Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan pengambilan lemak
tepu ke dalam badan dan seterusnya membantu meningkatkan kesihatan anda dengan
lebih baik untuk jangkamasa yang panjang.
1)Kurangkan makan daging merah. Daging terutamanya bahagian
berlemak seperti tulang rusuk dan bacon mengandungi lemak tepu yang sangat
tinggi. Gantikan daging, bacon dan sosej dengan ayam tanpa lemak. Berhati-hati
dengan bahagian ayam yang anda makan. Daging ayam seperti di bahagian peha dan
kepak adalah lebih banyak kandungan lemak berbanding dengan daging putih di
bahagian dada ayam.
2)Gunakan lebih banyak minyak zaitun di dalam masakan. Minyak
zaitun mengandungi lemak tak tepu – polyunsaturated and monounsaturated; yang
mana boleh membantu menurunkan kadar kolesterol serta boleh menggantikan lemak
tepu dalam masakan anda.
Ketahui berapa jumlah lemak yang anda perlukan setiap hari.
Bagi mereka yang mengamalkan 2000 kalori diet, wanita tidak boleh mengambil
melebihi 18 gram lemak tepu manakala bagi lelaki tidak boleh melebihi 20 gram
lemak tepu. Anda digalakkan makan separuh dada ayam tanpa kulit yang hanya
menyumbang 2 gram lemak tepu ke dalam tubuh badan anda.
3)Elakkan makanan beku. Kebanyakan makanan yang dibekukan ini
mengandungi kandungan lemak tepu yang sangat tinggi.
4)Panggang daging yang anda ingin makan. Jika anda menggoreng
sepotong daging, daging itu akan digoreng dengan lemaknya sendiri. Daging
tersebut akan menyerap semula lemak dan minyak yang digunakan untuk menggoreng.
Sebaliknya, apabila anda memanggang daging, lemak pada daging tersebut akan
mengalir keluar dan tidak akan diserap semula.
5)Kurangkan pengambilan harian produk tenusu. Keju mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi, sama seperti susu lemak penuh. Apabila anda ingin menggunakan keju dalam makanan, pilih keju yang berasaskan susu rendah lemak. Kepada penggemar air susu pula, cuba beralih kepada susu tepung dari susu lemak penuh.
6)Tambahkan suplemen Omega-3 ke dalam diet harian anda.
Omega-3 adalah sejenis asid lemak yang baik untuk tubuh badan anda yang
membantu ‘melawan’ lemak tepu dan kolesterol yang ‘jahat’. Selain itu, Omega-3
ini juga membantu mengawal keradangan di dalam badan, menguatkan jantung,
membantu penglihatan yang baik, serta boleh meningkatkan mood anda. Omega-3 ini
boleh didapatkan dari sumber beberapa jenis ikan seperti salmon, ikan kembung,
tuna, dan sardin. Anda juga boleh mencuba kapsul supplemen Omega-3 yang
terbukti berbeza dari yang lain KLIK SINI
Nota: Jangan sekali-kali membuang semua lemak dari pemakanan
harian anda. Otak dan beberapa organ di dalam badan anda memerlukan sejumlah
lemak untuk berfungsi dengan baik.
ᕙ(`▽´)ᕗ Be Healthy
Siti Hasmah Abd Rahman
Independent Distributor Shaklee(866977)
Fb Page: Jom Healthy Shop
email: siti.hasmah26@yahoo.com
No comments :
Post a Comment