Jangan biarkan masalah keputihan berlarutan tanpa dirawat...
Masalah keputihan wanita adalah merupakan antara masalah
kesihatan yang sering dialami oleh kebanyakan wanita. Keputihan wanita adalah
merupakan masalah yang kedua sesudah masalah gangguan haid.
Masalah keputihan wanita boleh didefinisikan sebagai pengeluaran
cairan dari vagina. Cairan tersebut pada kebiasaannya keluar dalam keadaan
pekat atau cair, berwarna jernih, putih, kuning atau hijau dan berbau atau
tidak berbau. Ada sebahagian daripada wanita yang menganggap cairan yang keluar
dari
vagina adalah masalah yang biasa dan ada juga antara mereka
yang menganggap masalah keputihan wanita ini mengganggu aktiviti seharian
mereka.
Masalah keputihan wanita yang amat perlu diberikan perhatian
adalah apakah keputihan wanita tersebut adalah normal atau ada sesuatu
penyakit.
Pengeluaran cairan daripada vagina adalah merupakan normal
pada usia yang tidak produktif, di mana cairan tersebut pada kebiasaannya dalam
keadaan yang sedikit, jernih, tidak bau dan tidak gatal.
Kebiasaannya cairan yang keluar adalah dihasilkan oleh
kelenjar pada mulut rahim, yang bercampur dengan sel-sel vagina secara
bakteria. Kalau berasaskan fisiologi, pengeluaran cairan berlaku semasa
evolusi, ketika bermula dan selepas haid, rangsangan seksual, serta dalam
kehamilan.
Sifat serta banyaknya keputihan wanita boleh menunjukkan
sebab mengapa ianya berlaku. Selain itu petunjuk lain juga penting iaitu tempoh
ia berlaku, sama ada secara terus menerus atau hanya pada waktu tertentu
sahaja, warna, bau disertai rasa gatal atau tidak.
Di bawah adalah beberapa contoh yang menyebabkan keputihan
wanita yang abnormal:
>> Jangkitan kulat, mengeluarkan keputihan wanita yang
berwarna putih atau kekuningan, berlaku secara berterusan disertai rasa gatal,
kebiasaannya disebabkan oleh kulat candida atau monillia
>> jangkitan kuman trichomonas, jenis ini biasanya
ditunjukkan oleh keluarnya cairan berwarna kehijauan dan serta rasa gatal
>> Jangkitan bakteria vaginosis, tandanya ialah
keluarnya cairan yang berwarna kelabu dan berbau
>> Penyakit yang menular melalui perhubungan seks,
yang biasanya ditunjukkan dengan keluarnya cairan yang bersifat ‘cheesy’,
berbau dan bercampur darah
>> Kanser pangkal rahim iaitu apabila keluarnya cairan
tetapi tidak gatal biasanya disertai bau busuk
Antara contoh penyebab keputihan wanita lain:
>> Vaginitis atropik yang timbul di waktu usia lanjut
(menopause) yang pada kebiasaannya disertai rasa nyilu disebabkan kurangnya
hormon estrogen
>> Ubat seperti : antibiotik, ubat yang mengandungi
estrogen
>> Kehadiran benda asing seperti benang, kain atau
benda lain yang secara sengaja / tidak sengaja ada di dalam vagina.
Antara perkara yang perlu untuk diketahui :
1. Jaga kebersihan bagi mencegah penyebab keputihan wanita
2. Tidak menggunakan ubat membersihkan vagina secara rutin
dan berlebihan. Ia boleh menyebabkan kehilangan keadaan semulajadi yang ada di
vagina yang bertugas bagi melindungi terhadap kuman dari luar
3. Menjauhi tekanan yang berlebihan
4. Pengidap kencing manis (diabetes) mesti memastikan kadar
gula yang stabil
5. Segera berjumpa doktor apabila keputihan keluar secara
berlebihan
Kini anda boleh merawat masalah keputihan dengan Alfafa
Shaklee yang lebih bersifat natural,halal n berkesan..
Nk cuba boleh pm saya ok...jgn biarkan ia tidak rawat dan akhirnya mendatangkan penyakit yang lain kepada anda..
Be Healthy ᕙ(`▽´)ᕗ
Puan Siti -ID 866977
0122257055
Email :siti.hasmah26@yahoo.com
http://jomhealthywithme.blogspot.com
No comments :
Post a Comment