Tuesday 30 September 2014

KEGUGURAN - APAKAH FAKTOR/PUNCANYA, BAGAIMANA CARA PENJAGAAN DAN BILAKAH IBU BOLEH HAMIL SEMULA?

Keguguran dalam istilah perubatan merujuk kepada kehilangan janin yang terkandung dalam usia 22 minggu atau kurang. Keguguran lebih kerap berlaku di awal usia kehamilan iaitu pada peringkat trimister pertama ( 12 minggu pertama kehamilan). 

Terdapat beberapa faktor yang dikatakan menjadi punca keguguran iaitu:

a) Kelainan genetik pada janin yang dikandung
Kebanyakan (hampir 2/3 keguguran awal kehamilan) disebabkan janin yang dikandung mempunyai elemen kelainan genetik. Masalah kromosom adalah antara sebab utama sana ada jumlah kromosom tidak tepat atau berlaku perubahan kepada struktur kromosom janin. Kelainan genetik ini mengakibatkan janin tidak dapat hidup dan berlaku keguguran.




b) Jangkitan kuman
Jangkitan kuman pada trimister awal kehamilan boleh mengakibatkan keguguguran. Jangkitan yang kerap dikaitkan dengan keguguran 8adalah jangkitan Toxoplasmosis serta Parvovirus.

c) Kelainan pada rahim
Kelainan pada rahim ibu seperti kewujudan septum di dalam rahim atau bentuk rahim yang tidak normal, fibroid yang besar atau pelbagai dan kelonggaran pintu rahim adalah antara punca berlakunya keguguran.

d) Kelainan pada uri ( plasenta)
Uri atau plasenta yang tidak sihat cenderung menyebabkan keguguran. Keadaan uri sebegini lebih kerap ditemui dalam kalangan ibu yang mempunyai penyakit seperti Sistemik Lupus Erythematosus ( SLE), Anti Phospholopid Syndrome (APS) mahupun darah tinggi ketika mengandung. Para ibu dengan penyakit seperti ini mudah mengalami sumbatan di bahagian pembuluh darah di uri janin. Maka, ini akan mengakibatkan komplikasi keguguran janin.




e) Penyakit kronik yang tidak terkawal
Para ibu yang mengalami penyakit kronik seperti buah pinggang, kencing manis, darah tinggi serta jantung lebih berisiko tinggi mengalami keguguran berbanding ibu yang sihat. Penyakit kencing manis yang tidak terkawal paras gulanya merupakan penyumbang besar kepada keguguran janin di awal kehamilan.

f) Masalah berkaitan hormon
Kekurangan sokongan hormon di awal kehamilan mungkin juga menyebabkab keguguran. Istilah luteal insufficiency kerap merujuk kepada keadaan ini. Para ibu yang disyaki mengalami keadaan kekurangan sokongan hormon ini akan dibantu dengan preskripsi hormon untuk diambil di awal kehamilan.

g) Pendedahan terhadap radiasi
Pendedahan kepada radiasi memungkinkan berlakunya keguguran terutamanya sekiranya pendedahan tersebut di awal tempoh kehamilan.

h) Faktor gaya hidup
Ibu yang merokok, mengambil alkohol, dadah seperti kokain ataupun ubat-ubatan terlarang didapati lebih berisiko mengalami keguguran janin.

Meskipun pelbagai faktor seperti yang disebutkan di atas dikatakan penyebab keuguran, lazimnya sebilangan besar keguguran yang berlaku tidak berjaya menemukan puncanya walhal telah disiasat. Namun begitu tidak semestinya ibu yang mengalami keguguran kali pertama akan terus menerus mengalami keguguran untuk kandungan-kandungan berikutnya.

Bagaimanakah cara-cara penjagaan selepas mengalami keguguran?

Keguguran boleh berlaku secara lengkap dan keseluruhan janin keluar tanpa tersisa. Ada juga para ibu yang mengalami keguguran tidak lengkap atau keguguran yang memerlukan intervensi doktor sama ada secara pembedahan atau dengan pemberian ubat untuk mengeluarkan janin tersebut.Penelitian rapi perlu diberikan dalam setiap kes tersebut dengan mengambil kira pelbagai faktor seperti usia kandungan tersebut, permasalah kesihatan ibu, keadaan semasa ibu, keputusan pemeriksaan ibu dan pemeriksaan utrasound.

