Monday 10 February 2014

Bila masa yang sesuai untuk makan vitamin?? Wajib baca!!




Kita sedia maklum kebanyakan antara kita ni yang jarang mengambil sayuran dan buah -buahan. Untuk menutupi kekurangan zat dalam badan kita ni so highly recommended untuk kita mengambil supplements.

Utk mendapat kebaikan dari supplement yang kita ambil tu kita haruslah mengetahui yang mana satu vitamin yg perlu diambil bersama sama makanan dan yang mana satu boleh dimakan dengan perut yang kosong..Semuanya bergantung kepada jenis vitamin yang kita ambil.

Jika anda terpaksa mengambil vitamin dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa..pastikan anda sudah pun mengambil makanan sebelum itu dengan kuantiti yang banyak juga agar vitamin tersebut dapat diserap sepenuhnya dalam badan kita..

Sesetengah vitamin spt VIT A, D, E dan K adalah vitamin larut lemak.Jadi kita memerlukan makanan dari sayuran ataupun daging supaya vitamin ini dapat diserap sepenuhnya dan wajib untuk kita ambil vitamin bersama sama makanan..

Bcomplex juga disarankan agar diambil ber sama makanan agar perut tidak berada dlm keadaan terganggu.

Jika anda mengambil supplement kalsium,ambil lah sebelum tidur.Kalsium terbukti dapat membuatkan kita tidur nyenyak dan dalam masa yang sama  dapat menguatkan tulang kita semasa tidur.

Manakala bagi mereka mereka yang mengambil herbal remedies ataupun priobiotics disarankan agar diambil ketika perut kosong utk penyerapan yang optimum. Begitu juga dengan iron supplement.

Akhir sekali utk mereka yang mengambil multivitamin wajib utk mengambilnya bersama sama makanan..anda boleh mengambil bersama bfast yang ringan dan tidak terlalu berminyak..untuk mengelakkan perut tidak selesa dan sesetengahnya boleh menyebabkan muntah jika diambil ketika perut kosong.

So sekarang anda sudah pun  mengetahui vitamin apa yang sesuai utk diambil ketika perut kosong ataupun wajib diambil bersama makanan..Ini penting agar vitamin yang kita ambil itu tidak membazir begitu sahaja.


PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

No comments :

Post a Comment