Tuesday 25 February 2014

Surah yang boleh diamalkan dan pemakanan yang sihat ketika mengandung

Salam semua....arini nk berkongsi tips buat anda semua yang merancang utk hamil ataupun yang br sahaja disahkan hamil....Actually ni tips utk para bakal ibu yang ingin kn cahaya mata yang cantik,handsome,beriman,cerdik dan memiliki budi pekerti yang tinggi...

Tengoklah anak farid kamil dengan diana daniel nih..hensem kan??... Geram betul tgk..ye lah mungkin faktor genetik juga sebab mak ayah die hensem dan cun...hehehe...tapi kita boleh juga usaha...banyak juga surah2 amalan yang boleh kita amalkan jika nak dapat anak yang soleh dan solehah , cerdik dan hensem2 ni....:)

Jom layan dulu pic anak farid kamil dan pasangannya nih...







Saya pun masa mengandungkan Abid mmg sentiasa amalkn surah2 berikut dan pemakanan yang sihat ketika hamil...Mmg permulaan hamil dulu rasanya 2-3 kali je muntah tapi x lah teruk sangat...lps tu masuk buln pertama saya start tiada selera makan sampai lah saya masuk buln ke 5-6 jika tak silap..ada lh bertambah sikit selera tu...risau jugak lah takut baby kurang khasiat n berat bby x normal...tapi alhamdulillah dengan izin Allah progress baby okey sihat dan normal...

Ini antara surah2 yang bagus untuk diamalkan semasa mengandung, antaranya:

Surah Yusuf - untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
Surah Luqman – untuk anak yang cerdik
Surah Yaasin – untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin
Surah al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu
dan sebagainya.

Ada yang mengatakan membaca surah Luqman pada trimester pertama adalah seperti doa supaya anak kita menjadi bijak dan mulia budi pekerti seperti Luqman Al Hakim. Insyaallah...:)... Bila masuk trimister kedua saya amalkan membaca surah Yusof dan surah Maryam...bila dah pergi scan tahu bakal dapat baby boy saya pun lebih tekankan amalkan surah Yusof ketika hamil..hehehe...harap2 dapat baby hensem macam Nabi Yusof...:)


Bile nak due atau akhir kehamilan saya amalkan bacaan surah Yaasin untuk menyenangkn proses kelahiran...Masa ni jugak saya amalkan meminum air akar fatimah....tapi ada yang mengatakan ianya x elok...mungkin ada cr untuk meminumnya utk memudahkan proses kehamilan...tp saya dulu tak selidik betul2... Main minum aje..maklumlah tiada pengalaman bersalin hihi...just dengar ckp orang je..

Selain tu amalan pemakanan yang sihat pun jangan dilupakan ye ibu ibu...ni juga sangat penting supaya bayi dalam kndungan kita mendapat zat yng cukup...

Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.

Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.

Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:

Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan 
sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.
Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.


Selain itu anda juga boleh mengambil beberapa vitamin tertentu sebagai makanan tambahan bagi ibu dan bayi. Almaklumlah ada sesetengah ibu yang tidak ada selera makan kan? Macam saya lah hihi...

Kalau nak rasakan lebih bertenaga ketika hamil boleh cuba set preggy Shaklee ni..set ni jugak boleh teruskan pengambilan semasa berpantang dan juga ketika menyusu...so sgt berbaloi kalau nak beli...sebab ia bukan terhad ketika kita hamil saja...

Untuk SET HAMIL Shaklee boleh KLIK sini

Untuk testimoni para pengguna pula boleh TENGOK SINI


Untuk order boleh PM saya okey....
Puan Siti 
0122257055
siti.hasmah26@yahoo.com





PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

1 comment :