Salam semua...adakah anda mengalami masalah kekeringan mata.. Sebenarnya saya sendiri juga pernah mengalaminya terutamanya kalau banyak duduk dalam air condition..kalau pergi ke shopping mall yang air cond dia kuat tu ..pergghhh mata ni mcm nak cabut keluar..pedih dan perit yang amat..tuhan sahaja lah yang tahu..Nak tahu lebih lanjut mengenai kekeringan mata ni..jom kita baca lagi...
Apakah Kekeringan Mata?
Ianya sejenis penyakit yang sering dirawati oleh pakar mata.
Ini disebabkan oleh ketidakseimbangan kualiti lapisan air mata yang
melembapkan/membasahi mata.
Air mata kita mengandungi tiga lapisan. Lapisan terdalam,
ialah “mucus” atau lendir yang meliputi kornea kita supaya air mata boleh
melekat kepada mata. Lapisan tengah ialah “aqueous” yang mengandungi air yang
boleh melembapkan dan membenarkan oksigen serta bahan nutrient dibekalkan
kepada kornea. Lapisan ini terdiri daripada 98 % air dan mengandungi kuantiti
kecil garam, protein dan bahan lain. Lapisan terluar ialah “lipid” atau lapisan
berminyak yang mencegahkan penyejatan air mata yang terlalu cepat.
Air mata kita dihasilkan dari beberapa kelenjar dikeliling
mata kita. Lapisan mucus dihasil dari kelenjar lacrimal yang berada di bahagian
bawah kelopak mata atas. Beberapa kelenjar yang lebih kecil di kelopak mata
kita menghasilkan lapisan lipid dan mucus. Setiap kali mata dikelipkan, kelopak
mata kita menyebarkan air mata di atas permukaan mata. Air mata yang berlebihan
mengalir melalui dua lubang yang kecil di penjuru mata ke dalam saluran air. Saluran
air bersambung berikutnya kepada bahagian hidung. Sebab itu, kalau seseorang
menangis, hidung juga akan berair juga.
Selain daripada melembapkan mata, air mata juga dihasilkan
sebagai tindakbalas mata kita kepada rangsangan luar seperti kecederaan atau
emosi. Namun begitu, air mata seperti ini tidak melegakan kekeringan mata,
Sebab itu, seseorang yang sering mengalami mata yang berair masih akan mengadu
matanya tidak selesa.
Apakah yang menyebabkan kekeringan mata?
Kekeringan mata disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor
penuaan menyebabkan kekeringan mata. Bila usia kita meningkat, badan kita
kurang menghasil minyak, 60% kurang pada umur 65 tahun berbanding dengan umur
18 tahun. Orang wanita akan mengalami masalah ini lebih kerap dan kulit mereka
akan mengalami kekeringan. Kekurangan minyak juga menyebabkan air mata
disejatkan dengan lebih cepat and tompokan kering akan muncul di permukaan
mata.
Faktor lain seperti cuaca yang panas, kering, berangin,
tempat berparas tinggi daripada dasar laut, hawa dingin, asap rokok juga
menyebabkan kekeringan mata. Ramai orang juga mendapati mata mereka akan rasa
perit setelah membaca atau menggunakan komputer untuk jangkamasa yang panjang.
Berhenti rehat seketika dan mengelipkan mata akan melegakan perasaan ini.
Pemakai kanta sentuh juga akan mengalami kekeringan mata
kerana kanta sentuh akan menyerap air mata, menyebabkan protein melekat kepada
permukaan kanta. Beberapa jenis ubat-ubatan, penyakit thyroid, kekurangan
vitamin A and penyakit seperti Parkinson’s and Sjogren’s juga menyebabkan
kekeringan. Kaum wanita juga mengalami masalah kekeringan setelah putus haid
disebabkan oleh kekurangan hormon.
Apakah gejala-gejalanya?
-Pedih
-Ketidakselesaan
-Kemerahan mata
-Kekaburan mata yang berubah bila mata dikelipkan
-Mata berair
-Rasa letih atau perit setelah membaca, menonton televisyen
and bekerja dengan komputer untuk jangkamasa yang panjang
Bagaimana keadaan ini boleh dikesankan?
Ada beberapa cara untuk mengesan kekeringan mata. Doktor akan
mengukur kadar pengeluaran, pengewapan and kualiti air mata. Ubat titis mata
yang khas juga boleh mengesan masalah dan tahap kekeringan mata.
Apakah rawatannya?
Dalam perawatan kekeringan mata, setiap individu agak
berlainan sedikit. Ramai orang rasa lega dengan mengunakan airmata tiruan
setiap hari. Ada beberapa jenis airmata tiruan. Airmata tiruan yang lebih cair
melegakan mata sementara waktu sahaja. Airmata tiruan yang lebih pekat akan
berada di dalam mata untuk jangkamasa yang lebih panjang. Ada juga airmata
tiruan yang tidak mengandungi bahan awet and ini lebih selesa untuk mata kita.
Jangan menggunakan ubat titis mata yang mengandungi bahan yang mengecutkan
saluran darah dalam mata, Ini memutihkan mata untuk sementara waktu tetapi
ianya tidak menolong melembapkan mata dan bolen menyebabkan masalah yang lain.
Beberapa langkah senang dalam kehidupan kita seperti minum 8
hingga 10 gelas air setiap hari, boleh juga menolong mengurangkan kekeringan
mata. Kalau kita mengingatkan diri sendiri untuk mengelipkan mata semasa
menonton televisyen atau membaca, ini juga akan mengurangkan kekeringan mata.
Jangan selalu menggosok mata, kerana ini akan menjadikan mata lebih perit.
Pengalaman saya sendiri, setelah mengamalkan CAROTOMAX ni lebih kurang 2 bulan secara konsisten,alhamdulillah kering mata ni dapat diatasi..so tak payah lah nak titis air dalam mata lagi untuk elakkan kekeringan..Kalau dulu memang tak larat nak duduk lama lama dalam air condition,tapi sekarang tak kisah dah...memang bersyukur sangat...Botol carotomax ni kecik dan comel je...boleh di bawa ke mana-mana..Tahan untuk sebulan penggunaan..harga pun sangat berbaloi bagi saya dari menahan sakit perit tu kan??
Apakah komplikasi kekeringan mata yang tidak dirawati?
Merawatkan keadaan ini bukan sahaja untuk menjadikan mata
lebih selesa tetapi untuk kesihatan kornea. Komplikasi yang serius termasuk
ulcer kornea, infeksi, parut and kekaburan mata.
Dapatkan harga SPECIAL untuk CAROTOMAX ini...hanya dari SAYA...;)
Siti Hasmah Abd Rahman
Independent Distributor Shaklee(866977)
Fb Page: Jom Healthy Shop
email: siti.hasmah26@yahoo.com
No comments :
Post a Comment