Wednesday 28 August 2013

3 Persoalan Tentang Saya dan Shaklee




Ada yang jumpa saya tanya " tak nak kerja balik ke? Jom lah join bisness lain pulak, buat apa dok buat Shaklee je...Jual lah produk lain pulak..."

Jawapan saya.."tak naklah I Luv doing Shaklee..lain dari lain" 

Jom saya rungkaikan kenapa?? dalam 3 jenis persoalan ini..

Persoalan Pertama: Kenapa saya buat bisness Shaklee?
Jawapannya sudah tentulah untuk menambah pendapatan saya. Walaupun husband memang berkemampuan untuk menyara hidup kami sekeluarga plus saya diberikan elaun khas suri rumah namun saya sendiri sebelum berkahwin ada pinjaman yang belum dilangsaikan seperti PTPTN dan personal loan. Tapi bila dah tak bekerja ni kita tak boleh lah nak bebas bershopping bagai sebab duit yang saya dapat dari husband tu saya gunakan untuk bayar loan saya. So bila difikirkan daripada duduk diam tanpa berbuat apa-apa baik buat business online yang boleh menambahkan pendapatan?? Automatik saya terbayangkan Shaklee...Saya mula kenal Shaklee ni dalam time berpantang..Time tu sangat sangat down dengan susu yang merundum..So Shaklee lah penyelamat saya. Bila dah rasa best dengan Shaklee saya pun nak berkongsi dengan kawan-kawan yang mengalami masalah seperti saya. Secara tidak langsung saya pun dah terjebak dengan business Shaklee ni..

Walaupun Shaklee ni sistem MLM..tapi terus terang dia lain dari lain...Upline sangat sangat membantu saya untuk terus bergiat aktif dalam bidang ini. Tak pernah jemu-jemu untuk membimbing dan bukan berjanji kosong... Berbagai ilmu dikongsi bersama, agar kami yang baru menapak dalam bidang ini berjaya..Konsep siapa yang rajin dia akan dapat lebih selalu ditekankan.. So usaha itu penting..tanpa usaha memang hasilnya zero lah..huhu..

Persoalan kedua: Apa kemungkinan yang bakal kita dapat dari business ini?
Sejak aktif bergiat dalam business ni, selain menjualnya kepada orang ramai, saya serta kaum keluarga turut mengamalkan supplement ini..boleh dikatakan hampir ke semua vitamin saya dah cuba.Alhamdulillah sejak mengamalkannya kesihatan kami sekeluarga bertambah baik.. Jarang demam atau selsema yang berlanjutan..Dan sudah menjadi rutin kami sekeluarga setiap hari untuk mengambil vitamin- vitamin tersebut.

Bukan itu sahaja.. Dulu saya akui selama saya bekerja jarang dapat konsisten untuk membayar zakat, bersedekah dan membayar hutang..Sekarang alhamdulillah..walaupun xbanyak tapi lebih baik dari sebelumnya.

Kalau dulu bonus hanya 3 angka.. Sekarang dah dapat merasa 4 angka..walaupun dengan hanya berbekalkan modal rm75 pada permulaan penglibatan saya..dan tanpa sebarang stok di tangan..Saya bersyukur kerana mampu tersenyum dengan apa yang saya dapat sekarang..walaupun demikian, saya akan sentiasa berusaha agar dapat melangkah lebih jauh lagi dalam business ini..Master mungkin! Amin...

3)Persoalan ketiga:Adakah saya akan berjaya? 
Insyaallah semuanya tidak mustahil.Saya yakin suatu hari nanti saya pasti berjaya dan dapat merealisasikan segala impian saya. Always be positive, jangan cepat putus asa dan sentiasa berdoa dan minta dari NYA YANG MAHA KUASA..agar dipermudahkan segala urusan untuk berjaya dalam bidang ini..itulah KUNCI utama untuk berjaya..Bukan senang nak senang tapi yang penting usaha dan jangan sesekali takut untuk mecuba!! bak kata upline saya Lydzar Rusman, "jangan tunggu orang dah sampai ke bintang tapi kita still lagi duk mencangkung di tepi longkang"..hahaha..pediihhh sungguh ayat ni kan??

So sekarang ada clear sikit tak mengapa saya ni suka sangat buat Shaklee??itu lah antara sebab-sebabnya..Kalau nak lebih kenal lebih dalam business ni meh join kami baru terbit rasa cinta itu...

oklah sebelum tu jom layan gambar nak??

                                                         





Bagi sesiapa yang ingin menambah pendapatan jom lah join group saya.. Segala bimbingan dan tunjuk ajar disediakan..yang penting rajin menimba ilmu jerr...Insyaallah saya akan guide anda hingga berjaya..Jangan sia-siakan peluang yang ada..Cepat bertindak sekarang!! 




PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

Tuesday 27 August 2013

Set Kesuburan Shaklee : Set Bajet Mampu Dimiliki

ღ❦Kini Sukar Hamil, Sering Keguguran Tiada Lagi..TQ Allah..TQ SHAKLEE..ღ❦

"Alhamdulillah..Selama ini hampir setiap hari saya membaca kejayaan orang lain BERJAYA HAMIL dengan SET KESUBURAN SHAKLEE. Dan hari ini ingin saya berkongsi kejayaan saya juga akhirnya di sahkan hamil setelah 5 tahun berkahwin. Saya Obesiti , sukar hamil dan sering keguguran. Terima Kasih Ya Allah, terima kasih Sue Suplement Gold yang memberi konsultation semasa saya di dalam program Kesuburan shaklee ini. Set yang di cadangkan GLA, Alfalfa, Vit E dan ZInc ..sy mkn selama 2 bulan dah positif. Syukurr..'- Testimoni [Azura]





Itulah antara testimoni yang dikongsi bersama..Rasa sangat gembira dan bersyukur bila ada yang mencuba set kesuburan Shaklee dah pun mengandung... Insyaallah berbekalkan usaha dan doa yang tidak henti-henti tidak mustahil semuanya menjadi kenyataan.. Mungkin setiap individu tidak sama kesannya..ada yang makan sebulan dua dah berhasil ada tu sampai setahun, 2 tahun ada tu 5 tahun pun baru nampak hasilnya...itu semua rezeki masing-masing ..cuma dinasihatkan anda terus mencuba dan jgn cepat berputus asa..Mungkin anda semua kurang pasti bagaimana supplement-supplement ini boleh membantu anda hamil. Nak tahu lebih lanjut?? sila teruskan membaca...


Apakah KEISTIMEWAAN gabungan nutrien-nutrien ini yang boleh membantu meningkatkan tenaga, kesihatan serta kesuburan anda ? Bagaimana??

GLA COMPLEX SHAKLEE
*******************************
◘ Membantu menstabilkan hormon
◘ Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
◘ Membantu meningkatkan kesuburan (menghasilkan cecair serviks)
◘ Melegakan PMS (sindrom pra-haid/senggugut) – abdominal pain, 
breast pain 
◘ Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri bagi 
mengelak risiko keguguran

ALFALFA COMPLEX SHAKLEE
************************************
◘ Tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian 
tubuh manusia.
◘ Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita)
◘ Menegangkan payudara (untuk wanita).
◘ Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (mengetatkan
keintiman wanita).
◘ Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
◘ Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
◘ Meningkatkan stamina seorang suami & isteri.

VITAMIN E SHAKLEE
************************
◘ dikenali sebagai  Vitamin CINTA
◘ meningkatkan kualiti & meningkatkan "sperm count"
◘ Membantu dalam masalah "mati pucuk"
◘ Meningkatkan libido (keinginan seks)
◘ Mengurangkan risiko keguguran ketika hamil bagi wanita.

ZINC COMPLEX
*****************
◘ Meningkatkan fungsi organ seksual
◘ Menghasilkan sperma yang lebih berkualiti & sihat
◘ Membantu memekatkan air mani
◘ Meningkatkan jumlah sperma
◘ Meningkatkan keaktifan sperma (motility sperm)
◘ Membantu melindungi sperma dalam menentang bakteria dalam 
vagina.
◘ Mencegah dari kemandulan


Set ni sesuai untuk diambil oleh pasangan masing-masing.Ia nya bukan hanya terhad pada si isteri sahaja. Si suami pun boleh mengambilnya untuk meningkatkan kesihatan badan serta menghasilkan sperm yang berkualiti. Bak kata pepatah..kalau tepuk dua dua tangan sekali lagi kuat bunyinya..So kalau keduanya sama sama berusaha lagi cepat hasilnya..Insyaallah...Moga anda tetap berusaha dan berdoa...Berdoa tanpa usaha adalah sia-sia..

Selain mengamalkan pemakanan supplement bolehlah amalkan doa dan amalan dibawah:

sumber: sarungsarungcinta.blogspot.com
(click pada gambar unuk paparan lebih jelas)


                                                    sumber: sarungsarungcinta.blogspot.com
                                                  (click pada gambar unuk paparan lebih jelas)


 Selamat mencuba!!!



PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

Collagen Powder : Testimoni pengguna


















PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

Friday 23 August 2013

Ostematrix lebih dari kalsium



Dengan mengamalkan pengambilan ostematrix 4 biji sehari alhamdulillah saya tiada masalah keletihan yang ketara seperti sebelum ini. Kurang sikit sakit sendi2 badan, sakit belakang… Alhamdulillah… saya mmg perasan perubahan ni…..sbb bila saya tak mkn ostematrix ni…mmg terasa amat sakit sendi, sakit belakang...

Mulanya ingat kalsium ni untuk tulang dan gigi yang kuat sahaja tetapi ia berfungsi lebih dari itu.. Ia penting juga untuk membina sel darah. (Pembinaan darah memerlukan kalsium dan begitu juga dengan urat saraf serta tulang kita. Dengan kalsium yang cukup sistem tubuh kita dapat berfungsi dengan baik dan lancar)

Jadi ostematrix Shaklee sesuai untuk :

-Ibu yang mengandung, ibu yang menyusukan anaknya dan wanita yang pernah melahirkan anak.
-Mereka yang mempunyai masalah kekangan pengambilan bahan2 tenusu seperti susu.
-Mereka yang selalu mengalami sakit2 kaki, sakit2 sendi, sakit di bahagian tulang belakang, sejuk2 badan, rasa bisa di tapak kaki, kebas atau terasa seperti kaki dicucuk2 dengan jarum.
-Mereka yang mudah keletihan dan tidur yang kurang membuatkan golongan ini mudah letih dan sukar untuk bangun tidur.
-Sakit kepala yang teruk dan berhari2.
-Mereka yang sedang menjalani fisioterapi.
-Mereka yang mengalami PMS yang sangat teruk sehingga terpaksa mengambil pil penahan sakit setiap kali datang bulan.






