Tuesday, 30 July 2013

Tips kurangkan sakit ketika bersalin

Saat nak melahirkan macam2 yang kita akan fikirkan..Nak pulak macam saya pengalaman melahirkan anak sulung sangat mendebarkan.. excited pun ada.. yelah xsabar nak tatap anak yang baru lahirkan?? Saya banyak ambil pengalaman kawan kawan yang dah ada experience bersalin sebelum ni tak lupe juga google sana sini untuk tambah ilmu di dada.. Cheewaah!! So arini sy nak kongsikan tips2 bagaimana nak menghadapi sakit nak bersalin ni :



Pertama : Bertenang dan banyakkan membaca ayat suci Al-Quran kepada yang beragama islam. Selawat pun bole. Tapi yang lebih baik baca doa yang dibaca oleh nabi yunus ketika dalam perut ikan paus.

                 لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ 

      Dalam rumi : La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin.

Maksudnya : "Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim."

Doa ini juga boleh dibaca ketika dalam kesusahan.

Kedua : Sabar dan bersandarlah pada sesuatu benda contohnya bantal yang agak tebal atau kerusi berkusen.

Ketiga Apabila datang rasa sakit (kontraksi) tu, tarik nafas dalam2 pastu hembus. Ulang banyak kali sehingga rasa sakit itu hilang. Mengikut pengalaman saya, tips ni mmg sgt2 berguna dan akan mengurangkan sedikit rasa sakit semasa kontraksi nak bersalin tu. Yang ajarkan saya tips ni adalah ketua jururawat (sister) ketika saya berada dalam labour room.

Keempat : Bagi yang beragama islam, ingatlah sakit sewaktu hendak melahirkan anak (start dari kontraksi) sampailah sesudah bersalin, malaikat akan mencatatkan pahala jihad kepadanya. Dan jika dia meninggal ketika sedang melahirkan anak, maka dia akan mati syahid. Bukan tu saja, apabila selepas bersalin dia juga bersih daripada dosa macam bayi yang baru dilahirkan. maksudnya dosa2 dia dah dihapuskan oleh Allah. Subhanallah.. besarnya ganjaran org yang melahirkan anak ni kan?

Kelima : Walaupun rasa sakit dah datang, tapi tak masuk labour room lagi, bakal2 ibu/ ibu2 digalakkan memakan kurma.. xpun xdak sangat pun coklat cadburry pun jadilah..macam saya ambil kurma dan minum air selusuh..utk dapatkan tenaga ketika meneran nanti. Memanglah kalau waktu sakit tu tak mampu da nak makan/ minum apa2 tapi curi2lah masa kontraksi tu hilang sekejap. Waktu nak meneran nanti waktu yang paling penting. Kalau tak cukup tenaga nak teran nanti kesian kat baby. Ada kemungkinan lemas atau kena vakum pastu kepala dia lonjong. Kesian kat baby kita kan? Disebabkan kita, anak kita jadi mangsa. Baru nak keluar tgk dunia dah kena macam2.

Keenam Jika anda berada di dalam labour room dan ditemani oleh suami anda, anda bolehlah suruh dia tolong urutkan kaki anda. Ketika itu kaki akan terasa sgt2 lenguh. JANGAN urut dibahagian perut atau pinggang anda kerana ia akan menambahkan lagi rasa sakit / kontraksi itu. Ketika pergi kursus peneman di hospital melaka, nurse yang memberikan ceramah tentang tips-tips menghadapi kontraksi tu yang bagitahu. 

Akhir Kalau anda da try semua tips2 kat atas tu tapi tak berjaya jugak mengurangkan rasa sakit nk bersalin tu, anda bolehlah minta bantuan ubat tahan sakit dari doktor. Tetapi, KALAU BOLEH anda TIDAK DIGALAKKAN untuk mengambil epidural atau ubat2 yang membantu mengurangkan rasa sakit ketika bersalin. Sebab semua tu ada kesan sampingannya. Tapi ada juga sesetengah doktor mengatakan EPIDURAL sgt2 membantu. Macam pengalaman saya sendiri saya xsempat pun nak ambil EPIDURAL ni.. mmg plan nak ambil tup2 time nak ambil tu doktor yang handle tu ade emergency case dan bila die dah balik bukaan saya dah lebih so xboleh dah nk amik epidural tu..So semuanya tahan sendiri.. Sakit tu mmg sakitlah kan.. tapi at least dapat rasai pengalaman  tu kan??

So, saya berharap segala tips yang telah diberikan dapatlah membantu sedikit sebanyak kepada ibu2 yang bakal melahirkan anak mereka nanti. Apa yang dapat saya kongsikan, insyaALLAH saya akan kongsikan bersama semua pembaca blog ini. Jika ada sebarang komen atau ingin berkongsi pengalaman anda, jgn segan silu utk komen k.. Sehingga berjumpa lagi..


PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

No comments :

Post a Comment