Thursday 15 November 2012

ANDA ADA MASALAH BATU KARANG?? BAGAIMANA UNTUK MENAGATASINYA??

Adakah anda mengalami sakit pinggang terutamanya di bahagian belakang berpanjangan?
Kencing berdarah?
Demam menggigil?
Muntah-muntah?
Air kencing keruh dan atau berbau busuk daripada biasa?
Sakit ketika membuang air kecil?


Jika anda mempunyai simptom di atas, anda perlu bertemu doktor dengan segera, kerana anda mungkin mempunyai penyakit BATU KARANG.


Batu karang boleh terjadi sama ada di dalam buah pinggang atau hempedu. Saiz dan bentuknya pelbagai dan komposisinya bergantung daripada ia terbentuk. Rawatan daripada doktor biasanya bergantung kepada analisis  komposisi batu karang yang ditemui.
                               
Jenis-jenis batu karang dalam buah pinggang:
  • Kalsium - jenis yang paling biasa ditemui. Kalsium yang didapati daripada diet harian, jika tidak diserap oleh tulang dan otot, akan dihantar ke buah pinggang. Biasanya, kalsium berlebihan akan dikeluarkan bersama air kencing, tetapi ada kalanya sebahagian kalsium ini akan termendak di buah pinggang, bergabung dengan sisa buangan dan menghasilkan batu karang. Jenis yang biasa ditemui adalah kalsium oxalate.
  • Struvite - bisanya terhasil oleh infeksi pada saluran kencing. Ia mengandungi mineral magnesium dan bahan buangan ammonia.
  • Asid Urik - terbentuk apabila terlalu banyak asid urik di dalam air kencing
  • Cystine - batu karang jenis ini terlalu jarang ditemui. Cystine diperlukan dalam proses pembentukan otot, urat dan sel tubuh yang lain. Selalunya ini adalah penyakit keturunan.
Jenis-jenis batu karang dalam hempedu:
  • Kolesterol - akan terbentuk bila terlalu banyak kolesterol di dalam hempedu
  • Pigmen - terbentuk apabila terlalu banyak bilirubin di dalam hempedu.
Selalunya batu karang yang kecil tidak akan memberi simptom kepada pesakit, tetapi batu karang yang besar akan memberi rasa sakit yang amat sangat di bahagian bawah pinggang (belakang) dan tepi kelengkang ketika ia bergerak bersama-sama cecair melalui saluran halus di dalam sistem buah pinggang atau hempedu.


Cara atasi/elakkan batu karang:
  • Minum air masak 8-12 gelas sehari. Kurangkan teh dan kopi kerana sifatnya yang diuretik
  • Jika anda mempunyai asid urik yang tinggi, anda disarankan mengurangkan pengambilan daging
  • Jika anda cenderung mempunyai batu karang jenis oxalate, anda perlu kurangkan makan makanan tinggi oxalate seperti tomato, bayam dan coklat.
  • Kekurangan vitamin B6 boleh menyebabkan batu karang. Barli, kentang, keledek dan pisang adalah bagus untuk anda.
  • Kurangkan protien haiwan dan gantikan dengan protien ikan/tumbuhan
SET CADANGAN YANG BOLEH DISYORKAN UNTUK PESAKIT BATU KARANG ADALAH:

                                   
                                      
  • Alfalfa Complex - untuk mengurangkan keradangan akibat penyakit batu karang
  • B-Complex - untuk menampung kekurangan B6 dalam badan
  • Ostematrix - supplemen kalsium lengkap dengan magnesium dan vitamin D untuk membantu penyerapan kalsium dengan sempurna.
  • Sustained Release Vita-C - untuk membantu penyembuhan luka dalaman 
  • ESP (Isolate Protien Powder) - sebagai pengganti protien haiwan, bebas kolesterol dan sumber protien soya bukan GMO.


Namun diingatkan, pengambilan air yang mencukupi amat perlu untuk mengelakkan batu karang daripada berulang. Sila dapatkan nasihat pakar perubatan sebelum mengambil sebarang supplemen.

PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

Monday 5 November 2012

MINYAK IKAN BAIK UNTUK JANTUNG....

Manfaat pengambilan minyak ikan dalam pemakanan seharian semakin banyak diperkatakan. Minyak ikan khususnya ikan berlemak yang lazimnya diperolehi daripada lautan perairan sejuk seperti salmon, tuna, makerel, hering dan beberapa lagi. Lebih khusus lagi adalah kandungan asid lemak,iaitu omega-3.

