Thursday 10 July 2014

Cara atasi masalah bayi selsema dan batuk secara semulajadi

Salam semua....berjumpa kita hari ni untuk berkongsi tips bersama sama anda...hari ni saya nak kongsi tentang tips tips yang boleh dicuba oleh ibu ibu di luar sana bagi mengatasi masalah bayi ataupun anak2 yang batuk dan selsema yang berpanjangan.



Saya percaya sekarang ramai ibu yang sudah celik mata celik hati dalam merawat anak-anak yang sakit betul tak??..lebih2 lagi bagi anak yang masih bayi. Kalau boleh kita tak nak lagi bagi mereka ini ubat ubatan yang dibekalkan dari klinik mahupun hospital. Masing masing sudah pandai google untuk mencari alternatif yang terbaik bagi anak2 mereka ini dengan menggunakan rawatan secara semulajadi. Walaupun memakan masa yang agak lama sedikit untuk pulih tapi kesan panjang pada anak2 kita tersangatlah bagus jika dibandingkan dengan rawatan menggunakan ubat-ubatan.

Sekarang banyak kaedah rawatan semulajadi yang kita boleh cuba. Antara cara yang saya kongsikan di sini adalah daripada sumber2 blog yang saya google juga dan kumpulan kumpulan dari FB seperti HSFFYB dan juga kumpulan kesihatan ibu, bayi  dan anak-anak.

Baru baru ni Abid pun terkena selsema n batuk berkahak yang berpanjangan. Abid mmg jarang sangat2 demam selama saya breastfeed kan dia. Sepanjang 2 tahun 4 bulan dia menyusu badan ada lah dalam 3 kali camtu demam tapi tak lama pun..Syukur sgt...mungkin dia pun duduk di rumah je...:)...tapi balik bercuti aritu dia terkena selsema dan waktu tu sy br je stopkan bfeeding..susu pulak yang di hanya mahu minum susu dutchlady kotak yang duk dalam peti..haihhh lagi lah lambat baik kan??

ANTARA CARA YANG BOLEH KITA CUBA ANTARANYA:

1) Dari segi pemakanan
If korang nak tahu antara makanan yang patut dielakkan semasa mereka batuk berkahak dan selsema ni adalah seperti dalam gambar di bawah...kalau boleh elakkan makanan yang manis2 dan bersusu ni semua...



Banyakkan makan protein especially bahagian tengah ayam ataupun buatkan sup kaki ayam dan sup tulang ayam yang direnihkan selama 18 jam...

2) Dari segi petua 

a)Petua Garlic socks
- untuk bayi- pakaikan bayi dengan stokin yang jenis berlubang-lubang .Kemudian pakai lagi sehelai stokin dengan memasukkan bawang putih yang telah ditumbuk lumat. Bawang putih tu ambil separuh saja pun ok..buat test dulu takut bayi tak tahan panas. Jika bayi tak selesa boleh gunakan sahaja minyak bawang putih.
- untuk anak yang sedikit dewasa boleh pakai sehelai sahaja stokin ataupun lekatkan saja bawang putih menggunakan handsaplast. 

Biasanya nafas mereka akan berbau sedikit bawang putuh tersebut.Tujuan bawang putih ini dibuat begini adalah untuk serapan ke dalm tubuh badan yang bertindak sbg antivirus.

b) Minyak bawang putih
- cara membuatnya adalah dengan membakar bawang putih hingga kulitnya kelihatan hitam terbakar. Kemudian lenyekkan di dalam mangkuk kecik dengan campuran minyak zaitun. Sapukan minyak ini di dada ataupun di kaki anak ketika batuk dan selsema.



c) petua bawang merah
-potongkan bawang merah kepada 2 bahagian dan letakkan di tepi bantal anak.Buat selama 3 hari berturut-turut. Insyaallah bawang ini akan mengabsorbkan semua virus di udara. Jangan gunakan bawang yang dah terdedah hokayy!!

3) Kaedah supplement
Sambil tu saya juga memberi Abid makan Omega 3 Shaklee bagi mengurangkan selsema dan batuknya. Kenapa Omega 3 ni boleh juga merawat batuk dan selsema. Antaranya ia dapat membantu:

  • Meningkatkan sistem imunisasi kanak-kanak dan dapat merawat demam selsema dan batuk kerana Omega 3 ini bersifat panas jadi apabila dimakan automatik memberi kesan panas dalam badan
  • Omega 3 ini mempunyai sifat anti radang dan anti inflamasi jadi ianya amat berkesan untuk mengurangkan serangan asma pada kanak-kanak dan mengurangkan penggunaan inhaler

Lagi satu Omega 3 ni bagus untuk perkembangan otak anak2 kita.

Untuk anak2 yang atas setahun je kita bagi itupun x selalu...just cmpurkan saja dalam sup ataupun susu mereka. Ada juga yang suka kunyah..depend pada mereka. Macam Abid saya cmpurkan dalam susu yang die minum. Seminggu dalam 2 kali je saya bagi... Tapi memang membantu. Cepat jugak hingusnya kering..Alhamdulillah..:)



Ibu ibu lain juga mengamalkan Omega 3 ni sebagai salah satu alternatif..Jom kita baca...






So semuanya terpulang pada diri anda..Bagaimana cara yang anda inginkan untuk merawat batuk dan selsema anak2 anda. Pilihan di tangan anda..kalau rajin bagus amalkan cara semulajadi ni...




credit to: nordaleela.blogspot.com 

FB: Kumpulan kesihatan ibu, bayi dan anak-anak dan HSFFYB.




Sebarang pertanyaan, konsultansi ataupun berkaitan produk Shaklee boleh hubungi saya ye...






PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

1 comment :


  1. Sebenarnya, punca selsema pada bayi dan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada faktor intrinsik dan ekstrinsik.
    Faktor-faktor intrinsik yang boleh menyebabkan selsema adalah:
    • alahan kepada diet, habuk, perubahan cuaca dan produk yang dipakai pada badan disebabkan oleh ketidakseimbangan di dalam sistem imunisasi
    • septum hidung yang bengkok

    Faktor-faktor ekstrinsik yang boleh menyebabkan selsema adalah:
    • infeksi seperti jangkitan influenza
    • perubahan cuaca seperti hujan atau cuaca panas terik
    • udara yang kering


    ReplyDelete