Berminat?? jom order dengan saya...:)



PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

Thursday 22 August 2013

Antara Kebaikan yang terdapat dalam Kolagen

Antara kebaikan kolagen adalah:
  1. Kolagen adalah protein berserabut yang berfungsi sebagai blok bangunan untuk kulit, tendon, sendi, tisu penghubung yang lain dan tulang.
  2. Kolagen juga menyokong pembentukan kulit, tulang, gigi dan saluran darah yang sihat.
  3. Mengambil makanan tambahan kolagen membantu menambahkan dan menggantikan kolagen semula jadi, yang menurun dengan peningkatan umur.

Kebaikan Kolagen Yang Lain
1. Mengurangkan Kedutan Kulit
Pengambilan kolagen tambahan telah dibuktikan dapat menurangkan kedutan kulit. Bila seseorang itu semakin berumur, keanjalan semula jadi kulit mereka berkurang kerana penurunan dalam pengeluaran kolagen. Apabila kulit kehilangan keanjalan, kedutan dan garis-garis halus mula muncul dan kulit akan kelihatan kurang tegang dan kelihatan longgar. Untuk mengurangkn kedutan dan meningkatkan pemulihan kulit, kita boleh menggunakan pelembap, makan makanan seimbang, mendapatkan rehat yang cukup dan tidur yang cukup, berhenti merokok dan mengambil kolagen tambahan.
2. Mengurangkan Sakit Sendi
Kelegaan daripada sakit sendi dan ketegangan adalah antara kelebihan dan kebaikan mengambil kolagen tambahan. Kolagen bertanggungjawab untuk menjaga tulang rawan dan sendi kekal dan sendi bergerak dengan mengekalkan struktur bergentian dan elastik tulang dan sendi supaya ia dapat bergerak bebas tanpa kesakitan atau ketidakselesaan. Mengambil makanan tambahan kolagen membolehkan sendi untuk flex dan memanjangkan dengan betul. Ia juga membolehkan mereka menyerap kejutan dari berjalan dan melakukan aktiviti-aktiviti lain.
3. Mempercepatkan Proses Penyembuhan
Salah satu kebaikan mengambil kolagen tambahan adalah ia dapat membantu mempercepatkan penyebuhan luka. Biasanya proses penyembuhan luka dan pembaikan kulit berlaku dengan sendiri, tetapi kolagen tambahan boleh mempercepatkan proses dengan merangsang pembentukan tisu dan penguncupan luka.
Jadi, kolagen bukan semestinya untuk cantik sahaja, malah pelbagai sungguh fungsinya! Amat sesuai untuk mereka yang sudah berumur juga! :D



PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

Carotomax Shaklee lebih dari sekadar Vitamin A

Kepentingan vitamin A dengan kesihatan mata...

Masa kecik kecik dulu, mak cakap “makan carrot byk2 bagus untuk mata”. Betul, carrot ni memang bagus untuk mata, tapi jangan terlebih makan pulak ye... Kalau terlebih makan akan menyebabkan kulit kita berwarna kekuningan, bebola mata kita yg putih tu pun akan bertukar kekuningan...Yang paling bahaya, jika kita terlebih makan vitamin A ni... Ianya akan menjadi toksik dlm badan...

Bagaimana Vitamin A membantu dalam penglihatan? Vitamin A membantu penglihatan dalam 3 cara utama, iaitu:
Membantu mencegah rabun malam (night blindness).
Membantu mencegah katarak (seperti Vitamin C).
Membantu untuk mengekalkan penglihatan.

Prevention is better than cure... Betul tak?? Cara terbaik untuk MENCEGAH rabun malam dan katarak ni ialah dgn makan makanan yg kaya dgn karotenoid... TERUTAMANYA makanan yg kaya dgn beta-karoten... Kenapa??? Kerana kuasa antioksidan beta-karoten ni mampu menghapuskan (wipes out) radikal bebas sebelum ia merosakkan kanta mata kita...

Dalam CarotoMax mengandungi karotenoid menyamai dengan:
Beta Karotena Sama dengan 102 porsi Pisang
Lycopena sama dengan 714 porsi Aprikot
Lutein dan Zeaxanthin sama dengan 285 porsi pink grapefruitAlpha karoten sama dengan 89 porsi Raspberi
Alpha karoten sama dengan 89 porsi Raspberi

Fungsi Beta-Karoten:

1. Bantu pertumbuhan dan memulih sel-sel badan.
2. Kekalkan penglihatan malam – rabun malam.
3. Kekalkan kesihatan kulit dan selaput membran seluruh badan – mata hitam, penghadaman
4. Bertindak sebagai antioksidan, cegah kanser.
5. Menyokong fungsi kuatkan sistem pertahanan badan,
6. Bantu cegah masalah asma, dan paru-paru.
7. Bantu cegah pembentukan ketumbuhan ‘tumor’
8. Menyokong fungsi pertumbuhan dan pembiakan.

Khasiat Beta-Karoten:
1. Awet muda
2. Rabun malam
3. Gastrik
4. Masalah kulit
5. Lelah
6. Jeragat


Jom baca testimoni menarik ni...





PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

Tuesday 20 August 2013

Syoknye berbisness dengan Shaklee

Alhamdulillah hari ni dah lebih kurang seminggu dapat gaji dari Shaklee.. duit bonus masih lagi ada sementara nak tunggu next bonus..Walaupun dapat elaun suri rumah tapi dapat income lebih ni tersangat lah seronoknya..So mmg nak berbeli belah tu tak dak masalah dengan adanya income sendiri kat tangan..hehehe..Selain tu duit bonus yang dapat tu saya boleh bagi kat mak,bayar ptptn, buat simpanan, alhamdulillah dapat bayar zakat dan bersedekah...:)

Siapa kata susah nak BERSHAKLEE..sa akui dulu saya sendiri tak confident dengan bisness ni..yerlah kalau tengok dalam FB dah ramai yang berSHAKLEE..so rasa-rasanya masih ada lagi ke ruang untuk saya ni nak berjual?? Insyallah selagi mana kita berusaha pasti rezeki akan datang pada kita.. kerana rezeki itu luas..itu janji Allah pada umatnya yang selalu berusaha dan berdoa meminta padaNya..Diam tak diam 4 angka bonus tiap tiap bulan mmg masuk dalam akaun saya..Saya sedang berusaha untuk menuju ke 5 angka..semoga hasrat saya ni dapat tercapai.AMINNN...

BAGAIMANA NAK JOIN SBG DISTRIBUTOR SHAKLEE?? Mudah je caranya..

Apa pilihan yang ada untuk berdaftar?

1) LOW BAJET?? Anda boleh mula mendaftar dengan serendah RM65 untuk kit pendaftaran. Tambahan RM10 untuk pos kit keahlian ke Semenanjung Malaysia. RM20 untuk Sabah & Sarawak. Anda layak membeli dengan harga ahli terus pada pembelian kali pertama sekaligus pendaftaran juga. (Hubungi saya utk keterangan lanjut)

2) ADA BAJET BESAR?? Beli barangan berjumlah minima 200UV dan ke atas untuk melayakkan anda memperolehi KEAHLIAN PERCUMA! Ya..PERCUMA maksudnya anda tak perlu membayar RM65 tambahan utk pendaftaran. DENGAN CARA INI ANDA AKAN DAPAT BARANG DAN JUGA KEAHLIAN PERCUMA.

Berapa anggaran nilai untuk barangan dengan 200UV point ni? Actually tiada nilai yang tepat dapat sy bagitau..sebab setiap barangan ada UV berbeza2 walaupun harga sama. So saya just boleh bagitau anggaran dalam rm650-rm700 (harga ahli). Maybe less, maybe higher.

3) OPTION SPECIAL :
 # Beli 2 botol Vivix atau
 # Beli 3 Kotak Collagen Powder

Mudah sangatkan caranya?? hanya 3 cara je anda dah boleh bergelar sebagai DISTRIBUTOR SHAKLEE..Lepas dah pilih option mana yang sesuai dengan anda..bolehlah call atau pm saya..Saya akan daftarkan anda so tak perlu susah-susah nak pergi branch or HQ SHAKLEE pun untuk join.. dah daftar, saya akan masukkan anda di bawah group coaching kami yang akan menerangkan lebih terperinci bagaimana nak berjaya dalam Shaklee ni...kat sini bermacam macam ilmu di share..tak nak pergi class or seminar pun tak pe...semuanya kita boleh belajar dalam alam cyber je..bukan itu sahaja ilmu duniawi ada ilmu akhirat pun kami sentiasa titik beratkan juga tau!!.. 




Hanya anda boleh tentukan berapa banyak angka yang anda nak sebagai BONUS anda...yang penting berusaha dan tak kenal erti putus asa...janganlah dah sign up member pastu tiada tindakan pun yang anda buat kan...BONUS tak dak ..RUGI lagi ada...hehe..






PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

Monday 19 August 2013

Kebaikan Susu Ibu : Mampu Meningkatkan Kepintaran Bayi

Mengapakah para ibu digalakkan untuk menyusu bayi dengan susu badan dan bukannya susu tepung ataupun susu lembu? Membuat persediaan untuk menyambut kelahiran bayi anda adalah sesuatu yang menggembirakan dan ia adalah masa yang sangat mencabar. Ibu harus memberi pertimbangan kepada penyusuan susu ibu kerana ia memberi kebaikan kepada ibu dan anak. Kita semua digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Dalam masa pemberian susu ibu sepenuhnya bermaksudlah bayi itu tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu.




Susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebaik selepas melahirkan bayi, susu pertama kental berwarna kekuningan dan ia dikenalikan sebagai kolostrum. Khasiatnya amat tinggi kerana kandungan proteinnya adalah tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia juga mengandungi antibodi (immunoglobulins) yang tinggi serta lebih sel darah putih (leucocytes) yang mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.

Tambahan pula, susu ibu juga mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak dan ia membantu dalam meningkatkan kepintararan bayi. Dua kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders Australia telah membuktikan bayi yang disusui badan, kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa. Ia juga memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak kerana sewaktu menyusu bayi, bau ibu, sentuhan dan wajah akan terakam pada ingatan bayi yang masih kecil itu. Bayi akan lebih mengenali ibu dan paling penting mereka dapat merasakan kehangatan kasih ibu dan bayi akan lebih mesra dan kasih sayang mereka lebih mendalam pada ibunya dalam proses penyusuan ini.