Dalam beberapa dekad ini banyak kajian klinikal yang diterbitkan menyokong kesan positif pengambilan asid lemak omega-3 kepada kesihatan. Kesihatan jantung antara isu yang banyak dibincangkan apabila dikaitkan dengan manfaat pengambilan minyak ikan.

Kesihatan jantung tidak boleh dipandang remeh. Apabila satu atau lebih arteri koronari menjadi sempit akibat pemendapan kolesterol dan bahan-bahan lain pada dinding salur darah dan membentuk plak, ia akan menjejaskan aliran darah ke otot jantung. Kejadian plak akan menyempit dan mengeraskan salur darah. Proses ini dipanggil aterosklerosis atau pengerasan arteri.




                                           

Sakit dada, tekanan darah tinggi, kesukaran bernafas, denyutan jantung yang cepat, pening adalah antara simptom lazim akibat masalah jantung. Pengambilan minyak ikan didapati bermanfaat dalam merendahkan paras kolesterol berbahaya. Selain itu, ia didapati meningkatkan penghasilan vasodilators poten (melapangkan arteri) untuk memperbaiki aliran darah.

PENYAKIT koronari jantung (CHD) atau penyakit jantung kronik antara punca kematian terbesar di kalangan penduduk di negara ini. Ia turut menjadi ancaman maut di negara-negara besar lain seperti Rusia, Amerika Selatan dan Utara, Australia, New Zealand dan Eropah. Bahkan diramalkan ia bakal menjadi 'pembunuh dalam senyap' utama seluruh benua di dunia menjelang tahun 2020.

Mengikut perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2002, satu pertiga daripada kematian manusia di seluruh dunia adalah disebabkan oleh serangan jantung.Daripada jumlah tersebut sebanyak 40 hingga 75 peratus pesakit yang terkena serangan jantung meninggal dunia sebelum sempat mendapatkan rawatan di hospital.

Menurutnya, senario penyakit jantung di Malaysia cenderung menunjukkan dua jenis faktor penyebab iaitu faktor boleh diubah dan tidak boleh diubah.

Faktor tidak boleh diubah berkaitan dengan aspek umur, sejarah keluarga, jantina dan etnik pesakit, manakala boleh diubah adalah serangan jantung yang berpunca daripada penyakit-penyakit lain sedia dihidapi pesakit seperti diabetis, darah tinggi, kandungan kolesterol tinggi, obesiti,perokok tegar dan amalan gaya hidup tidak sihat.

Memandangkan kebaikan inilah kita dicadangkan mengambil ikan sebagai hidangan terutama ikan berlemak daripada perairan sejuk. Persatuan jantung Amerika mencadangkan pengambilan asid lemak omega-3, sama ada di kalangan mereka yang menghidap penyakit jantung koronari dan juga mereka yang normal.

Apakah Kelebihan Omega Guard Shaklee??



Merupakan minyak ikan terbaik di dunia.... Shaklee Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk(sardin,mackerel,herring,anchovies) di perairan negara Jepun.Ia bukan dari hato minyak ikan.Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan.Berbanding dengan produk Omega di pasaran, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA,DHA,ALA dan banyak lagi.



JOM DAPATKAN SEBOTOL...PM SAYA SEGERA!!!










PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

Sunday 4 November 2012

EPO dengan GLA Shaklee?? Ada Beza ker??

Hari ni ade yang tanya saya tentang beza EPO dengan GLA Shaklee...Beza ke dua tu??Katanya die nak amik EPO sebab GLA ni katanya just bantu untuk stabilkan hormon jer....(Mungkin dia tahu siapa dia yang saya maksudkan..hehe)...

So arini saya nak kongsi bersama anda diluar sana apakah perbezaan antara EPO (Evening Primose Oil) dengan GLA Shaklee...

EPO...Kandungan utama dalam EPO adalah gamma-linolenic-acid (GLA)..manakala kandungan GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO! 
Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan daripada EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan, Canada.


borage

Kat sini saya details kan lagi apa yang terkandung dalam GLA Shaklee dan kenapa saya kata GLA ni lagi SPECIAL...


1- Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6
2- Ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan Vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya
3- Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard - iaitu antioksidan semulajadi yang telah dipatenkan
4- Bioavailabitinya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap ke dalam sel dan tisu dengan  lebih baik

Manfaat Utama

Herba Tradisi Yang Dipercayai - Borage adalah herba kegemaran orang Barat. Iainya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, mengeluarkan kahak, melegakan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina

Mengawal Selia Estrogen dan Testosteron - GLA membentuk prostaglandin  untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS

Melambatkan Menopaus - Memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus

Memperbaiki Prostatomegaly - GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing

Menentang Kanser - GLA adalah anti oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser

Memperbaiki Inflamasi Kulit - Iainya mengurangkan inflamasi kulit, ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan dan kurap. Iainya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma dan artritis

Menghalang Komplikasi Diabetes - Merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan ndisebabkan oleh gula darah yang tinggi

Pelangsingan dan Menghalang Penambahan Berat Badan - Merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi ton pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan yang cantik.

Menghalang Tekanan Darah Tinggi - Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung

Memperbaiki Tekstur Rambut - Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur

FAKTA YANG ANDA PERLU TAHU

GLA BUKAN hanya untuk wanita. Sebenarnya suplemen GLA asid linoleik juga sama pentingnya seperti asid amino tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia, ianya hanya boleh diperolehi melalui makanan. Ianya sangat penting untuk kanak-kanak (potong gel dan campurkan bersama makanan), remaja yang membesar, orang dewasa dan juga bagi wanita yang telah menopaus dan lelaki yang telah andropaus (menopaus bagi lelaki)

JOM BACA TESTIMONI PENGGUNA








PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

Wednesday 31 October 2012

Tumit Kaki Pecah Tiada Lagi dengan GLA Shaklee

TUMIT PECAH?? ARGHHHHH....XSUKA NYA!!!
 
Ada beberapa faktor yang menyebabkan tumit kaki pecah. Umumnya, kerana kulit kering di sekitar pergelangan kaki bahagian belakang hingga ke tumit.

Masalah tapak kaki pecah tidak hanya mengganggu penampilan, masalah ini juga kadang2 menyebabkan kaki sakit kerana melecet.



Minggu lepas ada berbual dengan customer yang mengambil GLA. Belum lagi sebulan beliau ambil GLA tapi sudah nampak perubahan yang tidak disangka. Sebenarnya tujuan utama beliau ambil GLA adalah untuk memperbaiki hormon periodnya yang tidak betul, tetapi lain plak jadinya. Tumit kaki yang dahulunya pecah sekarang dah beransur pulih dan tidak pecah lagi...
 
Apa kaitan GLA dengan tumit kaki pecah?

GLA shaklee sumbernya dari borage oil. Bukan borage oil semata tetapi dalamnya ada kandungan vitamin e juga. Vitamin e sudah dikenali sangat bagus untuk kecantikan kulit. Tidak hairanlah sesiapa yang amalkan vitamin e mempunyai kulit yang menawan. Orang kata 2 dalam satu. Selain untuk dalaman, ianya bagus juga untuk luaran.



Tidakkah anda mengidamkan tumit kaki sebegini?




 

 

PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

Monday 22 October 2012

VITAMIN C UNTUK KECANTIKAN KULIT...

Tahukah anda?

Vitamin C merupakan sejenis vitamin larut air boleh yang boleh didapati dalam buah atau sayuran bercitrus contohnya oren. Namun, oleh kerana sifatnya yang larut air badan tidak berupaya untuk menyimpan vitamin ini.

Vitamin C sangat penting bagi mereka yang menginginkan kulit yang licin dan awet muda kerana Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang bertindak sebagai gam yang menyusun sel2 tubuh manusia. Dan oleh kerana itu juga, Vitamin C sangat berguna untuk menyembuhkan luka dengan cepat kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.

Pengambilan Vitamin C bersama2 Vitamin E boleh mengelakkan sunburn dan merupakan satu kombinasi yang bagus untuk kulit.

 
Vitamin C ni sangat2 sinonim dengan kecantikan. So, tak hairan la kalau Vitamin C ni sangat popular dikalangan wanita yang mementingkan kecantikan.

KELEBIHAN  VITAMIN C YANG LAIN ANTARANYA IALAH:

-Antioksidan yang sangat bagus.

-Adalah salah satu komponen penting sistem imun,dan juga komponen penting kolagen yang sangat perlu untuk tisu yang sihat.

