Saya menemui satu artikel tentang ruam lampin yang saya kira berfaedah untuk dikongsi bersama dari website MamaCeria.com. Ianya menyentuh tentang kepentingan mencuci dengan bersih dan pengudaraan selepas menukar lampin. Pada masa kini, dalam era serba nak cepat kita kadangkala terlupa memberi perhatian kepada perkara sebegini.
Membersihkan dengan air
Zaman sekarang ramai yang suka menggunakan wet wipes, namun sebenarnya wet wipes banyak mengandungi bahan yang tidak diketahui seperti pewangi, alcohol dan lain- lain. Sesetengah kulit bayi yang sensitif tidak dapat menerima bahan- bahan ini dan menimbulkan alahan.
Begitu juga, penggunaan wet wipes ini tidak menjamin kebersihan dengan teliti, kerana air tidak dilalukan pada kawasan yang terkena najis. Dikhuatiri terdapat kekotoran yang tertinggal di celah-celah pelipat dan sebagainya yang menjadi punca jangkitan kuman.
Pengudaraan yang baik
Pada masa dahulu, kebanyakan bayi tidak memakai lampin sehingga besar. Jadi pengudaraan yang tidak terbatas menyebabkan lembapan tidak berkumpul dan merengsakan kulit.jarang sekali terjadi ruam lampin pada bayi di zaman dahulu.
Namun penciptaan lampin pakai buang yang menggunakan plastik, memerangkap lembapan dan bergesel dengan kulit. Kesannya kulit lebih sensitif dan senang menyebabkan ruam. Alangkah baik jika kita dapat mendedahkan kulit bayi pada udara dengan lebih lama, pasti ruam juga berkurangan.
Elakkan memakaikan bedak
Sesetengah ibubapa gemar memakaikan bedak dengan alasan menyerap lembapan. Itu benar, namun banyak bedak yang diperbuat dari tepung jagung ( cornstarch) . Bedak ini menjadi makanan pada jangkitan kulat dan boleh menyebabkan jangkitan kulat pada kulit bayi.
Sesetengah ibubapa gemar memakaikan bedak dengan alasan menyerap lembapan. Itu benar, namun banyak bedak yang diperbuat dari tepung jagung ( cornstarch) . Bedak ini menjadi makanan pada jangkitan kulat dan boleh menyebabkan jangkitan kulat pada kulit bayi.
Semoga bermanfaat…
salam kak, terima kasih diatas info. selamat berpuasa..
ReplyDeleteSalm nadilah..tq coz sudi bertandang di blog akk..ilmu berguna kite kongsi bersama ye.:)
ReplyDelete