Monday, 17 February 2014

Apa itu Shaklee? Apa keistimewaan Shaklee


Keistimewaan Shaklee


Falsafah Produk Shaklee
Selama lebih 50 tahun, generasi demi generasi telah bergantung pada Shaklee kerana telah membuat sesuatu yang berbeza dari yang lain iaitu mencipta produk yang SELAMAT dan terbukti BERKESAN.









Misi kami di Shaklee ialah memberikan kehidupan yang lebih baik dan sihat kepada sesiapa sahaja. Kami membantu dengan cara mengeluarkan produk-produk kesihatan yang terunggul dan anda akan rugi sekiranya tidak berkongsi dengan rakan-rakan mengenainya. Setiap produk yang kami keluarkan telah direka cipta untuk memperbaiki taraf kesihatan tanpa kompromi dan tidak merosakkan alam sekitar.

Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI. 

SENTIASA SELAMAT
Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Syarat 
Kami memulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.

Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk kami adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan kami benar-benar pasti bahawa Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. Terjamin.

Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Tandingan:
Beberapa senarai TIDAK Shaklee:

TIDAK Mengandungi Paraben
TIDAK Mengandungi Triklosan
TIDAK Mengandungi Phthalates
TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
TIDAK Mengandungi Glikol
TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
TIDAK Mengandungi Ammonia
TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
TIDAK Mengandungi Formaldehyde
TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
TIDAK Mengandungi Toulene
TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
TIDAK Mengandungi Pewarna
TIDAK Mengandungi Lemak Trans
TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang

SENTIASA BERKESAN
Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Efektif
Banyak syarikat mendakwa produk-produk mereka berkesan tetapi di Shaklee, kami mempunyai bukti. Anda akan temuinya di dalam lebih 100 kertas kajian saintifik, 90 darinya telah diterbitkan di dalam majalah-majalah, yang telah membuktikan keberkesanan bagi produk-produk Shaklee. Anda boleh temuinya melalui lebih 300 juta USD pelaburan dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk. Anda juga boleh temuinya melalui ’Landmark Study 2007’ yang dikendalikan dengan kerjasama penyelidik-penyelidik daripada UC. Barkeley School Public Health menunjukkan mereka yang mengambil produk tambahan Shaklee terbukti jelas mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang mengambil jenama multivitamin yang lain.

Dan kami membuktikannya melalui 54 pingat emas yang dimenangi oleh Shaklee setanding dengan kehebatan atlet-atlet terbaik dunia. Dan lagi, bukti yang benar-benar menyakinkan antara semua ini adalah di dalam berjuta-juta orang yang mempunyai kehidupan yang sihat, di antaranya adalah disebabkan mereka menjadi produktif disebabkan oleh Shaklee. Sebelum sebarang produk Shaklee menjadi milik anda, kami telah bekerja keras untuk memastikan ianya terbukti dan apa yang kami katakan adalah benar.

Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Hebat

$300 juta USD telah dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji
Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga
7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee
Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4
Ekpedisi Artik Antarabangsa
54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee
Shaklee juga memperkasa atlit termasuk kumpulan peluncur ais, acara pentatelon Eli 
Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson, perenang Carly Piper, pemain Golf
LPGA Reilley Rankin dan pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil 
produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum.

SENTIASA MESRA ALAM
Kami Menjadi Peneraju dan Contoh dalam Memulihara Alam Sekitar 
Dr. Forrest Shaklee: Syarikat kami mempunyai prinsip hidup harmoni dengan alam semulajadi®. Kenyataan itu telah digunakan lebih daripada separuh abad yang lepas dan kami masih terus menerajui sebagai contoh kepada yang lain. Kami adalah syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar. Ibu Pejabat Korporat kami telah memenangi anugerah bagi reka bentuk persekitarannya. Melalui penjualan Rangkaian produk pencuci Shaklee Get Clean® Basic H²® dalam tahun lepas sahaja, Shaklee telah menyingkirkan 2.7 bilion botol-botol konvensional 26 auns pencuci tingkap. Sekiranya disambungkan dari hujung ke hujung, botol-botol ini akan membaluti sekitar bumi lebih daripada 28 kali!

Bermula dari Penjelajah Jacques Cousteau dan seterusnya Dr.Wangari Maathai iaitu pemenang Nobel Peace pada tahun 2004, Shaklee meneruskan perjuangannya dengan bekerjasama bersama mereka yang menyayangi bumi bagi menghasilkan satu perubahan. Dalam tahun lepas sahaja, kami telah mengitarsemula lebih 1,000,000 paun kadbod, menyingkirkan lebih 10,200,000 paun sisa pembungkusan dan menyingkirkan lebih 23,000,000 paun gas rumah hijau. Ini menunjukkan bagaimana kami benar-benar bersungguh-sungguh bagi menghasilkan produk semulajadi yang berupaya melindungi bumi.

