Thursday 15 November 2012

ANDA ADA MASALAH BATU KARANG?? BAGAIMANA UNTUK MENAGATASINYA??

Adakah anda mengalami sakit pinggang terutamanya di bahagian belakang berpanjangan?
Kencing berdarah?
Demam menggigil?
Muntah-muntah?
Air kencing keruh dan atau berbau busuk daripada biasa?
Sakit ketika membuang air kecil?


Jika anda mempunyai simptom di atas, anda perlu bertemu doktor dengan segera, kerana anda mungkin mempunyai penyakit BATU KARANG.


Batu karang boleh terjadi sama ada di dalam buah pinggang atau hempedu. Saiz dan bentuknya pelbagai dan komposisinya bergantung daripada ia terbentuk. Rawatan daripada doktor biasanya bergantung kepada analisis  komposisi batu karang yang ditemui.
                               
Jenis-jenis batu karang dalam buah pinggang:
  • Kalsium - jenis yang paling biasa ditemui. Kalsium yang didapati daripada diet harian, jika tidak diserap oleh tulang dan otot, akan dihantar ke buah pinggang. Biasanya, kalsium berlebihan akan dikeluarkan bersama air kencing, tetapi ada kalanya sebahagian kalsium ini akan termendak di buah pinggang, bergabung dengan sisa buangan dan menghasilkan batu karang. Jenis yang biasa ditemui adalah kalsium oxalate.
  • Struvite - bisanya terhasil oleh infeksi pada saluran kencing. Ia mengandungi mineral magnesium dan bahan buangan ammonia.
  • Asid Urik - terbentuk apabila terlalu banyak asid urik di dalam air kencing
  • Cystine - batu karang jenis ini terlalu jarang ditemui. Cystine diperlukan dalam proses pembentukan otot, urat dan sel tubuh yang lain. Selalunya ini adalah penyakit keturunan.
Jenis-jenis batu karang dalam hempedu:
  • Kolesterol - akan terbentuk bila terlalu banyak kolesterol di dalam hempedu
  • Pigmen - terbentuk apabila terlalu banyak bilirubin di dalam hempedu.
Selalunya batu karang yang kecil tidak akan memberi simptom kepada pesakit, tetapi batu karang yang besar akan memberi rasa sakit yang amat sangat di bahagian bawah pinggang (belakang) dan tepi kelengkang ketika ia bergerak bersama-sama cecair melalui saluran halus di dalam sistem buah pinggang atau hempedu.


Cara atasi/elakkan batu karang:
  • Minum air masak 8-12 gelas sehari. Kurangkan teh dan kopi kerana sifatnya yang diuretik
  • Jika anda mempunyai asid urik yang tinggi, anda disarankan mengurangkan pengambilan daging
  • Jika anda cenderung mempunyai batu karang jenis oxalate, anda perlu kurangkan makan makanan tinggi oxalate seperti tomato, bayam dan coklat.
  • Kekurangan vitamin B6 boleh menyebabkan batu karang. Barli, kentang, keledek dan pisang adalah bagus untuk anda.
  • Kurangkan protien haiwan dan gantikan dengan protien ikan/tumbuhan
SET CADANGAN YANG BOLEH DISYORKAN UNTUK PESAKIT BATU KARANG ADALAH:

                                   
                                      
  • Alfalfa Complex - untuk mengurangkan keradangan akibat penyakit batu karang
  • B-Complex - untuk menampung kekurangan B6 dalam badan
  • Ostematrix - supplemen kalsium lengkap dengan magnesium dan vitamin D untuk membantu penyerapan kalsium dengan sempurna.
  • Sustained Release Vita-C - untuk membantu penyembuhan luka dalaman 
  • ESP (Isolate Protien Powder) - sebagai pengganti protien haiwan, bebas kolesterol dan sumber protien soya bukan GMO.


Namun diingatkan, pengambilan air yang mencukupi amat perlu untuk mengelakkan batu karang daripada berulang. Sila dapatkan nasihat pakar perubatan sebelum mengambil sebarang supplemen.

PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

Monday 5 November 2012

MINYAK IKAN BAIK UNTUK JANTUNG....

Manfaat pengambilan minyak ikan dalam pemakanan seharian semakin banyak diperkatakan. Minyak ikan khususnya ikan berlemak yang lazimnya diperolehi daripada lautan perairan sejuk seperti salmon, tuna, makerel, hering dan beberapa lagi. Lebih khusus lagi adalah kandungan asid lemak,iaitu omega-3.

Dalam beberapa dekad ini banyak kajian klinikal yang diterbitkan menyokong kesan positif pengambilan asid lemak omega-3 kepada kesihatan. Kesihatan jantung antara isu yang banyak dibincangkan apabila dikaitkan dengan manfaat pengambilan minyak ikan.

Kesihatan jantung tidak boleh dipandang remeh. Apabila satu atau lebih arteri koronari menjadi sempit akibat pemendapan kolesterol dan bahan-bahan lain pada dinding salur darah dan membentuk plak, ia akan menjejaskan aliran darah ke otot jantung. Kejadian plak akan menyempit dan mengeraskan salur darah. Proses ini dipanggil aterosklerosis atau pengerasan arteri.