Penjagaan selepas keguguran tidak banyak bezanya seperti selepas kelahiran. Secara amnya ibu dinasihatkan mengamalkan pemakanan seimbang dan berkhasiat bagi memastikan tubuh badan dapat pulih sepenuhnya daripada proses keguguran. Kehilangan darah pasti berlaku sama ada keguguran tersebut secara spontan atau memerlukan intervensi doktor (sama ada secara pembedahan atau menggunakan ubat-ubatan). 

Oleh itu, para ibu perlu mengambil zat besi bagi mengantikan darah yang hilang.Ini dapat dicapai dengan pengambilan berkala makanan tambahan yang mengandungi zat besi dan ditambah juga dengan mengambil makanan yang kaya dengan zat besi seperti hati, daging merah dan bayam.

Para ibu yang mengalami keguguran pasti melalui bebrapa proses perubahan emosi daripada rasa terkejut akibat kehilangan kehamilan kepada proses sedih,marah, kecewa, menyesal dan pelbagai lagi. Kesemua perubahan emosi ini adalah tindak balas normal. Jangan khuatir!. Para ibu tersebut perlu diberi ruang untuk mengahdapi "kehilangan" ini dengan caranya tersendiri. Ini tidak bermaksud para ibu digalakkan mengunci diri dan menjadi murung. Sebaliknya banyakkan bicara dengan orang yang anda percayai, dan senangi seperti pasangan, ibu bapa dan keluarga.




Meluahkan perasaan dan emosi yang berkecamuk di dada anda dapat membantu anda melalui saat mencabar ini di samping sokongan kuat daripada ahli keluarga dans emestinya pasangan anda. Elakkan memendam rasa sendirian kerana amalan ini tidak sihat serta mungkin emngundang kemurungan. Jauhkan juga daripada rasa menyalahkan diri sendiri atau pasangan anda atas kehilangan ini. Terimalah ketentuan Allah dengan hati yang terbuka  dan banyankkan mendekatkan diri kepada Allah melalui amalan berdoa serta berzikir.

Sekiranya anda melalui proses pembedahan unuk keguguran anda atau keguguran lengkap, anda masih berisiko mengalami komplikasi setelah keguguran. Oleh itu anda dinasihatkan agar mengawal tanda tanda berikut yang mungkin merupakan tanda komplikasi keguguran.
  • Pendarahan dari kemaluan yang banyak
  • Sakit di bahagian perut atau ari-ari
  • Demam
  • Discaj/ lendir dari kemaluan yang berbau busuk
  • Pengsan/tidak sedarkan diri

Andainya berlaku sebarang tanda seperti di atas, para ibu perlu segera di bawa ke hospital berdekatan bagi pemeriksaan lanjutan untuk memastikan tiada komplikasi yang tidak diingini.

Bilakah seseorang ibu boleh mempertimbangkan untuk hamil semula setelah mengalami keguguran?

Hal ini bergantung kepada keadaan ibu tersebut.Secara amnya, bagi para ibu yang tidak mempunyai sebarang penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis dan sebagainya, para ibu tersebut dinasihatkan supaya berehat sekurang-kurangnya tiga kali kitan haid ( 3 kali suci). Ini bagi memastikan badan sudah benar-benar sihat dan kitaran haid telah kembali normal bagi emmudahkan penentuan usia kehamilan berikutnya. Sementara menunggu tempoh ini, para ibu digalakkan meneruskan pengambilan zat asid folik selain zat besi bagi persediaan menghadapi kehamilan berikutnya.

Bagi para ibu yang mempunyai penyakit kronik, anda dinasihatkan mengamalkan perancangan keluarga sementara menanti janji temu dengan doktor perubatan anda. Ini bagi memastikan keadaan kesihatan anda terutamanya penyakit kronik anda adalah terkawal. Ia amat penting bagi memastikan kehamilan anda yang seterusnya sihat dan kurang berisiko mengalami keguguran.

Set cadangan Shaklee yang dicadangkan bagi penjagaan selepas keguguran.


1)VITALEA 
Vita-lea merupakan multivitamin dan mineral yang disaluti dengan spirulina memberi tenaga pada kadar segera dan sangat membantu ibu yang menghadapi masalah tidur semasa berpantang. Vita-lea mempunyai imbangan nutrisi lengkap membantu dalam menangani masalah kurang selera, tekanan darah rendah, depresi, kebas-kebas, letih dan lesu, masalah anemia dengan pembentukan sel darah merah dan juga gula rendah.