-Memperbaiki Sistem Pendarahan: Kekurangan VITAMIN C adalah penyebab gusi berdarah,lebam dikulit,pemuliharn kecederaan yang lambat,kulit kerng,ruam dan kulit kasar.
-Peningkatan Sistem Imun: Membina sel darah merah yang sihat utk penyerapan zat besi yang lebih baik,membantu sel darah putih menetang baktria dan kuman,mengukuhkan sistem imun,mempertingkatkan alergi hidung dan kulit,asta.Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan symptom flu dan selsema.
-Memerangi Kanser: Ia adalah satu-satunya anti oksidan yg berkuasa,mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh badan dan merangsang pengeluaran T-cells utk melawan sel-sel kanser dan emmbuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebabs sebelum ia menyerang sel-sel kita.

-Mencantikkan kulit: Pengambilan setiap hari VITAMIN C untuk kulit yang cerah,melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen.Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

-Memperbaiki Insomnia : Ia memperbaiki insomnia,stress masalah berkaitan mental seperti keresahan.

-Mengekalkan Kolestrol Sihat: Ianya mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah,mengekalkan kapilari darah yang sihat,menghindarkan arteriosclerosis,menghalang  pendarahan dalaman,hidung berdarah,pendarahan serebral dan skurvi.

PERBEZAAN SHAKLEE??WHY CHOOSE SHAKLEE??

"Sains pembebasan berterusan secara semulajadi" VITAMIN C telah direka oleh Shaklee.Setiap talet VITAMIN C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya(500mg) dan pembebasan 1.5 VITAMIN C buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan VITAMIN C di dalam 2 tablet VITAMIN C (di dalam kurang masa 5 jam) mampu kekal dalam plasma darah kita selama 24 jam.Bioflavonoid di dalam setiap tablet pula mampu meningkatkan keberkesanan VITAMIN C di dalam tubuh kita,melegakan inflamasi,menentang infeksi bakteria dan radikal bebas....

NI DIA TESTIMONI PENGGUNA YANG BERPUAS HATI SETELAH MENGAMALKAN COMBINASI VIT C DAN VIT E...






PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

Sunday 21 October 2012

HERBLAX -DETOX USUS

Apakah manfaat utama HERB-LAX?


- Pembersihan Najis yang tersekat
-Meransang usus untuk mempercepatkan proses pembersiha secara lembut kepada najis yang ersekat  atau tersimpan lama dalm tubuh kita
-Membantu masalah sembelit
-Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus(natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit
-Mengempiskan perut
-Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan padaperut.Sesuai di ambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas sebangai minuman herba.

Apakah perbezaan SHAKLEE??
Ramuan asas produk ini teiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat.Ia mengandungi 9 erba semulajadi: alfafa,leaves,senna leaves,anise seed,blue malva flower, buchorn bark,licorice root,,rhubarb root,fennel seed dan culver's root. Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti secara klinikal untuk digunakkan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Apa bagusnya kite mengambil HERBLAX??
Ia membantu mencuci terutama usus kita.

Kenapa perlu mencuci usus?

Ia perlu demi mengelakkan gangguan kepada sistem pencernaan, mengelakkan gangguan sistem peredaran darah dan sistem pertahanan badan.



Apakah yang berlaku apabila sistem pencernaan terganggu?
Sistem pencernaan sangat penting demi menyahkan toksin dari tubuh badan. Jika ia tidak dapat berlaku dengan baik maka ia akan mengundang penyakit seperti

  • masalah kulit
  • gangguan pada buah pinggang
  • mulut dan nafas berbau
  • sesak dada
  • angin ahmar
  • wajah nampak tua
  • kembung perut dan 
  • daya imun yang lemah.

Terutama mereka yang mengamalkan makan vitamin pemecah lemak seperti Omega/lecithin dan Lecitin sangat perlu mengambil Herb Lax demi memastikan lemak2 yang disingkirkan dapat dibuang dengan baik melalui proses penyahtinjaan.



Siapa yang sesuai makan Herb Lax?*
~Lelaki dan Wanita
~Mereka yang dalam proses pembuangan lemak
~Mereka yang ada masalah pencernaan
~Mereka yang ingin menjaga kesihatan usus terutamanya.
~Mereka yang mempunyai masalah sembelit



TESTIMONI PENGGUNA





BAGAIMANA NAK ORDER??

BOLEH  KLIK SINI..
.
.
.
.
.
.
.
.
.

BERMINAT NAK JADI AHLI DAN NIKMATI PELBAGAI KELEBIHAN DARI SHAKLEE??



