Thursday 15 November 2012

ANDA ADA MASALAH BATU KARANG?? BAGAIMANA UNTUK MENAGATASINYA??

Adakah anda mengalami sakit pinggang terutamanya di bahagian belakang berpanjangan?
Kencing berdarah?
Demam menggigil?
Muntah-muntah?
Air kencing keruh dan atau berbau busuk daripada biasa?
Sakit ketika membuang air kecil?


Jika anda mempunyai simptom di atas, anda perlu bertemu doktor dengan segera, kerana anda mungkin mempunyai penyakit BATU KARANG.


Batu karang boleh terjadi sama ada di dalam buah pinggang atau hempedu. Saiz dan bentuknya pelbagai dan komposisinya bergantung daripada ia terbentuk. Rawatan daripada doktor biasanya bergantung kepada analisis  komposisi batu karang yang ditemui.
                               
Jenis-jenis batu karang dalam buah pinggang:
  • Kalsium - jenis yang paling biasa ditemui. Kalsium yang didapati daripada diet harian, jika tidak diserap oleh tulang dan otot, akan dihantar ke buah pinggang. Biasanya, kalsium berlebihan akan dikeluarkan bersama air kencing, tetapi ada kalanya sebahagian kalsium ini akan termendak di buah pinggang, bergabung dengan sisa buangan dan menghasilkan batu karang. Jenis yang biasa ditemui adalah kalsium oxalate.
  • Struvite - bisanya terhasil oleh infeksi pada saluran kencing. Ia mengandungi mineral magnesium dan bahan buangan ammonia.
  • Asid Urik - terbentuk apabila terlalu banyak asid urik di dalam air kencing
  • Cystine - batu karang jenis ini terlalu jarang ditemui. Cystine diperlukan dalam proses pembentukan otot, urat dan sel tubuh yang lain. Selalunya ini adalah penyakit keturunan.
Jenis-jenis batu karang dalam hempedu:
  • Kolesterol - akan terbentuk bila terlalu banyak kolesterol di dalam hempedu
  • Pigmen - terbentuk apabila terlalu banyak bilirubin di dalam hempedu.
Selalunya batu karang yang kecil tidak akan memberi simptom kepada pesakit, tetapi batu karang yang besar akan memberi rasa sakit yang amat sangat di bahagian bawah pinggang (belakang) dan tepi kelengkang ketika ia bergerak bersama-sama cecair melalui saluran halus di dalam sistem buah pinggang atau hempedu.


Cara atasi/elakkan batu karang:
  • Minum air masak 8-12 gelas sehari. Kurangkan teh dan kopi kerana sifatnya yang diuretik
  • Jika anda mempunyai asid urik yang tinggi, anda disarankan mengurangkan pengambilan daging
  • Jika anda cenderung mempunyai batu karang jenis oxalate, anda perlu kurangkan makan makanan tinggi oxalate seperti tomato, bayam dan coklat.
  • Kekurangan vitamin B6 boleh menyebabkan batu karang. Barli, kentang, keledek dan pisang adalah bagus untuk anda.
  • Kurangkan protien haiwan dan gantikan dengan protien ikan/tumbuhan
SET CADANGAN YANG BOLEH DISYORKAN UNTUK PESAKIT BATU KARANG ADALAH:

                                   
                                      
  • Alfalfa Complex - untuk mengurangkan keradangan akibat penyakit batu karang
  • B-Complex - untuk menampung kekurangan B6 dalam badan
  • Ostematrix - supplemen kalsium lengkap dengan magnesium dan vitamin D untuk membantu penyerapan kalsium dengan sempurna.
  • Sustained Release Vita-C - untuk membantu penyembuhan luka dalaman 
  • ESP (Isolate Protien Powder) - sebagai pengganti protien haiwan, bebas kolesterol dan sumber protien soya bukan GMO.


Namun diingatkan, pengambilan air yang mencukupi amat perlu untuk mengelakkan batu karang daripada berulang. Sila dapatkan nasihat pakar perubatan sebelum mengambil sebarang supplemen.

PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

1 comment :

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete