 4-5-6 ANGKA, menikmati BONUS KERETA, PERCUTIAN VVIP bertaraf 6 STARS, Umrah & Ziarah, semuanya tidak mustahil bila anda bersama Shaklee!





ᕙ(`´)ᕗ Be Healthy
Siti Hasmah Abd Rahman
Independent Distributor Shaklee(866977)
Fb Page: Jom Healthy Shop
email: siti.hasmah26@yahoo.com




PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

Monday 4 August 2014

Rangkaian Detoks Shaklee

Korang ada tak mengalami situasi macam ni??

1) Beli set kurus.. pastu diet..makan nasi tengahari je.. Tapi berat lambat juga nak turun, tapi once dah tak control diet.. Badan naik mendadak

2)Beli set kecantikan untuk hilangkan jerawat dan jeragat.. Tapi sebaik sahaja guna ,jerawat makin menjadi jadi..jerawat tumbuh besar di muka

Semua di atas adalah berpunca kepada penuhnya toksin dalam badan kita.

Bila toksin penuh dalam badan, usus kita mula tercemar, toksin akan menghalang usus daripada menyerap nutrisi dari makanan yang kita makan secara optimum. Jadi makanan yang kita makan walau berkhasiat macam mana pun, kalau usus kita kotor penuh toksin, khasiat tu semua tetap tak akan dapat diserap dengan baik.

Maka, jadi lah zat-zat makanan akan terbuang begitu sahaja.



Mana datangnya toksin ni?

Tahukah anda,makanan yang ada pewarna tiruan seperti sirap, kek dan makanan lain, semua pewarna tu akan melekat pada hati kita. Kalau bertahun- tahun kita minum sirap yang berperwarna tiruan, agak-agak, berapa banyak dah bahan pewarna tu melekat dlm tubuh kita. Tu belum masuk fast food, makanan yang disimpan semalaman, makanan yang disembur racun serangga, etc.

Dari situlah toksin boleh datang.

Macam mana kita nak bersihkan usus yang penuh toksin tu?

Di sini lah kita amalkan Alfalfa. Alfalfa ni berserat, bagus untuk melawas dan detoks tubuh. Alfalfa juga sangat bagus utk menurunkan bacaan kolesterol.

Tapi ada orang makan alfalfa, tak melawas juge. Macam mana pulak tuh?

Ya, kalau makan alfalfa tapi tak cukup minum 3 liter air minima, memang alfalfa akan menyebabkan sembelit. Dan Alfalfa terbaik ambil sikit demi sedikit. Bukan sekaligus ambil 10 biji.

Terbaik ambil Alfalfa bersama Ostematrix.

Kadang dah bagus melawas, tapi najis keras. Kat sini lah Ostematrix memainkan peranan, Ostematrix membantu melembutkan najis. Ia nya terbaik ambil bersama susu, dan ambil sebelum tidur malam. Tapi jangan pulak ambil perut kosong, nanti tetap tak berkesan dan boleh jadi pening kepala keesokan harinya

Saya sendiri amalkan Alfalfa dan Ostematrix, untuk melancarkan proses detox saya.. Sbb tu bila bangun pagi badan rasa ringan sebab pepagi memang nak ke tandas..

Ada lagi satu produk detoks yang lebih kuat dari Alfalfa. Namanya DTX Complex. DTX ni detox toksin dalam hati terus. Ia nya tak boleh ambil setiap hari, healing crisis DTX ni boleh tahan gak. Ambil berselang hari, atau seminggu sekali je dah cukup, atau berselang minggu pun ok.

So pastikan anda detoks dulu badan anda!! Barulah hasilnya lebih berkesan..



Hubungi saya segera untuk mencuba..0122257055



ATAU


Beli secara Online.Boleh KLIK button di bawah.






.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

TUNGGUUUUU.....
.
.
.
.


BERMINAT UNTUK JADI AHLI DAN MENIKMATI KELEBIHAN MENARIK DARI SHAKLEE?





Daftar sebagai ahli Shaklee hari ini dengan hanya RM 65.00 (excluding postage RM 10) untuk lebih penjimatan pembelian dengan harga ahli seumur hidup.

Kelebihan menjadi Pengedar Sah/Ahli Shaklee:
^^ Keahlian adalah SEUMUR HIDUP, TIADA RENEWAL.
^^ Nikmati potongan harga 15-33% bagi setiap product Shaklee yang ditawarkan.
^^ Tidak perlu bekejar atau keluar mencari pelanggan. Tidak perlu "head-hunting" untuk mencari downline.
^^ Tidak perlu menyimpan stok di rumah.
^^ Kelas bimbingan diberikan secara online/offline, kami sediakan group tertutup di FB untuk berkongsi tips/sharing on marketing, bisnes, consultation, produt knowledge, motivation dan lain-lain.


^^ SISTEM yang digunakan telah terbukti membawa kejayaan kepada ramai ahli-ahli Shaklee. Menjana INCOME 4-5-6 ANGKA, menikmati BONUS KERETA, PERCUTIAN VVIP bertaraf 6 STARS, Umrah & Ziarah, semuanya tidak mustahil bila anda bersama Shaklee!






ᕙ(`▽´)ᕗ Be Healthy
Siti Hasmah Abd Rahman
Independent Distributor Shaklee(866977)
Fb Page: Jom Healthy Shop
email: siti.hasmah26@yahoo.com



PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

Thursday 10 July 2014

Cara atasi masalah bayi selsema dan batuk secara semulajadi

Salam semua....berjumpa kita hari ni untuk berkongsi tips bersama sama anda...hari ni saya nak kongsi tentang tips tips yang boleh dicuba oleh ibu ibu di luar sana bagi mengatasi masalah bayi ataupun anak2 yang batuk dan selsema yang berpanjangan.



