Wednesday 22 January 2014

PERHATIAN PENTING:BAGI MEREKA YG ADA MASALAH JERAGAT!!

Masalah jeragat di kalangan wanita ni sangat sukar untuk diatasi kan??..mmg sukar nak cari jalan untuk merawat masalah jeragat ni kerana ianya berlaku dari lapisan bawah kulit kita bukan nye di luaran kulit...So mmg payah amat lah nk hilangkan nya...even rawatan laser pun belum tentu dapat hilang kan jeragat ni sepenuhnya...

Actually saja nak share entry ni dengan korang semua..takut korang pun ada masalah yang sama dengan saya...Mcam saya dulu pun tak tahu sangat pasal jeragat ni semua...pakai hentam je beli produk yang ada di pasaran sebab terlalu ghairah nak hilang kan jeragat ni...rupanya tak semua produk tu sesuai dengan kulit kita...Sebelum cerita lebih panjang meh kita kenal dulu punca punca jeragat ni...dan sebab berlakunya tompok tompok hitam nih...

Punca2 jeragat yang dikenalpasti-

>Masalah jeragat dan parut hitam sering dialami oleh kebanyakan orang Asia. Jika tidak dirawat, tompok-tompok hitam ini akan semakin bertambah.Punca jeragat ialah daripada sel melanosit yang terlebih aktif dan mengeluarkan melanin yang berlebihan menyebabkan kulit bertompok-tompok hitam.




Antara sebab berlakunya tompok-tompok hitam ini adalah:
>Radang kulit sewaktu mengalami masalah jerawat, apabila jerawat kering, ia akan meninggalkan kesan hitam yang dikenali sebagai "post-inflammatory hyperpigmentation" (PIH)
>Perubahan hormon sewaktu mengandung dan menyusukan anak juga akan menyebabkan tompok-tompok hitam yang dikenali sebagai "melasma".
>Addison's disease yang disebabkan kalenjar adrenal yang tidak berfungsi untuk mengeluarkan hormon steroid dalam badan juga akan mengakibatkan jeragat.
>Penggunaan pil perancang dan tabiat merokok juga boleh menyebabkan jeragat.
>Pendedahan kulit kepada cahaya matahari setelah beberapa tahun akan memberi kesan tompok-tompok hitam yang akan bertambah yang dikenali sebagai "age spots", "freckles" dan"lentigenes". Perbezaan antara age-spots, freckles dan lentigenes ialah saiznya.

Selain sebab sebab di atas...wanita yang mengalami masalah jeragat ni sangat tidak digalakkan mengambil sebarang produk yang boleh menipiskan kulit muka..yang mana produk yang boleh mengelupaskan kulit ni mengandungi hidrokinon yang tinggi...mmg lah bila pakai tu kulit nmpk merah2 n pinkish gituuu...kononnya oklah kan?? Tp sngat bahaya ye utk kita...Bila kulit mengelupas, jadi kulit akan semakin nipis, sensitif dan berbahaya jika terdedah kepada pancaran cahaya matahari (sinar UV).sebab itu mereka yang ada jeragat ni jeragat itu akan bertambah bila terdedah dgn cahaya matahari..ohhhhh noooo!!!

Satu lagi penggunaan pil hormon atau pil perangcang pun boleh bg effect dan menyebabkan jeragat...hurmmmm ye ke?? So becareful ye...

Moral of the story:
Jangan pakai produk kecantikan sebarangan mungkin sekarang nampak halus mulus, meletop kau memang "da bomb" tapi akan datang???lebih2 lagi elakkan produk yang mengelupas nanti kulit semakin nipis dan bahaya kalau terdedah dengan pancaran matahari (sinar UV). Kalau ambil ubat hormon pun tanya pada Doktor ada kesan sampingan atau tak. Kalau boleh kalau dah berkahwin, pil perancang pun elakkan sebab rupa-rupanya pengambilan pil ini yang menyebabkan muka ini ada jeragat.

Apa yang paling penting untuk kita yang ada masalah jeragat ni MAKE SURE sentiasa memakai sunblock/sunscreen SEBELUM keluar rumah....pakailah SPF 50 ke atas,terutamanya yang ada jeragat sebab jeragat akan lebih banyak kalau tak lindung kulit dari pancaran matahari..

TIPS saya BAGI mereka yang ada masalah JERAGAT
* sentiasa memakai sunblock/sunscreen sebelum keluar rumah seeloknya yg mengandungi SPF 30 ke atas
* elakkan terdedah terlalu lama di bawah sinar cahaya matahari
* jgn sesekali menggunakan produk yang boleh menipis kan kulit muka
* rawat kulit dari dalam ...amalkan GLA Shaklee, Collagen powder Shaklee n ESP Shaklee...


Be Healthy ᕙ(`▽´)ᕗ
Puan Siti -ID 866977
0122257055 
Email :siti.hasmah26@yahoo.com
http://jomhealthywithme.blogspot.com/










PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.