2)B COMPLEX
Vitamin B-complex mengandungi kesemua 8 vitamin penting iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin membantu menambah selera, mengurangkan stress, menghasilkan tenaga dan juga penting untuk replikasi sel darah merah sekiranya letih dan lesu.


3) GLA
GLA Complex - membantu menstabilkan hormon ibu-ibu selepas bersalin, membantu masalah-masalah seperti sindrom pra haid, masalah kesuburan, kitaran haid. menambahkan keserian wajah, kuku & rambut.


4)ESP
ESP terdiri daripada protein dan fungsi utama protein adalah membina sel-sel baru dan membaiki sel-sel yang lama di dalam tubuh. Rahim yang lemah adalah berpunca daripada sel-sel di dalam tubuh yang rosak & ianya perlu dipulihkan dengan segera. Pendarahan yang kerap & banyak yang disebabkan oleh rahim yang lemah boleh membawa kepada risiko keguguran.




Insyaallah vitamin vitamin in sgt membantu dalam mendapat tenaga kembali setelah keguguran. Jika anda berminat untuk mencuba boleh hubungi saya di talian 012.2257055




ᕙ(`´)ᕗ Be Healthy
Siti Hasmah Abd Rahman
Independent Distributor Shaklee(866977)
Fb Page: Jom Healthy Shop

email: siti.hasmah26@yahoo.com






PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

Monday 22 September 2014

Beli Shaklee secara Online!

Kini mudah je nak beli Shaklee...Kalau ada debit kad atau debit kad dah boleh beli on9...Bagi yang tiada kad ni semua jangan susah hati pulak ...korang still boleh beli dengan saya macam biasa..okey...

Macam mana nak beli on9??? KLIK JE pada gambar tu...isi segala details ...Zassss siap!!!1 barang yang anda pesan akan di hantar ke alamat korang dalam masa 2-3 hari waktu bekerja...:)





Klik pada button Esell untuk TUTORIAL jika xphm...












PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

Monday 15 September 2014

Awas kekurangan nutrisi & vitamin mengakibatkan tumbesaran terbantut!

Salam semua pembaca blog Jom Healthy With Me...dah makan malam ke semua?? Menu apa ye malam ni??Mesti sedap kan dan semestinya makanan yang kita buat tu cukup seimbang utk seisi keluarga.

Malam ni terpanggil saya untuk update blog yang agak lama dah tak berupdate ni..hiihihi...Baru-baru ni saya ada dapat satu sms dari hamba Allah ni yang begitu risaukan anaknya yang tidak mahu minum susu..ketiga2 anak beliau berusia 4 tahun, 8 tahun dan 9 tahun..namun semuanya mmg amat payah untuk minum susu..Ini mengakibatkan anak beliau terbantut pembesarannya berbanding rakan2 sekolahnya yang lain. So di sini saya nak berkongsi kepada semua tentang pentingnya vitamin & nutrisi dalam makanan anak anak kita.

Nutrisi pemakanan penting untuk tumbesaran kanak-kanak yang sihat dan cergas. Apabila makan pasti mengenyangkan. Namun sejauh mana kandungan nutrisi diperlukan tubuh menyumbang proses pembesaran mereka dan kesihatan yang sihat.

Sesetengah kanak-kanak kelihatan sihat dan montel, namun belum tentu mempunyai nutrisi dan vitamin yang diperlukan untuk membesar.





Kepentingan nutrien

Ibu bapa sepatutnya prihatin keperluan nutrisi kanak-kanak daripada hanya mahu memenuhi selera dan kegemaran makanan anak semata-mata.

Ibu bapa patut tahu kepentingan nutrien dan apa diperlukan kanak-kanak ketika proses tumbesaran mereka. Kena tahu apakah menu yang  patut ada dalam hidangan mereka.

Penyelidikan juga mendedahkan satu daripada lima kanak-kanak berhadapan masalah terlebih makan atau obesiti sekali gus menjelaskan permasalahan mengenai nutrien dan kesihatan perlu ditangani dengan berkesan.