Selain itu, terdapat juga kebaikan terhadap ibu yang menyusui bayi sejak kelahiran anak mereka. Antaranya ialah membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin. Tambahan pula, ia membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat dan mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari. Malahan, kelebihan yang seterusnya ialah ia merupakan satu cara merancang kehamilan yang ideal secara tidak langsung kerana penyusuan ibu dengan sepenuhnya selama 6 bulan pertama mampu menunda kedatangan haid. Oleh itu, 99 peratus kehamilan dapat dielakkan.

Menyusukan anak adalah tugas yang murni, penting dan istimewa bagi seorang ibu. Pada masa ini, kesihatan bayi dan ibu dalam negara-negara yang membangun mendapat perhatian yang penting. Yang dirisaukan ialah banyak ibu di bandar dan juga sebahagian di luar bandar tidaklah mementingkan lagi susu bagi anak mereka. Di negara-negara barat yang maju, keadaan menunjukkan ibu-ibu sudah memberi semula susu bagi anak-anak mereka tetapi di negara-negara membangun seperti Malaysia, ibu-ibu lebih suka memberi anak-anak susu botol daripada susu mereka sendiri.

Mengapakah perkara sedemikian terjadi? Maka, faktor yang menghalang penyusuan adalah disebabkan kesakitan puting susu. Pada hari permulaan, ibu mungkin berasa sakit tetapi setelah susu mengalir, kesakitan ini akan berkurangan. Terdapat sesetengah ibu yang puting susunya tersorok atau tidak dapat menegak untuk bayi menghisap, oleh itu bayi akan menghisap kulit hitam sekeliling puting dan mengakibatkan perlukaan kecil. Maka, ibu harus menarik putingnya semasa hamil 8 bulan sebagai persediaan. Faktor seterusnya ialah bengkak susu yang disebabkan jangkitan kuman ataupun takungan air susu. Jangkitan kuman dalam buah dada mengakibatkan buah dada bengkak, hangat dan sakit. Ia bolehlah dirawat secara memakan ubat yang diberikan oleh doktor dan ibu boleh membasuhnya dengan menggunakan air suam. Selain itu, sebab-sebab yang lain mungkin disebabkan sikap ibu tersebut. Misalnya, malu menyusukan anak, tiada susu dalam badan, anak tidak mahu menyusu, ketakutan merosakkan bentuk badan, malas menyusukan anak kerana kena bangun pada waktu malam dan lain-lain lagi. Maka, cara untuk memperbanyakkan susu badan ialah ibu bolehlah ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana dan cuci bersih. Kemudian potong kecil-kecil dan kisar sehingga halus. Selepas itu campurkan dengan segelas air suam dan diminta minum sebanyak 2 kali sehari. Anda boleh juga mengambil supplement tambah susu bagi memperbanyakkan susu.

Sehingga setakat ini, kesedaran untuk penyusuan badan adalah masih rendah berbanding dengan negara lain. Kempen menyusu badan telah diadakan di hospital seluruh negara untuk memupuk ibu-ibu menyusukan bayi-bayi lebih sihat pada masa akan datang. Misalnya, Salah satu strategi untuk menggalakkan penyusuan susu ibu di Malaysia adalah melalui pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi. Ia merupakan salah satu program antarabangsa yang dilancarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan UNICEF. Program ini bertujuan untuk mengalakkan semua hospital dan pusat bersalin melaksanakan “10 Langkah Ke Arah Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya”. Di samping itu, WABA (World Alliance for Breastfeeding Action) ditubuhkan iaitu satu rangkaian global untuk pertubuhan bukan kerajaan dan individu yang mempunyai matlamat yang sama. Ia bertujuan untuk menggalak, melindungi dan menyokong penyusuan susu ibu. WABA percaya penyusuan susu ibu adalah hak setiap ibu dan anaknya. Pada masa ini, NGO adalah kuasa penggerak di belakang kumpulan sokongan penyusuan susu ibu, berusaha melaksanakan kod antarabangsa, pertukaran maklumat dan latihan untuk pekerja dalam sektor kesihatan. Bagi mencapai matlamatnya, WABA menubuhkan 9 pasukan khas untuk menyelaras gerakan sosial, pertukaran maklumat, penyelidikan, amalan penjagaan kesihatan, wanita dan kerja, mematuhi kod, pendidikan dan latihan serta kumpulan sokongan ibu.

Penyusuan susu ibu tiada bandingan dengan susu tepung mahupun susu lembu. Tiada gambaran yang sehabis murni dan suci daripada seorang ibu yang sedang menyusukan anak kecil dengan memeluk anak itu rapat di badannya. Dengan memeluk anak kecil, dan mengalirnya air susu dari ibu kepada anak, maka kasih sayang itu turut mengalir. Kesimpulannya, dengan penyusuan itu, semua kemahuan asas anak-anak dapat disempurnakan dan anak akan berpeluang hidup dengan baik dan teratur semasa dewasa kelak.

