Friday, 12 July 2013

HEALING CRISIS- Adakah anda rasa semakin teruk setelah mengambil produk Shaklee kami?





Ketahui lah bahawa ianya merupakan petanda yang baik bagi anda atau ianya dinamakan krisis penyembuhan...Dinasihatkan agar anda jangan mudah panik..boleh hubungi agent anda untuk mendapatkan konsultansi daripada mereka..Kebiasaannya kami akan mencadangkan agar anda meneruskan pengambilan seperti biasa dan tingkatkan dos pengambilan air putih sekurang-kurang 3liter sehari...Anda ingin tahu ape itu krisis penyembuhan?? Jom baca..gali dan gali...

Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan?

A:Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.

Q:Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan?

A:Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.

Q:Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik?

A:Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.

Q:Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan?

A:Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.

Q:Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?

A:Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.

Q:Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?

A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:

  1. Tidak mengamalkannya setiap hari
  2. Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
  3. Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
  4. Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
  5. Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
  6. Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
  7. Mengalami masalah emosi

Tanda-tanda & Penyebab Krisis Pemulihan
Memahami Krisis Penyembuhan dan Petanda serta Simptom:

Krisis Penyembuhan                                                        
Sakit kepala yang melampau                                   
Penerangan / Penyebab
Tekanan darah tinggi, petanda menyahtoksin

Krisis Penyembuhan   
Demam, tidak cukup rehat                                  
Penerangan / Penyebab
Meningkatkan metabolisma,merangsang fungsi imunisasi badan

Krisis Penyembuhan  
Cirit-birit, meningkatkan pergerakan usus, najis berbau, air kencing berbau buangan dan sisa-sisa dalam usus besar
Penerangan / Penyebab
Petanda bagi menyahtoksin,menghimpunkan bahan

Krisis Penyembuhan 
Kembung perut   
Penerangan / Penyebab                                      
Sistem penghadaman yang lemah

Krisis Penyembuhan
Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir      
Penerangan / Penyebab  
Fungsi hati yang lemah, usus besar  yang tidak sihat dan sistem pembersihan

Krisis Penyembuhan
Penghasilan lendir seperti selsema,                    
Penerangan / Penyebab  
Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin

Krisis Penyembuhan
Rasa sakit pada otot dan sendi                           
Penerangan / Penyebab  
Badan berasid, toksin terkumpul dibahagian yang sakit

Krisis Penyembuhan
Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif            
Penerangan / Penyebab
Sistem saraf yang lemah

Krisis Penyembuhan
Kitaran haid yang tidak menentu,perubahan waktu kitaran haid, kegatalan pada alat sulit, penghasilan lendiran yang banyak
Penerangan / Penyebab
Hormon yang tidak seimbang /penyakit buasir

Krisis Penyembuhan
Lapar, Pening                                                      
Penerangan / Penyebab
Tekanan darah rendah, anaemia

Krisis Penyembuhan 
Loya, sembelit, tersedu                                       
Penerangan / Penyebab
Sistem hadaman yang lemah, masalah hati

Krisis Penyembuhan 
Edema (membengkak)                                        
Penerangan / Penyebab
Masalah buah pinggang


Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity




PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

Wednesday, 10 July 2013

Teknik power pumping benarkah memang berkesan??

Rata- rata bila mengutarakan masalah susu merundum ramai yang menyarankan agar melakukan kaedah power pumping...Tahukah anda bahawa kaedah power pumping ini sangat-sangat membantu bagi mereka yang mengalami masalah susu merundum? Anda nak tahu kenapa jom kita baca lebih lanjut mengenai kaedah power pumping ni...
 
Power Pumping
Merupakan satu teknik mengepam untuk menambah penghasilan susu ibu. Ianya menekankan konsep asas penyusuan iaitu "demand vs supply" di mana teknik ini meniru cara bayi menyusu dengan kerap. Secara asasnya, penghasilan susu ibu bertambah apabila permintaan meningkat.


 

Siapa yang Perlukan Power Pumping?
  1. Ibu yang ingin menambah atau meningkatkan penghasilan susu terutama apabila susu semakin kurang akibat dari perubahan hormon, datang bulan, bayi kurang menyusu dan ibu sendiri sudah mula kurang mengepam
  2. Power pumping juga dilakukan oleh ibu yang ingin "relaktasi"iaitu menyusukan semula anak setelah berhenti seketika atas sebab tertentu
  3. Wanita yang ingin menyusukan anak angkat harus melakukan power pumping di samping persediaan yang lain
 
Masa Yang Sesuai Nak Buat Power Pumping

Masa yang disarankan ialah antara tengah malam iaitu dalam pukul 12.00 tgh malam atau 1.00 pagi sehingga waktu subuh. Ini kerana, hormon prolaktin amat tinggi pada waktu ini. Prolaktin merupakan hormon yang membantu penghasilan susu ibu.
 
