Thursday 15 August 2013

Apakah yang boleh dilakukan agar ibu dapat tidur nyenyak semasa hamil??

Jika anda merasa sangat kurang tidur malam,selain saranan yang biasanya diberikan seperti mengelakkan alkohol,tembakau, mengatur suasana bilik yang selesa, beberapa cara berikut dapat dicuba untuk mendapatkan tidur malam yang lebih nyenyak:





1) Hentikan aktiviti tubuh 4 jam sebelum tidur
Senaman yang terlalu hampir dengan waktu tidur jelas akan menganggu kerana tubuh memerlukan selang waktu untuk berehat sejenak setelah melakukan aktiviti.

2) Melakukan rutin santai sebelum tidur.  
Suasana santai akan menjadikan anda berasa lebih selesa, fikiran akan lebih tenang sehingga tubuh menjadi lebih mudah berehat dan tertidur.

3) Jangan memaksa diri untk tidur.
Jika mata anda tidak juga terpejam setelah 20-30 minit berbaring, bangkitlah dan pergi ke ruang lain. Carilah aktivti yang menenangkan misalnya mendengar muzik atau membaca. Jika anda mulai mengantuk bergegaslah masuk tidur.

4)Jangan minum terlalu banyak.
Cecair sangat diperlukan selama masa hamil tetapi sebaiknya anda mengatur keperluan cecair ini dengan banyak minum pada waktu siang dan semakin berkurangan ketika hampir waktu tidur. Perkara ini akan sangat membantu anda mengurangkan jumlah gangguan tidur kerana pergi ke tandas dengan kerap pada malam hari.

5)Tidur mengiring.
Lakukan perkara ini sejak trimister pertama. Pakar megatakan bahawa kedudukan tidur mengiring membantu melancarkan aliran darah dan nutrisi pada janin dan rahim, juga membantu ginjal mengeluarkan bahan yang tidak diperlukan.




PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

No comments :

Post a Comment