                                           

Sakit dada, tekanan darah tinggi, kesukaran bernafas, denyutan jantung yang cepat, pening adalah antara simptom lazim akibat masalah jantung. Pengambilan minyak ikan didapati bermanfaat dalam merendahkan paras kolesterol berbahaya. Selain itu, ia didapati meningkatkan penghasilan vasodilators poten (melapangkan arteri) untuk memperbaiki aliran darah.

PENYAKIT koronari jantung (CHD) atau penyakit jantung kronik antara punca kematian terbesar di kalangan penduduk di negara ini. Ia turut menjadi ancaman maut di negara-negara besar lain seperti Rusia, Amerika Selatan dan Utara, Australia, New Zealand dan Eropah. Bahkan diramalkan ia bakal menjadi 'pembunuh dalam senyap' utama seluruh benua di dunia menjelang tahun 2020.

Mengikut perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2002, satu pertiga daripada kematian manusia di seluruh dunia adalah disebabkan oleh serangan jantung.Daripada jumlah tersebut sebanyak 40 hingga 75 peratus pesakit yang terkena serangan jantung meninggal dunia sebelum sempat mendapatkan rawatan di hospital.

Menurutnya, senario penyakit jantung di Malaysia cenderung menunjukkan dua jenis faktor penyebab iaitu faktor boleh diubah dan tidak boleh diubah.

Faktor tidak boleh diubah berkaitan dengan aspek umur, sejarah keluarga, jantina dan etnik pesakit, manakala boleh diubah adalah serangan jantung yang berpunca daripada penyakit-penyakit lain sedia dihidapi pesakit seperti diabetis, darah tinggi, kandungan kolesterol tinggi, obesiti,perokok tegar dan amalan gaya hidup tidak sihat.

Memandangkan kebaikan inilah kita dicadangkan mengambil ikan sebagai hidangan terutama ikan berlemak daripada perairan sejuk. Persatuan jantung Amerika mencadangkan pengambilan asid lemak omega-3, sama ada di kalangan mereka yang menghidap penyakit jantung koronari dan juga mereka yang normal.

Apakah Kelebihan Omega Guard Shaklee??



Merupakan minyak ikan terbaik di dunia.... Shaklee Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk(sardin,mackerel,herring,anchovies) di perairan negara Jepun.Ia bukan dari hato minyak ikan.Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan.Berbanding dengan produk Omega di pasaran, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA,DHA,ALA dan banyak lagi.



JOM DAPATKAN SEBOTOL...PM SAYA SEGERA!!!










PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.

Sunday 4 November 2012

EPO dengan GLA Shaklee?? Ada Beza ker??

Hari ni ade yang tanya saya tentang beza EPO dengan GLA Shaklee...Beza ke dua tu??Katanya die nak amik EPO sebab GLA ni katanya just bantu untuk stabilkan hormon jer....(Mungkin dia tahu siapa dia yang saya maksudkan..hehe)...

So arini saya nak kongsi bersama anda diluar sana apakah perbezaan antara EPO (Evening Primose Oil) dengan GLA Shaklee...

EPO...Kandungan utama dalam EPO adalah gamma-linolenic-acid (GLA)..manakala kandungan GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO! 
Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan daripada EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan, Canada.


borage

Kat sini saya details kan lagi apa yang terkandung dalam GLA Shaklee dan kenapa saya kata GLA ni lagi SPECIAL...


1- Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6
2- Ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan Vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya
3- Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard - iaitu antioksidan semulajadi yang telah dipatenkan
4- Bioavailabitinya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap ke dalam sel dan tisu dengan  lebih baik

Manfaat Utama

Herba Tradisi Yang Dipercayai - Borage adalah herba kegemaran orang Barat. Iainya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, mengeluarkan kahak, melegakan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina

Mengawal Selia Estrogen dan Testosteron - GLA membentuk prostaglandin  untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS

Melambatkan Menopaus - Memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus

Memperbaiki Prostatomegaly - GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing

Menentang Kanser - GLA adalah anti oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser

Memperbaiki Inflamasi Kulit - Iainya mengurangkan inflamasi kulit, ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan dan kurap. Iainya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma dan artritis

Menghalang Komplikasi Diabetes - Merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan ndisebabkan oleh gula darah yang tinggi

Pelangsingan dan Menghalang Penambahan Berat Badan - Merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi ton pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan yang cantik.

Menghalang Tekanan Darah Tinggi - Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung

Memperbaiki Tekstur Rambut - Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur

FAKTA YANG ANDA PERLU TAHU

GLA BUKAN hanya untuk wanita. Sebenarnya suplemen GLA asid linoleik juga sama pentingnya seperti asid amino tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia, ianya hanya boleh diperolehi melalui makanan. Ianya sangat penting untuk kanak-kanak (potong gel dan campurkan bersama makanan), remaja yang membesar, orang dewasa dan juga bagi wanita yang telah menopaus dan lelaki yang telah andropaus (menopaus bagi lelaki)

JOM BACA TESTIMONI PENGGUNA








PRODUK- PRODUK SHAKLEE TIDAK BERTUJUAN MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT. SEBARANG TESTIMONI YANG DIPAPARKAN ADALAH PENGALAMAN PERIBADI INDIVIDU DAN KESAN KE ATAS SETIAP INDIVIDU MUNGKIN BERBEZA.