Kami Menjadi Peneraju dan Teladan dalam Memulihara Alam Sekitar

Kami merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar.
Shaklee telah menanam hampir 800,000 pokok bagi kempen A Million Trees. A Million DreamsTM dengan kerjasama pemegang The Green Belt Movement yang diasaskan pada tahun 2004 dan pemenang Nobel Peace Laureate Dr. Wangari Maathai
Pada tahun lepas sahaja, Shaklee telah berjaya:
Mengitar semula lebih 1,000,000 pauns kertas kadbod
Menghapuskan 10,200,000 pauns sampah pembungkusan
Menghapuskan 23,000,000 pauns gas rumah hijau
Shaklee merupakan penerima anugerah alam sekitar yang berprestij bagi anugerah-anugerah berikut:
2008: Anugerah Stevie bagi Program Tanggungjawab Korporat Terhadap Alam Sekitar Terbaik
2007: Anugerah Rekabentuk Organisasi Hijau Global Amerika
2003: Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar Kebangsaan daripada Persatuan Alam Sekitar Professional Kebangsaan
2002: Anugerah Agensi Melindungi Alam Sekitar bagi Perlindungan Climate
2001: Anugerah Kepimpinan Gabenor Ekonomi dan Alam Sekitar- Sijil Penghargaan
daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar California


Sumber: shaklee.com.my

PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

Tuesday, 11 February 2014

Resepi wrap telur dan resepi salad wrap..breakfast for two!!

Salam semua..hari ni saja nak share cara cara nak buat wrap telur dan wrap salad ynag SENANG,RINGKAS dan HEALTHY sesuai utk mereka yang tidak gemar memakan makanan yang berat ketika BFAST...


Bahan2 hannya;
Roti tortila whole meal
Salad
Telur ( scramble egg)
Seewed

Cara-caranya;
Panaskan roti tortilla dlm pan. Kemudian letakkan diatas pinggan dan isikan dengan telur,salad dan seewed itu tadi...dah cukup bahan boleh lah gulung.....taraaaaa.....dah siap....untuk Abid si kecik saya hanya letak kan scramble egg sedikit salad dan sedikit seewed sesuai utk dia...;)

Try lah k....besttttt,!!!



PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

Monday, 10 February 2014

Bila masa yang sesuai untuk makan vitamin?? Wajib baca!!




Kita sedia maklum kebanyakan antara kita ni yang jarang mengambil sayuran dan buah -buahan. Untuk menutupi kekurangan zat dalam badan kita ni so highly recommended untuk kita mengambil supplements.

Utk mendapat kebaikan dari supplement yang kita ambil tu kita haruslah mengetahui yang mana satu vitamin yg perlu diambil bersama sama makanan dan yang mana satu boleh dimakan dengan perut yang kosong..Semuanya bergantung kepada jenis vitamin yang kita ambil.

Jika anda terpaksa mengambil vitamin dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa..pastikan anda sudah pun mengambil makanan sebelum itu dengan kuantiti yang banyak juga agar vitamin tersebut dapat diserap sepenuhnya dalam badan kita..

Sesetengah vitamin spt VIT A, D, E dan K adalah vitamin larut lemak.Jadi kita memerlukan makanan dari sayuran ataupun daging supaya vitamin ini dapat diserap sepenuhnya dan wajib untuk kita ambil vitamin bersama sama makanan..

Bcomplex juga disarankan agar diambil ber sama makanan agar perut tidak berada dlm keadaan terganggu.

Jika anda mengambil supplement kalsium,ambil lah sebelum tidur.Kalsium terbukti dapat membuatkan kita tidur nyenyak dan dalam masa yang sama  dapat menguatkan tulang kita semasa tidur.

Manakala bagi mereka mereka yang mengambil herbal remedies ataupun priobiotics disarankan agar diambil ketika perut kosong utk penyerapan yang optimum. Begitu juga dengan iron supplement.

Akhir sekali utk mereka yang mengambil multivitamin wajib utk mengambilnya bersama sama makanan..anda boleh mengambil bersama bfast yang ringan dan tidak terlalu berminyak..untuk mengelakkan perut tidak selesa dan sesetengahnya boleh menyebabkan muntah jika diambil ketika perut kosong.

So sekarang anda sudah pun  mengetahui vitamin apa yang sesuai utk diambil ketika perut kosong ataupun wajib diambil bersama makanan..Ini penting agar vitamin yang kita ambil itu tidak membazir begitu sahaja.


PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

Pil kalsium terbaik adalah Ostematrix Shaklee

Salam semua....baru2 ni kureng amik kalsium rsa lenguh sangt badan badan nih...nak minum susu...susu pulak dh habis....tp mujur ada pil kalsium Shaklee...sebelum tido mkn 4 biji...tidor nyenyak best je.... Esok plak bangun pagi2 pula tersangat lah bestnye...hilang rasa lenguh2 badan nih....

Dulu time kerja selalu lenguh bahu2 ni...mcm bawak barang berat....jumpa doc panel die kata kurang kalsium...rasernya dah byk dah minum susu...tp still sakit...tp buat dono je lah tak plak rasa nk pergi cr supplement ke apa...sebab tak tahu pun sebenarnya ada pil kalsium hahhahaa...

Sekarang dah kenal Shaklee dah tahu mana satu pil kalsium yang bagus dan mana yang tidak...kalau anda nak tahu pasal pil kalsium Shaklee meh baca entry saya ni....


Pil kalsium Shaklee satu satunya vitamin yang mengandungi vitamin D dan magnesium yg dpt menyerap sepenuhnya kalsium ke dalam tulang..so xdk lah terkumpul di dlm buah pinggang, bahagian2 otot ataupun jantung yg akhirnya membentuk batu karang..

Untuk mempertingkatkan lagi penyerapan kalsium, makanan dan minuman ini hendaklah dijauhkan :

-Pengambilan daging, makanan yang tinggi dengan protein dan makanan yang berasid mempercepatkan proses osteoporosis. Oleh itu ia hendaklah dikurangkan terutamanya oleh mereka yang berisiko tinggi mengalami osteoporosis.

-Pengambilan air berkaffein dan alkohol mempercepatkan pengeluaran kalsium dari badan melalui air kencing.

-Pengambilan kalsium bersama-sama produk yang tinggi dengan lemak seperti coklat adalah sangat tidak digalakkan. Oxalic acid yang terdapat di dalam coklat akan bertindak balas dengan kalsium dan membentuk batu karang.

-Pengambilan garam yang tinggi menyebabkan kalsium lebih banyak dikeluarkan dari sistem badan kita.

-Penggunaan ubat steroid seperti Prednisolone akan menyebabkan struktur tulang menjadi lemah.

Ostematrix membekalkan:
-1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
-400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
-400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

Ostematrix ni merupakan tablet bersalut yang diformulasikan supaya mudah ditelan. Untuk kesan terbaik, anda disarankan untuk ambil 4 biji sehari beserta makanan.

Siapa yang perlukan Ostematrix?
- Ibu hamil
- Ibu menyusu....juga turut membantu dalam penghasilan susu
- Orang yang tak suka / tak minum susu
- Orang tua 
- Orang yang mementingkan kesihatan tulang mereka.


PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

Sunday, 9 February 2014

Candy buffet for birthday party Abid - his second years


Alhamdulillah..semalam buat birthday party untuk my son Abid yang ke 2 thun....apa yang saya plan alhamdulillah semuanya menjadi....kek yang cantik dan candy buffet yang best....terima kasih kepada para sahabat ,sedara mara dan family kat kg yang dtg memeriahkan majlis ini....;)

Masa Abid 1st year sambut ngn family je...almaklumlah Abid pun still kecik ...nk tiup lilin pun xpndai lgi kan?? So once his turn to 2.... Semua dah pandai...dah tau mkn kek ...cmne nk tiup lilin semua...tau dah birthday song...hurmmmmm dah besar ank ibu sorang ni...Kejap je masa berlalu...

Yang paling raser bersyukur lagi...saya akhirnya berjaya complete kan journey penyusuan saya ...wowwww weeeeee!!...tapi xcerai susu lgi ni...biar sikit lgi kot...sementara Abid tk dapat Adik lagi...so biar die puas dulu mnyusu badan dan manja dgn saya ..hihihi....

Jemput lah view a few gmbar yng sempat saya kongsikan dengan anda semua..selebihnya boleh view Fb personal saya lah ek,..hihi....Candy buffet boleh lah tempah kat jajanborong.com....dieorg sangat frendly and package diorg sgt affordable....plus cntik pulak tuh....

Utk kek pulak saya tempah dekat cousin kwn saya....blog rasanya dia tak dak...tapi Fb die Eri Shadzrin...die duk kat sri kembangan...tapi kek mmg kena pi rumah dia amik...tapi berbaloi utk saya walaupun jauh tpi hasilnya tidak menghampakan...u olls pun boleh tgk kan betapa cutenye kek dia buat..;)

Oklah jom layannnnzzzz.....













PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.