So, nasihat saya pada semua jangan mudah berputus asa jika anda mengalami masalah kekurangan susu badan. Perbanyakkan ilmu penyusuan insyaallah niat anda untuk menyusukan anak anda pasti tercapai.. yang penting adalah usaha dan banyakkan berdoa. Tengoklah betapa besarnya manfaat jika kita menyusu badan ni untuk anak-anak kita. Rugi kalau kita terlepas untuk memberi mereka yang terbaik.





PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

Kepentingan Asid Folik Untuk Ibu Mengandung



Asid folik dianggap sebagai makanan otak juga dikenali sebagai folat atau folasin yang merupakan salah satu vitamin kumpulan B, dikenali sebagai B9. Badan kita memerlukannya untuk penghasilan tenaga, penghasilan sel darah merah dan juga norefrinefrina serta serotonin (komponen kimia dalam sistem saraf). Ia turut memainkan peranan dalam membantu penghasilan DNA (bahan genetik badan), yang akan memulihkan fungsi otak dan merupakan komponen kritikal cecair tulang belakang. Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai  koenzim dalam sintesis DNA dan RNA , ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Asid folik juga turut terlibat dalam metabolisma protein, dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan  folik asid anemia.

Asid folik adalah sejenis bahan mineral yang diperlukan oleh kanak-kanak demi memastikan pertumbuhan yang sempurna dan amat penting bagi kanak-kanak untuk mendapatkan jumlah asid folik yang diperlukan oleh tubuh mereka. Sungguhpun begitu sumber makanan lain yang mengandungi karbohidrat, vitamin, mineral, protein dan juga lemak adalah penting dalam memelihara pertumbuhan dan pembesaran badan yang seimbang. Hal ini kerana, makanan berbeza mempunyai jumlah nutrien yang berbeza. Tidak ada satupun makanan yang dapat membekalkan kesemua nutrien makanan yang diperlukan. Sekiranya si kecil tidak mendapatkan jumlah asid folik seperti yang disyorkan. Mereka mungkin mengalami tanda-tanda seperti keletihan, muka pucat  dan kelesuan badan (tidak bertenaga).

Asid Folik sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf  "embryonic" dan "fetal", yang mana amat penting untuk tumbesaran yang normal.  Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan kepentingan asid folik dalam perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan,sebelum dan semasa mengandung. Ramai wanita yang tidak mengetahui yang pengambilan asid folik perlu dilakukan sebelum mengandung lagi untuk pembinaan sel-sel bayi dalam kandungan. Asid folik diperlukan untuk merangsang kesempurnaan pembentukan saraf tunjang semasa di peringkat awal mengandung iaitu 4 minggu pertama. Ini dapat membantu menghindarkan kecacatan bayi yang dipanggil "Neural Tube Defect" (NTD). Menurut kajian pengambilan asid folik dapat membantu mencegah kecacatan ini di antara 50% hingga 70% kemungkinan daripada ianya terjadi. Terdapat dua bentuk utama NTD iaitu anencephaly dan spina bifida. Anencephaly ialah tiada sebahagian atau keseluruhan otak bayi manakala spina bifida pula adalah keadaan di mana terdapat bukaan pada tulang belakang yang mungkin boleh menyebabkan lumpuh.

Asid folik juga merupakan satu daripada beberapa nutrien yang diketahui mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida, yang berlaku bagi 10 dalam setiap 10,000 orang bayi. Wanita yang tidak mengambil asid folik secukupnya juga akan meningkatkan kemungkinan mengalami keguguran dan kelahiran yang menyebabkan kematian. Ibu yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub saraf mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapatkan anak yang seterusnya dengan kecacatan yang sama. Dalam kes seperti ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi bermula sebulan sebelum hamil, jika boleh, dan diteruskan sehingga tiga bulan pertama kehamilan. Di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat kempen-kempen giat dijalankan untuk memberikan kesedaran kepada wanita tentang kepentingan asid folik bagi bakal ibu dan ibu yang sedang mengandung. Keperluan asid folik boleh didapati sama ada dengan memakan makanan yang diperkayakan dengan asid folik atau dengan pengambilan pil asid folik. Kemungkinan besar asid folik juga boleh mengurangkan lain-lain kecacatan atau masalah bayi seperti sumbing lelangit, kecacatan jantung, pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama panjang (limb reduction), kecacatan sistem pembuangan air kencing dan pucat (anaemia).

Badan Kesihatan Dunia ‘World Health Organisation’(WHO) mencadangkan  bahawa pengambilan sumber asid folik adalah seperti berikut :
-Kanak-kanak berusia 1-3 tahun: 160ug/sehari
-Kanak-kanak berusia 4-6 tahun:200ug/sehari
-Kanak-kanak berusia 7-9tahun:300ug/sehari
-Ibu mengandung: 600ug/sehari
-Ibu menyusu bayi:500ug/sehari

Asid folik boleh ditemui dengan banyaknya di dalam sumber sayur-sayuran hijau dan turut terdapat di dalam susu dan sumber tenusu. Makanan berikut mengandungi  asid folik : barli, daging lembu, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan,  oren,  sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, dan bijirin. Asid folik dalam makanan akan dimusnahkan jikalau ia terlebih masak kerana ianya mudah larut dalam air, jadi anda dinasihatkan memasak dalam kuali bertutup dengan jumlah air mendidih yang minima serta pendekkan masa memasak. Anda juga digalakkan untuk mencuba makan sayur-sayuran yang dicelur atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mentah.

Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan pengambilan asid folik turut dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, strok, kanser usus besar dan kanser pangkal rahim.








PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

Sunday 18 August 2013

Cinch Shake Mix Shaklee : Di Formulasi khas bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan

Bagaimana Cinch boleh membantu mengurangkan berat badan?

Cinch™ Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. 

Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda. 

more info:
-Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut
-Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina
-Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan
-Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang
-Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
-Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
-Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
-Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan
-Soya bukan GMO
-Cinch Shaklee terdapat dalam 3 rasa iaitu Vanilla, Chocolate, dan Caffe Latte..Memang sedap!


antara testimoni pengguna yang mengambil cinch shake...












UNTUK BREASTFEEDING MOM PUN BOLEH AMIK CINCH NI..NAK TAHU MACAM MANA CARA YANG BETUL..DO PM ME OKEY!!...




PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

Thursday 15 August 2013

Set hamil Shaklee pilhan terbaik masa kini

Assalamualaikum wbt kepada semua pengunjung blog..

Hari ni saya nk berkongsi apa fungsi atau kebaikan vitamin yang kita ambil time preggy..Kita semua maklum,semasa pemeriksaan kehamilan perkara yang dirujuk adalah seperti kandungan gula dalam darah, tekanan darah, hemoglobin dalam darah, dan sebagainya.  Selalunya di klinik kerajaan /swasta akan bagi kita 4 jenis vitamin ni iaitu vitamin C, Kalsium, Zat besi dan Asid folik.

Antara 4 jenis vitamin tadi yang paling penting / wajib makan setiap hari adalah asid folik. Asid folik mengurangkan risiko anak dalam kandungan menjadi cacat. Selain itu, asid folik jugak menguatkan rahim kita. Jadi, insyaALLAH kes keguguran janin pada peringkat awal kehamilan itu tidak terjadi.

Vitamin kedua terpenting adalah zat besi. Fungsi Zat besi ini adalah untuk menambah darah/ hemoglobin(HB) kita. Selalunya HB kita akan menurun dari 12 hinggalah 8,7,6, dan seterusnya . Alternative lain selain mengambil  vitamin zat besi ini adalah dengan mengambil buah-buahan berwarna kuning/oren cthnye belimbing, jagung, betik, oren dan sebagainya. JAMBU BATU adalah buah yang paling tinggi zat besinya walaupun bukan bewarna kuning (nurse klinik kesihatan  yg bagitahu). Jadi para ibu bolehlah mkn buah jambu batu tu untuk dijadikan pencuci mulut/snack sambil tgk tv. Selain itu, makan hati lembu, hati ayam, paru2 lembu, kerang dan sebagainya juga boleh menambahkan darah anda. Tetapi tidak digalakkan.Sekali sekala tu bolehlah. Bagi ibu2 yang HB rendah 8 ke bawah tu dan bila nk checkup keesokkannya dan tak mahu kena marah dengan nurse sbb HB rendah, kat sini saya nk kongsi petua sikit.Apa yang perlu anda kena lakukan adalah yang pertama, makan pil zat besi tu dengan vitamin C ataupun minum dengan air perahan limau/ air jus. Vitamin c mempercepatkan penyerapan zat besi dalam tubuh. Kedua, mkn zat besi+vitamin C/jus buah tu 2 JAM SEBELUM atau SELEPAS MAKAN NASI. Jika kita makan/ minum kurang dari 2 jam sebelum/ selepas mkn nasi akan mengganggu proses penyerapan zat besi dlm tubuh. Ini adalah fakta okay!

Vitamin ke 3 paling penting adalah kalsium. Seperti yg kita tahu kalsium menguatkan tulang dan gigi kan? Sebenarnya ia juga baik untuk pembentukan tulang dan gigi bayi kita walaupun masih dlm perut. Semakin besar perut kita, kita akan semakin kekurangan kalsium sbb bayi kita dah serap kalsium yang ada dlm badan kita. Jadi kita memerlukan lebih banyak kalsium. Ini adalah fakta ye. Bila perut semakin membesar tulang belakang kita akan rasa semakin sakit. Pastu selalu sangat kekejangan. Tapi kalo kita amek kalsium tu secara rutin, insyaALLAH rasa sakit tulang belakang tu hilang/kurang dan kekejangan takkan terjadi.

Vitamin yang terakhir adalah Vitamin C. Vitamin C yang kita tahu mmg baik untuk kulit sbb tulah ramai yang dah inject Vitamin C untuk kulit yang lebih cantik. Selain tu banyak kelebihannya cth bantu serap zat besi mcm yg dah diberitahu tadi. Pastu Vitamin C ni juga dapat mengelakkan kita dari terkena selsema. Menguatkan imun badan kita. Sangat bagus untuk bayi kita dlm perut juga. Kulit anak kita insyaallah akan putih, mulus, lembut dan gebuss.. hehe.Tapi make sure jgn berlebihan cirit birit plak nanti..Almaklumlah korang ni pantang kalau boleh buat baby cantik ni betul x?? 

Okey itu bab vitamin asas yang biasa diambil oleh ibu mengandung. Jom kita lihat apa yang ada dalam SET PREGGY SHAKLEE..