Daftar sebagai ahli Shaklee hari ini dengan hanya RM 65.00 (excluding postage RM 10) untuk lebih penjimatan pembelian dengan harga ahli seumur hidup.

Kelebihan menjadi Pengedar Sah/Ahli Shaklee:
^^ Keahlian adalah SEUMUR HIDUP, TIADA RENEWAL.
^^ Nikmati potongan harga 15-33% bagi setiap product Shaklee yang ditawarkan.
^^ Tidak perlu bekejar atau keluar mencari pelanggan. Tidak perlu "head-hunting" untuk mencari downline.
^^ Tidak perlu menyimpan stok di rumah.
^^ Kelas bimbingan diberikan secara online/offline, kami sediakan group tertutup di FB untuk berkongsi tips/sharing on marketing, bisnes, consultation, produt knowledge, motivation dan lain-lain.

^^ SISTEM yang digunakan telah terbukti membawa kejayaan kepada ramai ahli-ahli Shaklee. Menjana INCOME 4-5-6 ANGKA, menikmati BONUS KERETA, PERCUTIAN VVIP bertaraf 6 STARS, Umrah & Ziarah, semuanya tidak mustahil bila anda bersama Shaklee!







PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

ANTARA KRITERIA/PANDUAN PENTING SEMASA MEMILIH SOYA

Ketahuilah bahawa tidak semua soya yang terdapat di pasaran adalah sama qualitynya..Sebenarnya dulu saya sendiri tidak tahu bagaimana kriteria/panduan yang betul semasa memilih soya...Pada saya semuanya sama..Main belasah je semua... janji SEDDAAAPPP...hehehe...minum soya konon-kononnya nak dapat khasiat dan orang cakap elok untuk kulit...Tapi rupa-rupanya BANYAK YANG KITE PERU TAHU sebelum memilih soya yang BERKUALITI...Bagi yang ingin tahu bagaimana KRITERIA/PANDUAN MEMILIH SOYA YANG BETUL jom BACA NI sama-sama:

 
1)Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic~
Kenapa soybeans mesti ditanam secara organic….sebab kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatla penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni.


2)Soybean tu mestilan Non GMO ( tak dihasilkan secara genetic)~
Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered?sebab secara umumnya..soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik dan vitamin natural..)…dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan

3)Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu~
Ni ciri yang amat penting..Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormone,jus penghadaman,antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.

4)Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol~
Alcohol tu haram yelah satu hal gak ..tapi kalau dicuci dgn alcohol..ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone..... up to 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru2,etc..Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang

5)Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan~
Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.

6)Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan~
Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas.. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result

7)Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium..kenapa?~
Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh menyebabkan kerapuhan tulang.Dan oleh yg denikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu.Kebanyakan pengusaha/pengeluar protein tidak menambah cukup kalsium



Ermmm...macam mana sekarang?? mesti dah tahu bagaimana nak memilih soya yang berkualiti dan tentunya boleh memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan kite kan??...Bukannya setakat minum nak sedap je tapi nak jugaklah yang boleh memberi kesihatan yang baik kepada kite...Saya????? sudah tentulah saya minum SOYA SHAKLEE je..sbb dari segi QC dah passed.Harga??? memang berbaloi dengan apa yang saya dapat sekarang..SUSU alhamdulillah dah ada...KULIT MENJADI LEMBUT,beri RASA KENYANG walaupun BFEEDING dan juga memberi saya TENAGA yang baik...

INI PILIHAN SAYA..
NAK TAHU APA PULA KOMEN-KOMEN YANG LAIN??NI DIA ANTARA TESTIMONI PARA PENGGUNA ESP....















PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

Wednesday 17 October 2012

Apa kata para ibu tentang MEALSHAKES...

Tentunya anda di luar sana tercari-cari apakah yang boleh membantu anda untuk menambah selera makan anak-anak anda...Bila di suruh makan nasi mesti xnak...mereka lebih gemarkan makanan-makanan yang tidak berkhasiat seperti jajan,fast food dan makanan tidak berkhasiat yang lain.

Masalah lain yang dihadapi oleh para ibu..anak2 mereka sering sahaja sakit...demam,selsema dan batuk yang berpanjangan..Sehingga hampir setiap bulan berulang alik ke klinik....Haiiiiiishhhh hati ibu mana lah yang xsusah hati melihat anak mereka dalam keadaan sentiasa sakit begini kan..

