Assalamualaikum wbt kepada semua pengunjung blog..
Hari ni saya nk berkongsi apa fungsi atau kebaikan vitamin yang kita ambil time preggy..Kita semua maklum,semasa pemeriksaan kehamilan perkara yang dirujuk adalah seperti kandungan gula dalam darah, tekanan darah, hemoglobin dalam darah, dan sebagainya. Selalunya di klinik kerajaan /swasta akan bagi kita 4 jenis vitamin ni iaitu vitamin C, Kalsium, Zat besi dan Asid folik.
Antara 4 jenis vitamin tadi yang paling penting / wajib makan setiap hari adalah asid folik. Asid folik mengurangkan risiko anak dalam kandungan menjadi cacat. Selain itu, asid folik jugak menguatkan rahim kita. Jadi, insyaALLAH kes keguguran janin pada peringkat awal kehamilan itu tidak terjadi.
Vitamin kedua terpenting adalah zat besi. Fungsi Zat besi ini adalah untuk menambah darah/ hemoglobin(HB) kita. Selalunya HB kita akan menurun dari 12 hinggalah 8,7,6, dan seterusnya . Alternative lain selain mengambil vitamin zat besi ini adalah dengan mengambil buah-buahan berwarna kuning/oren cthnye belimbing, jagung, betik, oren dan sebagainya. JAMBU BATU adalah buah yang paling tinggi zat besinya walaupun bukan bewarna kuning (nurse klinik kesihatan yg bagitahu). Jadi para ibu bolehlah mkn buah jambu batu tu untuk dijadikan pencuci mulut/snack sambil tgk tv. Selain itu, makan hati lembu, hati ayam, paru2 lembu, kerang dan sebagainya juga boleh menambahkan darah anda. Tetapi tidak digalakkan.Sekali sekala tu bolehlah. Bagi ibu2 yang HB rendah 8 ke bawah tu dan bila nk checkup keesokkannya dan tak mahu kena marah dengan nurse sbb HB rendah, kat sini saya nk kongsi petua sikit.Apa yang perlu anda kena lakukan adalah yang pertama, makan pil zat besi tu dengan vitamin C ataupun minum dengan air perahan limau/ air jus. Vitamin c mempercepatkan penyerapan zat besi dalam tubuh. Kedua, mkn zat besi+vitamin C/jus buah tu 2 JAM SEBELUM atau SELEPAS MAKAN NASI. Jika kita makan/ minum kurang dari 2 jam sebelum/ selepas mkn nasi akan mengganggu proses penyerapan zat besi dlm tubuh. Ini adalah fakta okay!
Vitamin ke 3 paling penting adalah kalsium. Seperti yg kita tahu kalsium menguatkan tulang dan gigi kan? Sebenarnya ia juga baik untuk pembentukan tulang dan gigi bayi kita walaupun masih dlm perut. Semakin besar perut kita, kita akan semakin kekurangan kalsium sbb bayi kita dah serap kalsium yang ada dlm badan kita. Jadi kita memerlukan lebih banyak kalsium. Ini adalah fakta ye. Bila perut semakin membesar tulang belakang kita akan rasa semakin sakit. Pastu selalu sangat kekejangan. Tapi kalo kita amek kalsium tu secara rutin, insyaALLAH rasa sakit tulang belakang tu hilang/kurang dan kekejangan takkan terjadi.
Vitamin yang terakhir adalah Vitamin C. Vitamin C yang kita tahu mmg baik untuk kulit sbb tulah ramai yang dah inject Vitamin C untuk kulit yang lebih cantik. Selain tu banyak kelebihannya cth bantu serap zat besi mcm yg dah diberitahu tadi. Pastu Vitamin C ni juga dapat mengelakkan kita dari terkena selsema. Menguatkan imun badan kita. Sangat bagus untuk bayi kita dlm perut juga. Kulit anak kita insyaallah akan putih, mulus, lembut dan gebuss.. hehe.Tapi make sure jgn berlebihan cirit birit plak nanti..Almaklumlah korang ni pantang kalau boleh buat baby cantik ni betul x??
Okey itu bab vitamin asas yang biasa diambil oleh ibu mengandung. Jom kita lihat apa yang ada dalam SET PREGGY SHAKLEE..
Antara Vitamin yang terdapat dalam SET PREGGY Shaklee ialah;
1)Vitalea adalah multivitamin jadi ibu-ibu tidak perlu mengambil multivitamin prenatal yang lain. Dilengkapi dengan zat besi dan juga 200 mg asid folik Ibu hamil yang mengalami anaemia, pening atau mudah pitam amalkan secara konsisten untuk kesihatan yang lebih baik (inshaALLAH). Wanita hamil yang mengalami masalah Hb rendah juga digalakkan mengambil Vitalea ini.
Anaemia amat berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin, oleh itu pastikan pencegahan awal dilakukan.
2)B Complex yang lengkap dengan asid folik dan biotin (sumber b yang mahal harganya). Asid folik mustahak untuk membantu pembinaan tulang bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Pengambilan asid folik adalah sekurang-kurangnya 400 mg sehari (2 biji b complex ATAU 1 biji b complex + 1 biji Vitalea).
3)Vitamin C Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan. Ia juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Vitamin C membantu menguatkan sistem pertahanan tubuh badan (immune booster). Selain daripada itu, vitamin C penting untuk kadar serapan zat besi yang optima dalam tubuh kita.
4)Wanita hamil memerlukan kalsium sekitar 1000 mg ke 1300 mg sehari. Istimewanya Ostematrix kerana ia ia bukan sahaja kalsium, malahan lengkap dengan magnesium dan vitamin D(bantu penyerapan). 1 biji Ostematrix mempunyai 250 mg kalsium. Magnesium membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang lalu menguatkannya, manakala vitamin D pula meransang penyerapan kalsium.
Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Bagi wanita hamil pula, ia penting untuk ransangan saraf dan mengelakkan kekejangan otot ketika hamil. Kalsium juga penting untukdenyutan jantung dan tekanan darah yang stabil. Kalsium yang cukup ketika hamil amat penting kerana sekiranya bayi dalam rahim tidak mendapat bekalan kalsium yang cukup, bayi akan 'menarik' kalsium daripada ibunya, yang mana akan memberi kesan kepada ibu hamil seperti osteoporosis di kemudian hari.
5)Pengambilan Omega Guard Shaklee disarankan bermula pada trimester kedua dan ketiga.
Penting untuk membantu pembentukan otak bayi daripada peringkat awal. Mengandungi DHA dan EPA yang sangat penting untuk otak dan mata bayi. Juga membantu mengawal kadar kolestrol dalam badan wanita hamil.
6)Protein sangat penting untuk membina, memperbaiki dan memperbaharui sel-sel, tisu dan hormon dalam tubuh.Protein juga penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang baik dan berkualiti penting untukkesihatan keseluruhan yang baik, kerana sel yang sihat menyerap lebih nutrien daripada sel yang tidak sihat. Bagi wanita hamil, pengambilan ESP membantu memberi tenaga terutamanya ketika mengalami alahan (kurang/tak lalu makan).
Selain daripada itu, protein ESP ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ-organ bayi.
Okay rasanya dah banyak bende yang saya explain dan share dengan korang kan? kalo ade yg nk sharekan pengalaman atau nk tanyakan ape2 pasal preggy ni insyaallah kalo saya boleh tolong saya akan tolong dan kongsikan sesama. Lain kali, lain masa kalau aku ade peluang, saya akan sharekan lagi okay.
Nak try set preggy Shaklee do pm me okey...Harga istimewa menanti anda...:)
No comments :
Post a Comment