Masalah kekurangan nutrien dan kelaparan tersembunyi ini wajar diberi perhatian oleh ibu bapa untuk mengelak mutu kesihatan tidak terjejas dan berhadapan dengan pelbagai penyakit.

Antara kesan kekurangan nutrien dalam badan ialah perkembangan otak dan kapasiti intelektual terhalang menyebabkan kanak-kanak boleh mengalami bantut atau perkembangan fizikal tidak sempurna.

Jangan pandang remeh

Di Malaysia, berdasarkan carta pemakanan Cadangan Pengambilan Nutrien (RNI) seorang daripada dua kanak-kanak mengalami kekurangan vitamin D seperti disarankan pengambilannya oleh Kementerian Kesihatan.

Ramai kanak-kanak Malaysia juga tidak cukup kalsium dalam diet harian sedang ia elemen penting untuk perkembangan fizikal dan pertumbuhan tulang yang sihat.So kita sebagai ibu bapa jangan pandang remeh perkara ini. 


Berdasarkan Kajian Seanuts nutrien kanak-kanak mendapati:

* Kajian Royal FrieslandCampina dan UKM
* Negara terbabit Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam.
* 16,744 kanak-kanak berusia 12 tahun diperiksa
* Hasil kajian - kanak-kanak kurang vitamin D, kalsium dan vitamin lain.
* Seorang daripada 10 kanak-kanak terbantut pembesarannya
* Seorang daripada lima obes

Panduan pemakanan sihat

* Ibu bapa boleh bertanya kepada doktor atau pakar pemakanan mengenai nutrien yang baik dan berkesan untuk anak.
* Tegah anak daripada mengambil makanan ringan mahupun yang berlemak.
* Pastikan anak mendapatkan makanan seimbang atau mengandungi vitamin penting untuk kelangsungan proses pembesaran.
* Galakkan anak minum susu dalam diet harian.
* Atur jadual pemakanan anak seperti menu yang baik.
* Ibu bapa tentukan jenis menu bukan ikut selera anak.
* Sediakan snek sihat seperti buah-buahan atau salad sayuran jika keluar dalam tempoh yang lama.
* Didik anak gaya hidup sihat.

Saya menyarankan para ibu bapa mencuba Mealshakes Shaklee ini sebagai alternative bagi mereka yang mengalami masalah anak2 sukar untuk makan atau kurang zat n nutrisi dalam diet seharian mereka. Diberi jolokan sebagai "easy on the go meal" merupakan supplement multivitamin Shaklee yang senang dan pantas untuk disediakan.

Antara kebaikan Mealshakes adalah memperbaiki selera makan anak, memperbaiki tahap kesihatan anak yang kerap demam, batuk,asma ataupun pembesaran terbantut sememangnya diakui oleh para ibu yang telah mencuba Mealshakes Shaklee.





Manfaat Utama Mealshakes

  • Nutrisi Lengkap – Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak
  • Membekal Nutrisi kepada Sel Tubuh – Kaya dengan protin (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain
  • Membantu Tumbesaran – Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar
  • Anti-Oksida – Mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan
  • Mengembalikan Seri Wajah – Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik
  • Detoksifikasi – Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.
  • Kelazatan Rasanya – Minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi; penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Lazat untuk dinikmati oleh semua golongan.

 JOM LIHAT TESTIMONI MEALSHAKES KLIK SINI


Sama-sama kita berikan yang terbaik buat anak-anak kita kerana mereka anugerah yang berharga buat kita dari Allah.

Bagaimana ingin mendapatkan produk ini??

Hubungi saya di 0122257055 Puan Siti
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

ᕙ(`´)ᕗ Be Healthy
Siti Hasmah Abd Rahman
Independent Distributor Shaklee(866977)
Fb Page: Jom Healthy Shop
email: siti.hasmah26@yahoo.com









PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

Testimoni Mealshakes Shaklee

TESTIMONI 1



TESTIMONI 2


TESTIMONI 3



TESTIMONI 4

 TESTIMONI 5



TESTIMONI 6



TESTIMONI 7


TESTIMONI 8


 TESTIMONI 9



TESTIMONI 10




ᕙ(`´)ᕗ Be Healthy
Siti Hasmah Abd Rahman
Independent Distributor Shaklee(866977)
Fb Page: Jom Healthy Shop
email: siti.hasmah26@yahoo.com






PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.