Kali ini saya ingin berkongsi kebaikan MEALSHAKES yang dapat menambah selera makan anak anda disamping dapat menambah antibodi untuk anak-anak...


Apa itu MEALSHAKES??






♥ Ianya multivitamin a.k.a pemakanan lengkap. Rasanya sangat sedap seperti rasa ice cream vanila tapi dalam bentuk serbuk.
♥ Meal Shakes Shaklee adalah salah satu pilihan pemakanan yang diberi jolokan ‘easy-on-the-go meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah, dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian.
♥ Meal Shakes sesuai untuk kanak-kanak yang aktif dan tak boleh duduk diam. Sesuai juga buat mereka yang tidak sempat mengambil sarapan dan hidangan yang seimbang. Juga membekalkan nutrisi kepada mereka yang sukar untuk menelan supplemen dalam bentuk pil terutama warga tua.
♥ Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
♥ Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
♥ Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik
♥ Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.


INI ADALAH ANTARA TESTIMONI PARA IBU SETELAH MENCUBA MEALSHAKES:

a)mealshakes sesuai tuk anak yang kurang selera makan





    b) mealshakes bagus untuk tingkatkan antibodi anak2...



       


    So kenapa perlu tunggu lagi..jom berikan yang terbaik untuk anak kita...kenapa perlu dirawat dengan menggunakan "dadah" sedangkan masih ada lagi cara yang terbaik untuk anak-anak kite membesar secara sihat. Berikan mereka "perlindungan" yang terbaik kerana mereka adalah amanah ALLAH
     






    PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

    Monday 15 October 2012

    Alfafa sahaja??ESP sahaja??....atau supplement lengkap untuk ibu menyusu..??.

    soalan glamer dari customer-customer saya :
    kalau x ambil semua tu bole tak? 
    nk beli alfalfa aje boleh?
    saya nak ESP dan alfalfa je...
    saya hanya nk beli ESP je...utk milkbooster..orang kata bagus
    
     ALFAFA SAHAJA???


    ESP SAHAJA??


    ATAU



    SET LENGKAP IBU MENYUSU....


    serius saya cakap...jika kami ni berniat hanya ingin menjual..pasti kami hanya memberi apa yang anda inginkan...atau kami menjual segala vitamin dari huruf a ke huruf Z......tidaklah wujud cadangan suplemen shaklee yang pelbagai yang disyorkan oleh group kami......


    tujuan kami ingin mengeducate dan berkongsi pengalaman bersama ibu2 diluar sana..tidak terhad kepada mengedar vitamin2 Shaklee sahaja... kerana saya ingin ibu2 tahu kepentingan setiap vitamin ..apatah lagi dizaman moden kini yang mana kita tak dapat memenuhi keperluan lengkap semua zat dan vitamin dalam makanan seharian...

    saya tak nafikan..terdapat segelintir ibu yang hanya mahu mencuba ALFALFA dan ESP Shaklee kerana menganggap mereka hanya memerlukan ALFALFA dan ESP sahaja dalam menjayakan penyusuan. Persoalannya , bolehkah hanya mengambil Alfalfa/ESP sahaja dan apakah kesannya dengan mereka yang mengambil vit2 asas yg disyorkan iaitu Multivitamin@Vitalea, B complex dan Vitamin C?..... Cuba lihat 2 kes ini
    ~kes 1 (hanya mengambil alfalfa/ESP)~
    ~Jika hanya bergantung dengan alfalfa/ESP sahaja masih boleh menghasilkan susu dengan banyak kerana sifat ALFALFA/ESP itu sendiri iaitu sebagai agen yang membantu badan stimulate susu dengan lebih cepat. Sebab itu mereka yang mengambil 2 biji alfalFa pasti akan merasakan perbezaan ketara apabila pengambilan ditingkatkan kepada 6 biji sehari iaitu 2 selepas makan pagi , 2 selepas makan tengahari dan 2 selepas makan malam. atau jika mereka mengambil kombinasi ESP dan alfalfa. Si ibu akan merasakan susunya cepat bengkak terutama apabila pengambilan air yang banyak serta sesi perahan yang konsisten setiap 2-3 jam sekali. NAMUN malangnya pada satu tahap si ibu itu akan merasa sangat letih dan mulalah datangnya sifat moody, mudah mengantuk bila pulang kerja(tidak mampu bertahan buat kerja rumah), kedinginan terhadap seks dek kerana mengantuk dan keletihan yang melampau. Ini kerana si ibu hanya tertumpu kepada pemakanan yang membanyakkan susu. Maka badan akan memaksa menghasilkan susu sebanyak mungkin tidak kira apa jua keadaan si ibu. Risikonya pula jika si ibu tidak membuat perahan sehingga mengosongkan payudara, susu tersumbat atau nama lain clog duct mudah berlaku.
    ~KES 2 (ibu mengambil vitamin lengkap seperti yang dicadangkan)~
    Sudah pasti ini dpt memenuhi keperluan tubuh badan ibu seterusnya badan sihat dan dapat menghasilkan susu dengan lebih baik. Pada dasarnya vitamin ini ibarat minyak pelincir kepada kereta. Jika sesebuah kereta itu dijaga penyelenggaraannya (maintainance), minyak hitam berganti, minyak sentiasa banyak...maka sudah pasti kereta itu dapat dipandu dengan lancar, tanpa ada hembusan asap hitam dan tiada tersengguk-sengguk macam orang yang sakit. Sama dengan keadaan si ibu yang menjaga pemakanannya maka jika badannya sihat, moodnya ceria, sentiasa bertenaga , bersemangat dan membuat sesi perahan yang konsisten...sudah pasti dengan izin ALLAH susu akan terhasil dengan baik mengikut keperluan bayi tadi