Saya percaya sekarang ramai ibu yang sudah celik mata celik hati dalam merawat anak-anak yang sakit betul tak??..lebih2 lagi bagi anak yang masih bayi. Kalau boleh kita tak nak lagi bagi mereka ini ubat ubatan yang dibekalkan dari klinik mahupun hospital. Masing masing sudah pandai google untuk mencari alternatif yang terbaik bagi anak2 mereka ini dengan menggunakan rawatan secara semulajadi. Walaupun memakan masa yang agak lama sedikit untuk pulih tapi kesan panjang pada anak2 kita tersangatlah bagus jika dibandingkan dengan rawatan menggunakan ubat-ubatan.

Sekarang banyak kaedah rawatan semulajadi yang kita boleh cuba. Antara cara yang saya kongsikan di sini adalah daripada sumber2 blog yang saya google juga dan kumpulan kumpulan dari FB seperti HSFFYB dan juga kumpulan kesihatan ibu, bayi  dan anak-anak.

Baru baru ni Abid pun terkena selsema n batuk berkahak yang berpanjangan. Abid mmg jarang sangat2 demam selama saya breastfeed kan dia. Sepanjang 2 tahun 4 bulan dia menyusu badan ada lah dalam 3 kali camtu demam tapi tak lama pun..Syukur sgt...mungkin dia pun duduk di rumah je...:)...tapi balik bercuti aritu dia terkena selsema dan waktu tu sy br je stopkan bfeeding..susu pulak yang di hanya mahu minum susu dutchlady kotak yang duk dalam peti..haihhh lagi lah lambat baik kan??

ANTARA CARA YANG BOLEH KITA CUBA ANTARANYA:

1) Dari segi pemakanan
If korang nak tahu antara makanan yang patut dielakkan semasa mereka batuk berkahak dan selsema ni adalah seperti dalam gambar di bawah...kalau boleh elakkan makanan yang manis2 dan bersusu ni semua...



Banyakkan makan protein especially bahagian tengah ayam ataupun buatkan sup kaki ayam dan sup tulang ayam yang direnihkan selama 18 jam...

2) Dari segi petua 

a)Petua Garlic socks
- untuk bayi- pakaikan bayi dengan stokin yang jenis berlubang-lubang .Kemudian pakai lagi sehelai stokin dengan memasukkan bawang putih yang telah ditumbuk lumat. Bawang putih tu ambil separuh saja pun ok..buat test dulu takut bayi tak tahan panas. Jika bayi tak selesa boleh gunakan sahaja minyak bawang putih.
- untuk anak yang sedikit dewasa boleh pakai sehelai sahaja stokin ataupun lekatkan saja bawang putih menggunakan handsaplast. 

Biasanya nafas mereka akan berbau sedikit bawang putuh tersebut.Tujuan bawang putih ini dibuat begini adalah untuk serapan ke dalm tubuh badan yang bertindak sbg antivirus.

b) Minyak bawang putih
- cara membuatnya adalah dengan membakar bawang putih hingga kulitnya kelihatan hitam terbakar. Kemudian lenyekkan di dalam mangkuk kecik dengan campuran minyak zaitun. Sapukan minyak ini di dada ataupun di kaki anak ketika batuk dan selsema.



c) petua bawang merah
-potongkan bawang merah kepada 2 bahagian dan letakkan di tepi bantal anak.Buat selama 3 hari berturut-turut. Insyaallah bawang ini akan mengabsorbkan semua virus di udara. Jangan gunakan bawang yang dah terdedah hokayy!!

3) Kaedah supplement
Sambil tu saya juga memberi Abid makan Omega 3 Shaklee bagi mengurangkan selsema dan batuknya. Kenapa Omega 3 ni boleh juga merawat batuk dan selsema. Antaranya ia dapat membantu:

  • Meningkatkan sistem imunisasi kanak-kanak dan dapat merawat demam selsema dan batuk kerana Omega 3 ini bersifat panas jadi apabila dimakan automatik memberi kesan panas dalam badan
  • Omega 3 ini mempunyai sifat anti radang dan anti inflamasi jadi ianya amat berkesan untuk mengurangkan serangan asma pada kanak-kanak dan mengurangkan penggunaan inhaler

Lagi satu Omega 3 ni bagus untuk perkembangan otak anak2 kita.

Untuk anak2 yang atas setahun je kita bagi itupun x selalu...just cmpurkan saja dalam sup ataupun susu mereka. Ada juga yang suka kunyah..depend pada mereka. Macam Abid saya cmpurkan dalam susu yang die minum. Seminggu dalam 2 kali je saya bagi... Tapi memang membantu. Cepat jugak hingusnya kering..Alhamdulillah..:)



Ibu ibu lain juga mengamalkan Omega 3 ni sebagai salah satu alternatif..Jom kita baca...






So semuanya terpulang pada diri anda..Bagaimana cara yang anda inginkan untuk merawat batuk dan selsema anak2 anda. Pilihan di tangan anda..kalau rajin bagus amalkan cara semulajadi ni...




credit to: nordaleela.blogspot.com 

FB: Kumpulan kesihatan ibu, bayi dan anak-anak dan HSFFYB.




Sebarang pertanyaan, konsultansi ataupun berkaitan produk Shaklee boleh hubungi saya ye...






PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.