Antara Vitamin yang terdapat dalam SET PREGGY Shaklee ialah;

1)Vitalea adalah multivitamin jadi ibu-ibu tidak perlu mengambil multivitamin prenatal yang lain. Dilengkapi dengan zat besi dan juga 200 mg asid folik Ibu hamil yang mengalami anaemia, pening atau mudah pitam amalkan secara konsisten untuk kesihatan yang lebih baik (inshaALLAH). Wanita hamil yang mengalami masalah Hb rendah juga digalakkan mengambil Vitalea ini.

Anaemia amat berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin, oleh itu pastikan pencegahan awal dilakukan.

2)B Complex yang lengkap dengan asid folik dan biotin (sumber b yang mahal harganya). Asid folik mustahak untuk membantu pembinaan tulang bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Pengambilan asid folik adalah sekurang-kurangnya 400 mg sehari (2 biji b complex ATAU 1 biji b complex + 1 biji Vitalea). 

3)Vitamin C Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel  tisu dalam badan. Ia juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Vitamin C membantu menguatkan sistem pertahanan tubuh badan (immune booster). Selain daripada itu, vitamin C penting untuk kadar serapan zat besi yang optima dalam tubuh kita.

4)Wanita hamil memerlukan kalsium sekitar 1000 mg ke 1300 mg sehari. Istimewanya Ostematrix kerana ia ia bukan sahaja kalsium, malahan lengkap dengan magnesium dan vitamin D(bantu penyerapan). 1 biji Ostematrix mempunyai 250 mg  kalsium. Magnesium membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang lalu menguatkannya, manakala vitamin D pula meransang penyerapan kalsium. 

Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Bagi wanita hamil pula, ia penting untuk ransangan saraf dan mengelakkan kekejangan otot ketika hamil. Kalsium juga penting untukdenyutan jantung  dan tekanan darah yang stabil. Kalsium yang cukup ketika hamil amat penting kerana sekiranya bayi dalam rahim tidak mendapat bekalan kalsium yang cukup, bayi akan 'menarik' kalsium daripada ibunya, yang mana akan memberi kesan kepada ibu hamil seperti osteoporosis di kemudian hari.

5)Pengambilan Omega Guard Shaklee disarankan bermula pada trimester kedua dan ketiga. 

Penting untuk membantu pembentukan otak bayi daripada peringkat awal. Mengandungi DHA dan EPA yang sangat penting untuk otak dan mata bayi. Juga membantu mengawal kadar kolestrol dalam badan wanita hamil. 

6)Protein sangat penting untuk membina, memperbaiki dan memperbaharui sel-sel, tisu dan hormon dalam tubuh.Protein juga penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang baik dan berkualiti penting untukkesihatan keseluruhan yang baik, kerana sel yang sihat menyerap lebih nutrien daripada sel yang tidak sihat. Bagi wanita hamil, pengambilan ESP membantu memberi tenaga terutamanya ketika mengalami alahan (kurang/tak lalu makan). 

Selain daripada itu, protein ESP ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ-organ bayi. 


Okay rasanya dah banyak bende yang saya explain dan share dengan korang kan? kalo ade yg nk sharekan pengalaman atau nk tanyakan ape2 pasal preggy ni insyaallah kalo saya boleh tolong saya akan tolong dan kongsikan sesama. Lain kali, lain masa kalau aku ade peluang, saya akan sharekan lagi okay.

Nak try set preggy Shaklee do pm me okey...Harga istimewa menanti anda...:)






PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

Apakah yang boleh dilakukan agar ibu dapat tidur nyenyak semasa hamil??

Jika anda merasa sangat kurang tidur malam,selain saranan yang biasanya diberikan seperti mengelakkan alkohol,tembakau, mengatur suasana bilik yang selesa, beberapa cara berikut dapat dicuba untuk mendapatkan tidur malam yang lebih nyenyak:





1) Hentikan aktiviti tubuh 4 jam sebelum tidur
Senaman yang terlalu hampir dengan waktu tidur jelas akan menganggu kerana tubuh memerlukan selang waktu untuk berehat sejenak setelah melakukan aktiviti.

2) Melakukan rutin santai sebelum tidur.  
Suasana santai akan menjadikan anda berasa lebih selesa, fikiran akan lebih tenang sehingga tubuh menjadi lebih mudah berehat dan tertidur.

3) Jangan memaksa diri untk tidur.
Jika mata anda tidak juga terpejam setelah 20-30 minit berbaring, bangkitlah dan pergi ke ruang lain. Carilah aktivti yang menenangkan misalnya mendengar muzik atau membaca. Jika anda mulai mengantuk bergegaslah masuk tidur.

4)Jangan minum terlalu banyak.
Cecair sangat diperlukan selama masa hamil tetapi sebaiknya anda mengatur keperluan cecair ini dengan banyak minum pada waktu siang dan semakin berkurangan ketika hampir waktu tidur. Perkara ini akan sangat membantu anda mengurangkan jumlah gangguan tidur kerana pergi ke tandas dengan kerap pada malam hari.

5)Tidur mengiring.
Lakukan perkara ini sejak trimister pertama. Pakar megatakan bahawa kedudukan tidur mengiring membantu melancarkan aliran darah dan nutrisi pada janin dan rahim, juga membantu ginjal mengeluarkan bahan yang tidak diperlukan.




PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.