Friday, 12 July 2013

HEALING CRISIS- Adakah anda rasa semakin teruk setelah mengambil produk Shaklee kami?





Ketahui lah bahawa ianya merupakan petanda yang baik bagi anda atau ianya dinamakan krisis penyembuhan...Dinasihatkan agar anda jangan mudah panik..boleh hubungi agent anda untuk mendapatkan konsultansi daripada mereka..Kebiasaannya kami akan mencadangkan agar anda meneruskan pengambilan seperti biasa dan tingkatkan dos pengambilan air putih sekurang-kurang 3liter sehari...Anda ingin tahu ape itu krisis penyembuhan?? Jom baca..gali dan gali...

Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan?

A:Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.

Q:Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan?

A:Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.

Q:Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik?

A:Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.

Q:Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan?

A:Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.

Q:Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?

A:Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.

Q:Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?

A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:

  1. Tidak mengamalkannya setiap hari
  2. Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
  3. Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
  4. Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
  5. Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
  6. Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
  7. Mengalami masalah emosi

Tanda-tanda & Penyebab Krisis Pemulihan
Memahami Krisis Penyembuhan dan Petanda serta Simptom:

Krisis Penyembuhan                                                        
Sakit kepala yang melampau                                   
Penerangan / Penyebab
Tekanan darah tinggi, petanda menyahtoksin

Krisis Penyembuhan   
Demam, tidak cukup rehat                                  
Penerangan / Penyebab
Meningkatkan metabolisma,merangsang fungsi imunisasi badan

Krisis Penyembuhan  
Cirit-birit, meningkatkan pergerakan usus, najis berbau, air kencing berbau buangan dan sisa-sisa dalam usus besar
Penerangan / Penyebab
Petanda bagi menyahtoksin,menghimpunkan bahan

Krisis Penyembuhan 
Kembung perut   
Penerangan / Penyebab                                      
Sistem penghadaman yang lemah

Krisis Penyembuhan
Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir      
Penerangan / Penyebab  
Fungsi hati yang lemah, usus besar  yang tidak sihat dan sistem pembersihan

Krisis Penyembuhan
Penghasilan lendir seperti selsema,                    
Penerangan / Penyebab  
Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin

Krisis Penyembuhan
Rasa sakit pada otot dan sendi                           
Penerangan / Penyebab  
Badan berasid, toksin terkumpul dibahagian yang sakit

Krisis Penyembuhan
Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif            
Penerangan / Penyebab
Sistem saraf yang lemah

Krisis Penyembuhan
Kitaran haid yang tidak menentu,perubahan waktu kitaran haid, kegatalan pada alat sulit, penghasilan lendiran yang banyak
Penerangan / Penyebab
Hormon yang tidak seimbang /penyakit buasir

Krisis Penyembuhan
Lapar, Pening                                                      
Penerangan / Penyebab
Tekanan darah rendah, anaemia

Krisis Penyembuhan 
Loya, sembelit, tersedu                                       
Penerangan / Penyebab
Sistem hadaman yang lemah, masalah hati

Krisis Penyembuhan 
Edema (membengkak)                                        
Penerangan / Penyebab
Masalah buah pinggang


Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity




PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

No comments :

Post a Comment