Monday 5 November 2012

MINYAK IKAN BAIK UNTUK JANTUNG....

Manfaat pengambilan minyak ikan dalam pemakanan seharian semakin banyak diperkatakan. Minyak ikan khususnya ikan berlemak yang lazimnya diperolehi daripada lautan perairan sejuk seperti salmon, tuna, makerel, hering dan beberapa lagi. Lebih khusus lagi adalah kandungan asid lemak,iaitu omega-3.

Dalam beberapa dekad ini banyak kajian klinikal yang diterbitkan menyokong kesan positif pengambilan asid lemak omega-3 kepada kesihatan. Kesihatan jantung antara isu yang banyak dibincangkan apabila dikaitkan dengan manfaat pengambilan minyak ikan.

Kesihatan jantung tidak boleh dipandang remeh. Apabila satu atau lebih arteri koronari menjadi sempit akibat pemendapan kolesterol dan bahan-bahan lain pada dinding salur darah dan membentuk plak, ia akan menjejaskan aliran darah ke otot jantung. Kejadian plak akan menyempit dan mengeraskan salur darah. Proses ini dipanggil aterosklerosis atau pengerasan arteri.




                                           

Sakit dada, tekanan darah tinggi, kesukaran bernafas, denyutan jantung yang cepat, pening adalah antara simptom lazim akibat masalah jantung. Pengambilan minyak ikan didapati bermanfaat dalam merendahkan paras kolesterol berbahaya. Selain itu, ia didapati meningkatkan penghasilan vasodilators poten (melapangkan arteri) untuk memperbaiki aliran darah.

PENYAKIT koronari jantung (CHD) atau penyakit jantung kronik antara punca kematian terbesar di kalangan penduduk di negara ini. Ia turut menjadi ancaman maut di negara-negara besar lain seperti Rusia, Amerika Selatan dan Utara, Australia, New Zealand dan Eropah. Bahkan diramalkan ia bakal menjadi 'pembunuh dalam senyap' utama seluruh benua di dunia menjelang tahun 2020.

Mengikut perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2002, satu pertiga daripada kematian manusia di seluruh dunia adalah disebabkan oleh serangan jantung.Daripada jumlah tersebut sebanyak 40 hingga 75 peratus pesakit yang terkena serangan jantung meninggal dunia sebelum sempat mendapatkan rawatan di hospital.

Menurutnya, senario penyakit jantung di Malaysia cenderung menunjukkan dua jenis faktor penyebab iaitu faktor boleh diubah dan tidak boleh diubah.

Faktor tidak boleh diubah berkaitan dengan aspek umur, sejarah keluarga, jantina dan etnik pesakit, manakala boleh diubah adalah serangan jantung yang berpunca daripada penyakit-penyakit lain sedia dihidapi pesakit seperti diabetis, darah tinggi, kandungan kolesterol tinggi, obesiti,perokok tegar dan amalan gaya hidup tidak sihat.

Memandangkan kebaikan inilah kita dicadangkan mengambil ikan sebagai hidangan terutama ikan berlemak daripada perairan sejuk. Persatuan jantung Amerika mencadangkan pengambilan asid lemak omega-3, sama ada di kalangan mereka yang menghidap penyakit jantung koronari dan juga mereka yang normal.

Apakah Kelebihan Omega Guard Shaklee??



Merupakan minyak ikan terbaik di dunia.... Shaklee Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk(sardin,mackerel,herring,anchovies) di perairan negara Jepun.Ia bukan dari hato minyak ikan.Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan.Berbanding dengan produk Omega di pasaran, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA,DHA,ALA dan banyak lagi.



JOM DAPATKAN SEBOTOL...PM SAYA SEGERA!!!










PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

No comments :

Post a Comment