Ramai di kalangan kita yang tidak mengetahui apa sebenarnya
kolesterol. Kolesterol sering disalahertikan dalam sebahagian diet harian kita.
Kebanyakannya tahu bahawa mereka sepatutnya mengawal pengambilan makanan yang
mengandungi kolesterol yang tinggi tetapi ramai diantaranya yang tidak
mengetahui apa sebenarnya kolesterol itu. Berikut dihuraikan secara ringkas
tentang kesan kolesterol di dalam badan.
Kolesterol adalah sejenis lemak yang dihasilkan di hati atau
di usus. Kolesterol ini berfungsi untuk menghasilkan hormon dan membentuk
membran sel seterusnya dibawa ke seluruh badan manusia melalui plasma darah.
Selain itu, kolesterol juga penting dalam pembentukan asid hempedu dan Vitamin
D di dalam badan.
Kebanyakan makanan yang mengandungi lemak haiwan juga
mengandungi kolesterol. Selain itu, punca kolesterol adalah dari makanan
seperti keju, kuning telur, daging, ayam, dan udang. Kandungan kolesterol di
dalam makanan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan adalah lebih rendah berbanding
makanan yang berasaskan haiwan. Pengambilan makanan berlemak seperti lemak tepu
dan lemak trans merupakan punca utama peningkatan jumlah kolesterol di dalam
badan berbanding pengambilan makanan sumber kolesterol ini.
Jumlah kolesterol yang tinggi dan berlebihan di dalam badan
boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius terhadap sistem kardiovaskular
badan. Darah di dalam badan akan membawa kolesterol yang terdapat di dalam
badan ke pelbagai organ dan kelenjar yang memerlukannya. Ia dibawa oleh sejenis
pembawa yang dikenali sebagai lipoprotein. Apabila terlalu banyak kolesterol
yang melalui saluran darah, kolesterol ini akan mula terbentuk di dinding
arteri iaitu pada dinding saluran darah. Pembentukan kolesterol ini dipanggil
plak seterusnya memberi kesan kepada sistem kardiovaskular badan.
Bagaimana Pembentukan Plak Ini Menyebabkan Bahaya?
Apabila plak terbentuk pada arteri, ia akan menghalang
pengaliran darah kerana saluran darah yang sempit. Apabila situasi ini berlaku
hampir dengan organ penting di dalam badan terutamanya jantung, ia akan
menyebabkan masalah serius berlaku malah boleh menyebabkan kematian. Apabila
saluran darah berhampiran organ jantung menjadi semakin sempit, ia boleh
menyebabkan serangan jantung berlaku.
Apabila arteri yang menyalurkan darah ke otak pula yang
tersumbat, ia akan menyebabkan sesorang itu mengalami strok.
Apabila arteri yang menyalurkan darah ke otak pula yang
tersumbat, ia akan menyebabkan sesorang itu mengalami strok. Kedua-dua penyakit
jantung dan strok ini boleh mengancam nyawa. Oleh itu, anda perlulah menjaga
tahap kolesterol di dalam badan serta kandungan darah di dalam badan.
Kolesterol yang tinggi juga boleh menyebabkan
artherosclerosis atau arteri menjadi keras. Apabila plak memenuhi arteri,
dinding arteri menjadi keras dan rapuh. Ini bukan sahaja menghalang pengaliran
darah, malah ia juga akan menyebabkan arteri pecah kerana terlalu rapuh dan ini
akan menyebabkan darah menjadi beku di dalam badan.
Ubah corak pemakanan untuk menurunkan tahap kolesterol.
Kolesterol yang tinggi adalah sangat bahaya kepada badan
manusia. Walaubagaimanapun, ia boleh dirawat. Pelbagai perubatan yang boleh
membantu menurunkan kolesterol, tetapi salah satu langkah terbaik adalah dengan
mengubah cara pemakanan harian kita. Dengan mengelak pengambilan makanan
berasaskan haiwan, ia boleh mengurangkan tahap kolesterol di dalam badan bukan
sahaja dengan mengurangkan kuantiti kolesterol tersebut malah mengurangkan
kadar sintesis atau penghasilan kolesterol di dalam badan.
Mengurangkan pengambilan kalori atau tenaga harian sebanyak
7% dari makanan berasaskan lemak haiwan dan mengurangkan kadar pengambilan
kolesterol sebanyak 200mg setiap hari.
Dicadangkan kepada mereka yang mengalami masalah kolesterol
tinggi di dalam badan supaya mengurangkan pengambilan kalori atau tenaga harian
sebanyak 7% dari makanan berasaskan lemak haiwan dan mengurangkan kadar
pengambilan kolesterol sebanyak 200mg setiap hari. Nasihat lanjut perlu anda
dapatkan dari doktor dan pakar untuk tindakan seterusnya.
Ingin saya berkongsi cerita kisah kak Norita yang boleh jadikan sebagai ikhtibar dan pengajaran buat kita semua tentang bahayanya kolestrol ini pada kita semua:
________________________________________________________________________
Masih ingat lagi 14 tahun dahulu, arwah abah saya di serang
strok pada malam raya yang kedua. Beliau mempunyai masalah darah tinggi secara
kebetulan sehari sebelum raya arwah sangat suka makan satay. Rupa-rupanya dalam
diam kadar kolestrolnya meningkat dan menyebabkan tekanan darah meningkat
seterusnya merosakkan saraf dalam otaknya maka arwah paralyse selama 2 minggu
sebelum terus meninggalkan kami 8 beranak buat selama-lamanya.
Kisah ini menjadikan iktibar buat saya dan suami. Bila nak
makan rendang, lemang atau pulut, kami tak berani nak makan banyak sebab tahu
kesannya ke atas kolestrol dan jantung. Makan berpada-pada. Sejak awal
perkahwinan, keluarga mertua akan pastikan vitamin utama untuk mengurangkan
kolestrol wajib ada untuk menampung seluruh keluarga. Kami akan makan vitamin
tersebut dan fokus pada kolestrol terutama musim perayaan yang banyak dengan
jemputan rumah terbuka.
________________________________________________________________________
Anda boleh juga mengawal kolestrol dengan bantuan supplement..Antara Vitamin yang dicadangkan ialah:
Lecithin penting untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides
dan lemak darah (blood lipids). Memecah serta mencairkan lemak terutama
kolestrol. Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik
(HDL). Membantu kawal paras triglycerides. Membantu memecahkan lemak badan dan
mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah. Mengurangkan
kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.
Vitamin C sangat perlu dan penting untuk pembuluh darah.
Salur darah yang kurang vitamin C ibarat getah paip yang reput dijemur matahari
dan bila2 masa sahaja boleh pecah.
GLA ianya mengandungi vitamin E disamping ianya berfungsi
untuk menstabilkan keadaan hormone di dalam tubuh badan kita. Ianya juga
membantu membakar lemak di dalam salur darah. Mengurangkan blood-clot yang
boleh menyebabkan serangan jantung. Mengawal kencing manis dan darah tinggi.
Mengawal kolesterol dan bagus untuk fungsi saraf.
Vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.Menguatkan imuniti
tubuh.
ᕙ(`▽´)ᕗ Be Healthy
Siti Hasmah Abd Rahman
Independent Distributor Shaklee(866977)
Sms/Viber/WhatsApp 0122257055
No comments :
Post a Comment