Thursday, 18 July 2013

TIPS IBU HAMIL : Cara mengurangkan demam kuning kepada bayi baru lahir semasa ibu mengandung :

Terdapat beberapa tips untuk dikongsi bersama untuk mengelakkan demam kuning kepada bayi baru lahir..Tips ni boleh diamalkan semasa ibu mengandung telah amsuk trimester ke 3..

1. Jaga kesihatan semasa mengandung terutamanya apabila telah masuk trimester ke-3. Dapatkan rehat yang cukup, amalkan pemakanan yang baik dan makan supplement agar bayi mendapat zat yang cukup. Kelahiran bayi pra matang antara faktor berlakunya demam kuning.

2. Elak menggunakan ubat untuk bersalin. Cuba bersalin secara semula jadi. Bincang
dengan doktor berkenaan penggunaan ubat untuk bersalin. Penggunaan ubat semasa bersalin antara faktor penyebab demam kuning.

3. Bersedia secara fizikal dan mental semasa mengandung untuk menyusukan bayi sebaik sahaja bayi dilahirkan. Persediaan awal akan menyebabkan air susu akan lebih cepat dikeluarkan selepas bayi dilahirkan. Demam kuning akan berkurangan jika bayi selalu menyusu dan membuang najis serta air kencing. Bilirubin iaitu penyebab demam kuning akan dikeluarkan melalui najis dan air kencing bayi. (Dikatakan 98% akan dikeluarkan melalui najis bayi dan 2% melalui air kencing).

4. Minum air kelapa asli tanpa apa-apa campuran bahan lain bagi ibu mengandung. Air kelapa dikatakan boleh membuang toksin di dalam badan. Seterusnya menghasilkan air susu yang baik untuk bayi yang bakal dilahirkan. Bayi yang terkena demam kuning digalakkan untuk minum susu ibu.

5. Kurangkan pengambilan halia semasa masa bersalin sudah hampir tiba (dalam trimester ke tiga) dan juga selepas bersalin. Halia merupakan sejenis herba dan boleh menyebabkan bacaan demam kuning meningkat.

 




PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

No comments :

Post a Comment