    mari kita lihat kandungan yang ada dalam senarai suplemen yang dicadangkan:
    a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin(lengkap dgn zat besi)~~~
    Dilengkapi dengan kesemua vitamin beserta zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

    b) B Complex~
    Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantikberseri, tidak kusam.

    c) Vitamin C~~
    Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lgkesannya kulit ibu dan bayi makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen

    d) Alfalfa~~
    Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. Ianya bergantung kepada keperluan badan si ibu.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bayi..susah nak kena kembung.

    Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan.

    e) Energising Soy Protein (ESP)-
    -Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang sedang membesar.
    - Membekalkan tenaga
    - Memberikan rasa kenyang
    - Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat
    - Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit
    - Membanyakkan susu badan (milkbooster)
    - Membantu mengekalkan kepejalan otot
    - Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
    - Mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat


    Maka si ibu punya pilihan iaitu
    1. Hanya memastikan susu terhasil dengan banyak tanpa mengira kepentingan kesihatan diri si ibu itu sendiri..yakni hanya concern on quantity....
    ATAU

    2. Mengambil vitamin yang seimbang dengan keperluan ibu supaya ceria dan bertenaga disamping menghasilkan susu dengan lebih baik dan mengkayakan nutrisi dalam susuibu. Si ibu concern on quality and later thought about quantity.

    Jika masih ada yang bertanya, do i need supplement? Jawapannya terletak pada diri kita kerana hanya kita sahaja yang tahu bagaimana gaya hidup seharian kita...
    Dan buat semua ibu2 diluar sana....penyusuan susu ibu merupakan pengalaman yang dipenuhi kasih sayang dan keintiman di antara anda dan bayi dan hanya berlaku untuk satu tempoh yang sangat singkat..kita boleh belikan baju,mainan dan mcm2 utk si kecik stiap tahun..tp peluang breastfeed ni hanya sekali itu..no turning back... Jadi, pergunakanlah masa ini bersama bayi dengan sebaik-baiknya. Berseronoklah dan hargainya .....
    Saya sendiri berusaha sebaik mungkin tuk memberi yang terbaik untuk anak saya..kerana saya sendiri mempunyi kisah sedih saya sendiri tatkala susu saya tak "SEMERIAH" susu ibu-ibu diluar sana..terasa diri sgt STRESS,nak hampir2 ingin berikan susu formula buat anak saya..Namun saya BANGKIT atas dorongan keluarga dan suami tercinta untuk teruskan penyusuan..akhirnya saya dipertemukan dengan SHAKLEE dan berkat DOA n TAWAKAL kepada Allah akhirnya saya masih lagi menyusukan baby tanpa pelukan SUSU FORMULA...TAK RUGI MENCUBA SUPLEMEN SHAKLEE..,yakinlah.. ..2 tahun yang akan datang...anda pasti terkenang kembali detik anda membeli Shaklee dan bersyukur kerana anda sudah memilih yang terbaik dan memberi kepada si kecil anda melalui susu ibu perisa Shaklee(hihi)...memberinya susu yang terbaik apabila dia sangat memerlukannya.

    source : MamaFaiz
                 Fabulousmama

    

    PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.