Cara Melakukan Power Pumping

Power pumping boleh dilakukan dengan pam manual atau elektrik. Caranya:
 
Single Pump

Pam sebelah kanan selama 10 minit, kemudian sebelah kiri 10 minit, tukar lagi sebelah kanan 10 minit dan seterusnya bertukar2 sehingga cukup 1 jam.

Double Pump

Pam selama 10 minit, rehat 10 minit, pam semula selama 10 minit dan ulangi proses tadi sehingga cukup 1 jam.


Bagaimana Teknik Power Pumping Menambah Penghasilan Susu Ibu?

Peraturan asas dalam penghasilan susu ibu ialah "demand vs supply" yakni semakin banyak permintaan, semakin banyak penawaran. Apabila payudara dikosongkan dengan kerap, isyarat akan dihantar ke otak bahawa susu tidak mencukupi, oleh itu, otak akan menghantar arahan kepada sel2 yang menghasilkan susu supaya susu dihasilkan lebih kerap dan banyak.


Berapa Lama Masa diambil Untuk Melihat Pertambahan Susu

Power pumping juga memerlukan sedikit masa untuk menambah penghasilan susu. Biasanya, anda akan nampak hasilnya dalam masa seminggu. Bagi ibu2 yang ingin relaktasi atau menyusukan anak angkat, masa yang diperlukan adalah lebih lama untuk melihat kesannya.




Untuk melihat keberkesanan power pumping, ibu harus konsisten melakukannya. Tidak dinafikan, ianya memenatkan apatah lagi dilakukan pada waktu tgh mlm dan awal pagi. Tapi, nak bagi yang terbaik untuk anak, pengorbanan ibu sememangnya tak ternilai. Saya sendiri perlukan bantuan supplemen Shaklee untuk memastikan saya kekal cergas, bertenaga dan tak stress akibat tak cukup tidur. Shaklee Wellness Set bersama Alfalfa dan Ostematrix amat membantu saya kekal cergas, bertenaga, malah senang bangun pagi walaupun tak cukup tidur. Susu pon maintain je dengan bantuan Shaklee ni.Jika anda ibu2 yang bekerja , pasti paham macammana penatnya bukan :) tapi jadi housewife pun penat juga tau..;0

Jadi bagi membantu kita melaksanakan misi penyusuan susu ibu, adalah disarankan untuk mengambil supplemen. Kita taknaklah disebabkan si ibu berusaha gigih nak menyusukan bayi, tapi akibatnya ibu nampak lesu, kulit kusam, stress, tulang mereput lebih awal, gigi hilang dan kelihatan lebih tua dari usia sebenar.
 

Konsultasi eksklusif untuk pelanggan yang membeli produk Shaklee dari saya :)

 


PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

Set Mighty Tripple Gem sangat membantu Ibu yang menyusu dan juga ibu hamil...

Testimoni sendiri...
 
Bagi yang menyusukan anak, anda tahu bagaimana lapar dan dahaganya si ibu. Ini kerana ibu menyusu memerlukan lebih kalori dan air untuk penghasilan susu.Semasa menyusukan Abid tahun 2012, ibadah puasa saya tidak lengkap kerana saya tidak lagi mencuba sendiri Set Mighty Gems ni. Adakalanya saya terpaksa berbuka kerana begitu letih dan tidak bermaya dan tambahan susu merudum teruk semasa berpuasa.Sebelum masuknya Ramadhan tahun 2013 ni saya bernekad untuk mencuba sendiri Set Mighty Gems ni untuk menggada'kan puasa yang tertunggak.. WOW memang saya sangat-sangat teruja kerana saya dapat menyempurnakan qada' puasa tanpa masalah lapar dan dahaga yang melampau. Syukur, alhamdulillah.

Jadi, apa yang saya ambil supaya saya kekal bertenaga dan susu tak merudum walau berpuasa?
 
