Wednesday, 10 July 2013

Puasa -6 golongan mendapat rukhsah puasa

Sekadar catatan tambahan untuk pengetahuan kita semua, ada 6 golongan yang mendapat rukhsah puasa:
 
1. Orang yang musafir yang tiada tenaga dalam musafirnya oleh berbuka dan wajib ia ganti puasa tersebut. (Kalau balik kampung driving, lepas tu letih sangat rasa nak pengsan, diberi kelonggaran berbuka. Jarak mestilah melebihi 1 marhalah atau 84km)
 
2. Orang yang uzur seperti orang tua yang tidak mempunyai kekuatan untuk berpuasa.
 
3. Ibu yang menyusu anaknya, kalau di dapati ibu tersebut lemah disebabkan anaknya menyusu dan lemah disebabkan puasa, maka ibu tersebut boleh berbuka puasanya.

 
(Bukan sebab takut susu anak tak cukup, tapi sebab diri ibu sendiri dah memang macam nak pitam. Kalau takut susu anak tak cukup, sila guna stok EBM dan simpan stok awal-awal dari sekarang bersama Set Breastfeeding Shaklee ^_^)
 
4. Orang Islam yang pergi berperang dan berhadapan dengan musuh Islam, maka dibolehkan mereka berbuka untuk memberikan kekuatan kepada mereka melawan musuh Islam.
 
5. Orang yang sakit dan dinasihatkan oleh doktor perubatan bahawa beliau tidak perlu puasa dan jika ia puasa sakitnya lebih teruk lagi.
 
6. Wanita yang hamil dan dinasihatkan oleh doktor supaya tidak berpuasa, kerana dikuatiri dirinya menjadi lemah dan akan membahayakan kandungannya, maka wanita itu tidak wajib berpuasa.

 

 

PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

1 comment :

  1. Salam tuan. Ada sedikit pembetulan. Menurut pandangan ulama', 1 marhalah adalah bersamaan lebih kurang 45 km. Syarat bermusafir adalah perjalanan lebih dari 2 marhalah iaitu lebih kurang 90km. Namun terdapat beberapa perbezaan di kalangan ulama'. Wallahu 'alam. Semoga memberi manfaat.

    ReplyDelete