 
 
Set Mighty Triple Gems dari Shaklee sangat2 membantu saya semasa berpuasa. Tubuh sentiasa bertenaga, dan takdela lapar yang melampau2 cam dulu. Set ini terdiri daripada Performance Drink, ESP dan Mealshake. Campurkan ketiga2nya dan ambil semasa bersahur, memang amat mebantu kita yang berpuasa. Bukan saje untuk ibu menyusu, set Triple Gems ni sesuai untuk sesiapa sahaja.


Tak percaya? Apa kata anda cuba sendiri...baru tahu kebenarannya...
 
 

PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

Tips untuk wanita hamil dan ibu menyusu agar bertenaga sepanjang berpuasa..

MENU BERBUKA
 
Tiada pelan makanan khas yang perlu anda ikuti, tetapi anda boleh mencuba tip-tip berikut sebagai cara terbaik untuk berbuka. Mulakan dengan:
-tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah);
-susu atau yogurt rendah lemak;
-sup jernih.
                          
 
Kemudian, makanlah hidangan seimbang yang mengandungi:
-sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera;
-protein daripada ayam, daging atau ikan, atau lentil, kacang pis atau kekacang;
-karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh;
dan, banyak sayur-sayuran.



Elakkan hidangan BERLEMAK TINGGI untuk mencegah pertambahan berat, pengambilan makanan kurang berkhasiat dan mengalami ketakcernaan.



MENU SAHUR
 
Bersahur sangat penting jika anda berpuasa. Ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang. Jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan anda dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang. Ia juga akan mengurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk.
 
Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi:
-nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari atau korma cair;
-bijirin berserat tinggi spt oat dengan susu skim rendah lemak;
-dan, buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.



-Elakkan MEMINUM TEH semasa sahur kerana ia boleh membuat anda ternyahhidrat.
 
                              



Minumlah jus buah-buahan segar dan BUKANNYA minuman bergas, kopi atau teh. Minuman smoothie yang mengandungi susu, yogurt, ais dan buah adalah minuman yang menyegarkan dan membekalkan banyak keperluan buah-buahan harian anda. Sup sayur-sayuran pula membolehkan anda makan sayur-sayuran berbeza dan memberi vitamin, mineral dan serat tambahan dalam diet anda.
 
Untuk mengekalkan kesihatan semasa berpuasa, amalkanlah tip-tip di atas semasa makan, dan:
-Selepas berbuka, berehat seketika, kemudian bangun dan berjalan-jalan.
-Lakukanlah aktiviti-aktiviti ringan.
-Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tetapi pastikan anda bangun dan makan sahur.
-Minum banyak air selepas berbuka dan sebelum bersahur untuk mengelakkan nyahhidrat.
 
 
                                 


PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

Puasa -6 golongan mendapat rukhsah puasa

Sekadar catatan tambahan untuk pengetahuan kita semua, ada 6 golongan yang mendapat rukhsah puasa:
 
1. Orang yang musafir yang tiada tenaga dalam musafirnya oleh berbuka dan wajib ia ganti puasa tersebut. (Kalau balik kampung driving, lepas tu letih sangat rasa nak pengsan, diberi kelonggaran berbuka. Jarak mestilah melebihi 1 marhalah atau 84km)
 
2. Orang yang uzur seperti orang tua yang tidak mempunyai kekuatan untuk berpuasa.
 
3. Ibu yang menyusu anaknya, kalau di dapati ibu tersebut lemah disebabkan anaknya menyusu dan lemah disebabkan puasa, maka ibu tersebut boleh berbuka puasanya.

 
(Bukan sebab takut susu anak tak cukup, tapi sebab diri ibu sendiri dah memang macam nak pitam. Kalau takut susu anak tak cukup, sila guna stok EBM dan simpan stok awal-awal dari sekarang bersama Set Breastfeeding Shaklee ^_^)
 
4. Orang Islam yang pergi berperang dan berhadapan dengan musuh Islam, maka dibolehkan mereka berbuka untuk memberikan kekuatan kepada mereka melawan musuh Islam.
 
5. Orang yang sakit dan dinasihatkan oleh doktor perubatan bahawa beliau tidak perlu puasa dan jika ia puasa sakitnya lebih teruk lagi.
 
6. Wanita yang hamil dan dinasihatkan oleh doktor supaya tidak berpuasa, kerana dikuatiri dirinya menjadi lemah dan akan membahayakan kandungannya, maka wanita itu tidak wajib berpuasa.

 

 

PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.